Monday, October 25, 2010

Betul ke Aku / Pasanganku High Maintenance??

“Gila kau nak ngorat dia, maintenance tinggi tu, sanggup ke?” Itulah ayat momok yang dituturkan bila En. Hubby menyuarakan hasratnya nak mengurat aku pada kawannya dulu. Sungguh aku tak tahu kriteria yang macam mana seseorang wanita itu boleh diklasifikasikan ‘high maintenance’. WANITA pun macam kereta ye, ada maintenance rendah, maintenance tinggi. Dahsyat tul!

Setelah berkahwin dengan aku, maka terbuktilah dakwaan itu salah. Buktinya kalau betul aku high maintenance tentunya aku masih ramping dan cute seperti sebelum kahwin dulu -Berkat melabur di Marie France Bodyline atau Slim World. Hehehe Dan takdelah dagu aku berparut hitam sebesar syiling 5 sen ni gara-gara terkena sambal yang menggelegak masa buat sambal ikan bilis petai malam tadi.

Sebut pasal high maintenance, teringat ketika shopping hari Sabtu di Jusco Bukit Tinggi (hari tanpa beg plastic, tapi shopping complex lengang, aku suka!) Planning nak beli handbag almaklumlah dah 4 bulan aku tak beli handbag baru. Selepas menyambar sebiji Carlo Rino (bukan Salvatore Ferragamo seperti dalam mimpi) aku pun beratur le untuk membayar di Cashier. Berdiri di depan aku 2 orang nyonya yang memegang 3 balang kecik SKII. Moisturiser, Night Cream, Krim penegang kot.. itulah yang aku rasa. Setiap seorang membayar harga RM798 untuk 3 benda kecik yang kalau mengikut perkiraan aku untuk kegunaaan dalam tempoh sebulan. Sebulan dekat RM800 untuk muka je, belum satu badan, yang luar dan yang dalam… perghh… ini baru betul high maintenance. Itupun nasib baik belanjawan kata barang import dah takde duti, kalau tak mau RM1000 harganya kot.
Lalu aku menjeling beg Carlo Rino yang aku bimbit yang bleh tahan (kalau ikut tahap keganasan aku) koman2 pun 6 bulan. Dengan harga cuma 1/3 dari nyonya kat depan aku punya barang. Lalu aku membandingkan diri aku dan dia (biasala tu, pmpn memang suka buat comparison). Sebenarnya ini bukan kali pertama aku terserempak dengan nyonya2 yang shopping barang penjagaan muka macam ni, tapi memang aku tak pernah terserempak dengan melayu yang shopping macam ni. Mungkin aku kurang bernasib baik untuk tengok atau mmg melayu mmg boleh kira dengan jari ye yang mampu buat kije tu. Melayu biasa beli SKII seumur hidup sekali je, itu pun kat Petaling Street, itu pun tujuannya cuma nak letak atas dulang hantaran kahwin supaya orang tengok nampak macam gempak orang kata, “Set SKII yang harganya hampir RM2ribu kalau beli kat Parkson dia leh letak atas dulang…. Gempak beb!!” ( Walaupun rumah setinggan) Itu orang kita… biasalah. Lepas tu bukan pakai pun… buat perhiasan atas almari solek je. Gila! Beli kat Petaling Street kang pakai tumbuh jerawat batu takkan nak saman apek kat PS tu??

Tp ramai gak pmpn yang suka nampak macam high maintenance tapi sebenarnya tidak. Contoh paling nyata kalau tiba time kahwin, orang melayu paling hebat melaram. Buktinya perhatikan member2 kat sebelah anda, majority daripada dowang ni pakai beg yang beli kat Bazaar TESCO RM20. Paling mahal pun RM50, tapi cuba time kahwin… BONIA, HUSH PUPPIES… yang buh PRADA ngan LOUIS VUITTON pun ada tu. Kalau anak Tan Sri tu insyaAllah original, tapi kalau suami kerja kilang, kita receptionist pi buh LOUIS VUITTON dalam dulang kan nampak beno penipunya. Tu belum cerita hantaran RM20K padahal laki dia kuar RM1ribu je, 19ribu lagi duit dia buat loan kat Bank Rakyat. Ha… ada yang dah sengih2 tu, “aik macam cerita aku je ni.” Jangan risau, bukan anda seorang tapi ramai yang berkongsi cerita yang sama dengan anda (tapi bukan aku, caya lah). Tapi jaga-jaga ye.... kang dah bercerai baru keluar paper duit hantaran tak habis bayar lagi (adusssss!)Ok balik kepada soal high maintenance. Kalau ada lelaki kat luar sana yang dok merungut bini / awek anda high maintenance, banyak pakai duit fikir2 balik, betul ke gf/isteri anda high maintenance? Sekiranya betul, fikir sekali lagi berapa riban duit anda telah hangus akibat high maintenance gf/isteri anda? Kalau jawapan dia ada la 20-30 ringgit sebulan kot bawak makan2, jalan2…. Ataupun RM1ribu sebulan termasuk duit bil api, air, pampers anak, susu, duit kereta…. Haihh… itu maknanya mereka bukan high maintenance sebaliknya mereka yang buat anda nampak maintain.

12 comments:

diana a.k.a melon said...

Hubby kate Kak Vic high maintenance? Saye tengok kak Vic skali imbas dah tau akak tak de lah jenis y cam tu..You look simple and rugged all the time..no need for the extra money though..maintain cool kak Vic!!gambateh!!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tak... hubby kak vic senang je. Belilah apa pun yang awak nak beli, awak ada duit sendiri.

azmiroy said...

maner nak cari ek... awek yang free maintenance .... he....

Linda the Octoberist said...

kalau hubby kita mmg ter-over mampu... kompem2 ler kite secara otomatiknyer pun mengader2 upgrade jadi HIGH MAINTENANCE WOMAN

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - Awek yang free maintenance ye? Hmm... bila kita terlalu 'bernilai' ada wanita sanggup 'membeli'. Bukan kata free, dibayar lagi.

Linda - sebab tu ramai wanita tak kisah kahwin lelaki tua, tak hensem... asalkan poket tebal. Konfem akan jadi wanita 'high maintenance'.

@cu SaYaNg said...

erk...kalau suka melancong kategori high maintenance gak ke? heheheee

NanAFarhanA said...

Bukan takat tuh, ada gak siap tayang kat FB siap cakap itu original suami belikan..hello kalau takat beli LV (AAAAA Kategori pun) memang bukan ori okay..Sorry kalau2 ada yang terasa

zeqzeq said...

Oo,baru tau,ada gak wanita mengada2 erq

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - kalau cuti luar negara pakai duit sendiri bukan maintenance tinggi, itu namanya maintain diri sendiri. hehehhee

Nana- hahahahha... Kalau LV buat sale pun busuk2 handbag paling bodoh pun RM4000. Rasanya kalau hubby dapat bonus 2 bulan pun, mati hidup balik dia takkan beli.

Zeq - mengada2 dengan wanita sinonim zeq, pasti ada, tak banyak... sikit. Kalau sikit2 dinamakan lemah lembut, terlebih sikit dipanggil manja... terlebih banyak dipanggil gedik!

Amy Syaquena said...

salam...

kalau suke travel tue di kira high
maintenance gak ke hehehe..


jemput ke sinar raudah

siti murni said...

maintenance paras sedang2 je...ahaks!
kalau level2 kita ni vic, takdenya high maintenance pun. tu macam nyonya2 tu...confirm2 la high maintenance..giler, shopping SKII, I pernah tgk, sekali swipe card ribu riban tuu..!

NanAFarhanA said...

aku tak faham, kadang2 demi HIGH MAINTENANCE, sanggup menggunakan kad kredit..Okay banyak kawan aku macam 2..demi BRANDED sanggup berhutang dengan bank (guna credit card) untuk memenuhi keinginan depa..

Kadang2 aku kesian gak kat laki depa bila tak memenuhi kehendak isteri atau gf, mau kena pujuk sebab muncung si pompuan tuh dah mengalahkan pembaris...