Saturday, October 09, 2010

Hasil Health Screening Selepas Raya Sebulan..

Kebetulan hari ni Sri Kota Medical Centre mengadakan Health Talk sempena World Heart Day Campaign. Oleh itu aku dan family beramai2 seperti rombongan Che Kiah ke hospital tersebut bagi membuat health screening sambil mengikuti Talk.

Memang banyak perkara lucu yang terjadi sepanjang pre-test dijalankan. Sampai berdekah2 kami ketawa anak beranak gara2 melihat result ujian2 kesihatan kami. Anyway, sebenarnya ramai di antara kita yang cukup jarang membuat ujian kesihatan. Kerana apa? Alasannya mudah. Kerana kita tak sakit dan kita rasa badan kita sihat. Sangat Salah. Kita takkan tahu apa sakit yang ada dalam badan kita sekiranya kita tak membuat ujian kesihatan secara berkala. Dari situ baru kita tahu yang kita ada kemungkinan boleh diserang penyakit disebabkan kandungan gula dalam darah / tekanan darah / lemah jantung / atau kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Jadi ia boleh membantu kita beringat dan mengawal diet pemakanan ataupun mengambil sumplemen bagi mengatasi sesuatu kelemahan dalam badan.

Ok the funniest part ialah bila kami diminta memanjat dan menurun tangga selama 3 minit mengikut beat. Pada aku... "kacang je ni," habis 3 minit aku masih tidak mengah. Tetapi en hubby dan semput, sesak nafas. Puas aku gelakkan dia. Mak pulak lagi kelakar.... tak sampai 1 1/2 minit dah berhenti. Katanya nak pitam, tak larat. Bila result step test keluar, En. Hubby dalam kategori (Average) manakala aku dalam kategori (Very Poor). Menurut doktor ini disebabkan aku jarang bersenam dan kadar denyutan jantung aku terlalu laju bila membuat aktiviti yg memerlukan tenaga lebih. Katanya "orang macam you, kalau Malaysia dilanda Tsunami, kamu mati sebab dah tak larat nak berlari..." Sabo je~!!!!! Emak plak dalam kategori (Average) cukuplah eksyen dengan result dia. Kami mengusik mengatakan result dia tak valid sbab dia tak menghabiskan ujian tu dengan betul tapi dah ambil bacaan. Ewaaahhh... tak puas hati dia. Ayah paling eksyen... sebab ujian menunjukkan tahap denyutan jantung dia (Excellent)~! Sungguh malu bila result aku tercorot rupanya di kalangan ahli keluarga.

Bila keluar result kolesterol lagi la kecoh. En hubby rupanya mempunyai result terbaik. Manakala ayah dengan emak berjaya menyandang point (7) untuk kolesterol dan perlu dirujuk ke doktor pakar. Kesian memang kesian bila tengok muka kedua2nya dah bertukar warna. Pucat. Tu la... tadi eksyen sangat, siap kutuk2 result aku plak tu... hehehehe..

Dalam kereta masing2 dok berpk kenapa dahsyat sangat keputusan ujian kali ni berbanding tahun lepas. Adakah kerana kami sekeluarga mengamalkan pemakanan dan cara hidup kurang sihat? Entah lah... but we have to do something b4 it's too late. By the way... aku telah memenangi pemeriksaan kesihatan percuma semasa cabutan bertuah dalam Talk tadi. Mungkin bulan depan (lepas menjalani senaman dan diet baru) dalam tempoh sebulan ni, akan memperolehi result yang baik berbanding sekarang.

Skang ni yang aku dapat lihat masing2 sedang termenung memikirkan ujian kesihatan masing. Hubby yg paling relax sekali sebabnya he got the best result. Everything is fit including blood pressure dia. Nampaknya betullah kot kerja lama dia memberikan dia tekanan sehingga menyebabkan dia blood pressure. Semenjak bertukar kerja yang baru ni, he looks so happy and motivated. I'm happy for him too....

p/s: Sempat melawat my best buddy Khairol Azwa Aziz Ahmad (Ewa) yang menjalani pembedahan slip disc buat kali ke-2 di tempat yang sama gara2 terjatuh dalam bilik air hotel ketika bercuti dengan hubbynya. Darling.... u buat apa dalam bilik air sampai jatuh2?? ehem ehem... btw... doakan dia cepat sembuh. I miss our old days...

4 comments:

azmiroy said...

memang kta patut buat pemerksaan kesihatan secara berkala supaya kita tidak lupa diri sewaktu makan. Penyakit datang macam ribut bila nak baik macam semut

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - betullah Azmi. Rasanya kali terakhir buat pemeriksaan dulu semuanya bacaan cantik2... tiba2 kali ni macam2 ada (iklan astro). Kolesterol lah... jantung lah.... aduyai...

azieazah said...

Wahhh bestnya ada program macam ni. Kalu buat rutin macam ni tiap tahun, mesti leh kawal dgn teratur kan?

Kak Azie rasa, antara sebab mungkin juga jika kita terlalu kerap makan di luar berbanding masak di rumah.

Tapi jika makan di luar memilih lah diet yang sesuai, pun tak jadi apa juga.

Cegah sebelum parah. Kak Azie pun harus gak buat nih...:)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie,

Betullah kak Azie, mungkin penangan banyak sangat makan mee goreng mamak, itu yang kolesterol tinggi. Boleh menyebabkan blood clot, bahaya. Lebih2 lagi ramai rakyat Malaysia skang yang mati akibat 1st time heart attack. Tabiat pemakanan orang Malaysia susah nak dikikis..

Menurut doktor kolesterol sekiranya tahap dalam 5 - 5.5 bermakna masih boleh dikawal dengan mengamalkan diet seimbang tetapi kalau dah sampai 6,7 ke atas hanya ubat2an yang boleh membantu. Jangan pelik, orang yang gemuk belum tentu banyak kolesterol tetapi lebih ramai orang yg kurus mengidap kolesterol tinggi.