Tuesday, October 26, 2010

Mati Terjatuh Selepas Seks Dengan 3 Lelaki

Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi
Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my
PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.
Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.

Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Ulasan aku:
Ajal tak mengenal usia. Alangkah malangnya menemui ajal dengan cara begini. Baru berusia 12 tahun, darjah 6, usia semuda ini telah terdedah dengan perkara2 yang begini. Nak salahkan siapa?

9 comments:

kakcik said...

Sedih! :(

siti murni said...

budak2 sekarang 'advance' tak kena tempat, umur baru setahun jagung..hmm...sadis sungguh!

azmiroy said...

Mashallah....
susah hati dengan perangai budak2 sekarang
Dunia akhir zaman

Amni said...

baca jugak cerita apsal ni semalam.. 12 tahun dah reti semua benda ni... Ya Allah.... anak2 kite nanti zaman nya macam mana agaknya yer...

zeqzeq said...

Jauh minta jauh keturunan

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - mmg menyedihkan.

Siti Murni - pengaruh dari mana agaknya ye? Masa kita darjah 6 dulu makna seks pun tak paham. Sampai tingkatan 3 baru belajar dalam sains.

Azmi - makin moden kita, makin mundur moral.

Amni - Kena ambik iktibar dari isu ni.. langkah berjaga2 sebagai ibubapa prihatin.

Zeq - Nauzubillah...

@cu SaYaNg said...

erk...sedih nye...nape la jadi mcm tu???

Panglima Muda said...

hai, dia nak mati apa nak kata... nak cakap sikit.. kalau balik tg malim rumah pak mertua , ikutlah jalan lama... rasa dekat masjid tu kg saya...

harith yahya said...

kes ini terjadi berdekatan kawasan sye