Wednesday, October 13, 2010

Merajuk dengan Facebook.

Yer... aku merajuk sungguh dengan facebook. Bila facebook diceroboh oleh orang2 yang tak sepatutnya... facebook aku telah mengheret aku ke conference room dan perbualan telefon sehingga lewat malam. Letih nak mempertahankan diri. Letih!
Banyak yang berlaku di dalam syarikat lewat kebelakangan ini. Tak mahu nak sentuh tentang segala2nya kerana walau apa pun statement yang aku keluarkan, aku perlu beralas dan beralah... itu hakikatnya. Aku mentimun, mereka durian, ke tepi, ke tengah, menggelek atau digelek aku juga yang terluka.

Aku tak tahu apa tindakan yang sepatutnya aku ambil. Aku dah banyak pergi interview namun hasilnya hampa. Yang menghampakan adalah bukan kerana aku tidak menepati kriteria, tetapi kerana aku tak mampu memulakan kerja as soon as possible. Kata mereka, kekosongan HR tak harus dibiarkan lama sehingga sebulan. Banyak perkara yang memerlukan tindakan segera. Mungkin betul juga. Ketika aku mendapat tawaran kerja di Public Listed Company dulu seterusnya bersama Suzuki Latex pula, ketika itu aku sememangnya sedang duduk goyang kaki di rumah, boleh mula kerja bila2 masa. Tapi kini aku masih bekerja. Aku memerlukan sebulan notis tanpa sebarang AL untuk ditebus bagi mempercepatkan segalanya. Pernah juga aku nekad meletakkan surat resign terlebih dahulu jadi mungkin lebih mudah mendapatkan kerja malangnya aku berfikir, sekiranya tiada, perlukah aku mengambil risiko?

Mujur 'bapak' (my boss) selalu ada di sebelah, protecting me tanpa jemu. Tapi aku tak mahu mencetuskan ketidakharmonian diantara HOD hanya kerana 'ketidakselesaan' aku. Lagipun bak kata ayah, "Apa gunanya semua tu kalau kita rasa stress dan tak selesa. Along pun ayah tgk skang ni tertekan. Ayah sokong aje apa pun keputusan Along." Mungkin sebab ayah dah tak larat nak tengok aku kerap termenung jauh, berkerut2 kening tiba2 atau mengetap2 bibir...

Macam mana dengan "bapak?" Tentu dia susah kalau aku tak ada.. "Dah tiba masanya along fikir ttg diri sendiri pulak" (sigh...)

Aku masih tak jemu membuka lembaran jobstreet dan jobsdb. Moga ada yang sudi dengan sebulan notis yang menjadi tanda di "dahi" resumeku. Memberatkan mata, berat lagi bahu aku yang memikulnya.


9 comments:

Khaizarien said...

dulu masa sy xde kerje.. broframestone yang banyak support saya..

tapi now sy pulak yang berkerja tampung sampai dia dapat kerje baru

T-T rasanya bahagian HR memang memerlukan pengisian dalam tempoh yang terdekat. xboleh ditunggu lama-lama

bro pun amik HR, tapi dia minat IT

Regard,
Khaizarien Blog
@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House

zeqzeq said...

seksa jika stress terutama tiada tempat ngadu..

org leh kata sabor..jer..
yang kita bahu memikul rasa nak meletup..

siti murni said...

Vic..stress yg u hadapi tu boleh difahami..apa nk buat, dah nasib kita yg bekerja dgn 'diorang' tu..selalu kita jugak yg kena & tak org yg nak defend tindakan kita. just, yg penting u jgn give-up. teruskan job-hunting, mana tau..rezeki datang tk diduga. cuba la negotiate dgn company yg u g interview tu..mana tau..kot diorg boleh consider.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zarien - itulah tandanya, susah dan senang bersama2...
Vic masih berharap akan ada syarikat yang boleh consider notis sebulan vic. Nak berhenti pun tak berani sbbnya hubby n vic masing2 ada liabilities tiap2 bulan yang perlu dijelaskan. Sebulan tak bergaji takut hubby terbeban plak memandangkan dia pun baru mula kerja di tempat baru.

Zeq - Perkataan "SABARLAH" itu adalah yang terbaik dan terbanyak diterima lewat kebelakangan ni.

Murni - Alhamdulillah, bos vic memang selalu defend vic cumanya vic jenis yang memang tak suka nak mengadu. "Bapak" tu pantang orang usik vic nanti dia sound plak orang tu, endingnya orang tu bertambah marah kita dan bapak kita plak. Itulah yang vic tak suka. Sebab tu banyak benda yang berlaku memang simpan aje dalam hati.
Kompeni bukan besar sangat, pusing2 muka tu jugak yang nak jumpa lima minit lagi.
Malangnya, sikap "simpan dalam hati" ni akhirnya makan diri pulak.

Pn. Liza Mahmood said...

Vic, dugaan sentiasa ada buat kita - ironinya kita sentiasa akan mencabar diri utk berani menghadapinya. Bersabar, berani mengambil risiko & akhirnya berjaya adalah hadiah terulung buat diri kita kan...

Gini, K. Liza x tau bagaimana polisi yg diguna pakai di syarikat Vic, ttp rasanya boleh resign 24 jam dgn cara membayar sebulan gaji kpd syarikat. Jika dibenarkan maka Vic ada 2 pilihan :-
(1) Bayar dgn duit sendiri (uishhh... sayangnyeeee...)
(2) Jika syarikat baru tu benar2 terdesak perlukan Vic mengisi kekosongan segera tanyakan jika mereka blh membayar sebulan gaji kpd syarikat Vic sekarang. Perkara ni pernah berlaku di syarikat Akak - 2 bulan gaji dibayarnya tau... Cubalah berbincang dgn sebaik2nya - Jika rezeki Vic, InsyaAllah...

To release tension, belai & bercakap la ngan Dak Mika (iye... dak kucen tu...) - usap dr dahi terus ke belakang hingga ke ekornya... rasakan perasaan Vic di saat itu seolah2 satu kelegaan keluar di hujung ekornya... cubalah...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Liza,

Vic tak pernah utarakan perkara bayar gaji tu sehinggalah interview terakhir hari tu dimana mereka beriya2 memujuk vic berbincang dengan kompeni untuk melepaskan vic lebih awal.

Vic katakan padanya ia amat mustahil memandangkan vic la satu2nya manusia yang handle beberapa perkara PNC dan memerlukan masa sebulan mungkin untuk mencari pengganti seterusnya memberikan latihan kepadanya ttg apa yg perlu dilakukan setiap bulan.

Tapi kalau mereka insist juga mungkin bayaran notis boleh 'memaksa' kompeni melepaskan vic. Malangnya mereka tak bersetuju.

Sejak dilanda stress tempat kerja jujurnya mood di rumah pun merundum, bila mika datang menggesel rasa terganggu. Terus mika ditengking. Pandai dia merajuk. Lama2 bila tgk muka merajuk dia tu rasa bersalah... terus panggil dan belai dia semula.. Sampai hubby pun tegur bila vic kerap sgt bad mood mika nak datang pun takut2...

Harusnya vic ikut cadangan kak liza.. usap mika penuh kasih sayang biar lepas semua stress yang bersarang kat kepala... Terima kasih kak liza.

LiNda said...

Dah baca n3 and baca semua komen dan jawapan komen yang diberikan .

Vic, sabar..tabah ..usaha and tawakkal ok !

alidyangon said...

VIC

Further study lagi lah. Sekarang kurang-kurang kena ada Master Degree. Pastu sambung Ph.D. Pastu orang semua cari ko, kerja cari ko dan mereka mereka yang pandang 'Haynar
tu akan tabik spring dan palm-spring. (Pastu nama tu mestilah tukar jadi Dr. Siti Nor... atau Dr. VIC...pastu dapat Datuk pulak. Insya Allah)

Good Luck sis...

he he

Pida_sanglang said...

Sis...I luv to read ur blog...kali ni mmg nak komen...akak pernah hadapi benda yg sama teramat sakit...memang terpaksa ambik risk Insyaallah akan dipermudahkan Allah ...teruk jgak la tanam anggur sebulan 2