Saturday, October 23, 2010

"Sudah Takdir Tuhan Abang Jatuh Cinta Lagi..." Huhh~!!!

Aku mendapat satu sms petang itu jam 5 petang.
"Vic, kita jumpa petang ni boleh?
Aku belanja kau minum."
Aku senyum. Sungguh aku rindu si penghantar sms, A (bukan nama sebenar). Kebetulan petang ni memang sepatutnya aku pulang ke Klang.
"Boleh, jumpa kat mana?"
"Tempat biasa kita jumpa dulu, Call B (bukan nama sebenar) sekali ye. Rindu nak jumpa dia."
Lalu aku menghantar sms kepada B memaklumkan pertemuan petang ini. Kemudian menelefon En Hubby meminta dia pulang ke Klang sendiri, turut berpesan jangan lupakan beg dan Mika yang perlu diambil di rumah Shah Alam.

Maka petang itu 6 mata bertemu lagi. Bergelak ketawa, berkongsi pelbagai cerita. Kisah 3 sahabat yang tak pernah habis. Sungguh aku rindu saat2 ini. Rindu juga saat sebelum kami diijabkabulkan dulu, berjalan jauh bertiga. Ke pulau pun kami redah bertiga. Saling mempercayai, saling melindungi.

Hampir sejam bergelak ketawa usik mengusik, perbualan tiba-tiba bertukar rentak. "Apa perasaan kau kalau kau tahu suami kau menipu kau?" tanya A. Tak tahu soalan ditujukan kepada B atau aku kerana ketika bertanya dia sekadar menunduk.
"Menipu yang macam mana? Kalau selagi tak melibatkan perempuan lain, rasanya aku masih boleh bertolak ansur", jawab B.
"Kalau kau sendiri tak pasti betul atau tak ia berkenaan perempuan lain?" soal A lagi.
"Aku akan siasat habis2an sampai aku pasti," jawabku. "Come on B, aku bukan baru kenal kau, beritahu aku apa yang jadi. Suami kau curang?" aku mengasak.
"Mungkin...." katanya sayu... lalu aku lihat airmatanya sangat laju turun, tak berhenti-henti. Dalam sedu sedan yang panjang dia bercerita mengenai penemuan handphone ke-2 suami yang diluar pengetahuan dia, mengenai suami yang pura2 pergi bekerja sedangkan dia mengambil cuti tahun dan percutian suami ke air terjun yang sama sekali di luar pengetahuan dirinya.
Dah lama aku tak nampak dia nangis begitu.. sayu sungguh hati aku. Aku percaya B juga begitu kerana dia menggenggam tangan A seolah-olah menyalurkan separuh kekuatan kepada A.

"Apa yang patut aku buat, Vic?" Aku menelan liur seperti menelan pasir.
Kalau mengikut semangat feminisme yang tinggi harus aku katakan padanya, "Tinggalkan dia, jangan maafkan dia. Dasar jantan lupa diri!" entah kenapa bukan itu yang aku ingin katakan.. Sungguh aku kasihan melihat dirinya, dengan usia perkahwinan yang lebih singkat dari usia perkahwinanku. Apa yang tak kena? Wanita ini masih cantik, tidak sedikit pun terjejas bentuk tubuhnya yang ramping walaupun telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Ahh.... kalau mereka nak berlaku curang, mereka tak perlukan sebarang alasan. "Takdir Tuhan nak tentukan abang jatuh cinta lagi..." mungkin alasan paling senang.

Aku menarik nafas panjang sebelum mula bersuara.... "A, aku tak boleh paksa kau buat sebarang keputusan. Tapi kalau ikut apa yang kau ceritakan, mungkin betul suami kau ada perempuan lain. Kalau kau sayangkan perkahwinan ni buat masa ni, kau jangan serang dia dulu. Buatlah sesuatu untuk kembalikan dia kepada kau. Jangan sampai hatinya pada yang baru melebihi kasihnya kepada kau dan anak-anak kerana kalau ini berlaku, saat dia terpaksa buat pilihan, kau akan ditinggalkan. Dalam pada tu, perkukuhkan ekonomi kau, kuatkan mental dan fizikal untuk menerima apa-apa perkara yang diluar kehendak kau. Jadi sekiranya apa yang tak diingini berlaku jua, kau dah bersedia untuk semuanya. Kau tak akan tempang tanpa dia."


Aku lihat dia mengangguk sambil menyeka sisa airmata. Lalu aku terfikir mengenai perbincangan santai aku bersama emak. "Zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. Kahwin untuk hidup bersama sepanjang hayat, sampai ke anak, cucu, cicit. Zaman sekarang kalau perkahwinan boleh tahan 10 tahun pun dah lama betul dah. Bahagia tak bahagia tu belakang kira.... yang penting... uiyoooo lama dah kahwin." Lalu aku menghitung usia perkahwinan aku yang bakal menjenguk tahun ke-7... tanpa anak, cuma Mika yang ada. Tentu suami punya alasan lebih kuat untuk jatuh cinta lagi. Ahh... sebenarnya suami tak perlukan sebab kalau mereka mahu jatuh cinta lagi.... sebabnya mereka akan cari dan cipta kemudian. Namun apa yang paling penting wahai kaum wanita... biar kita bersedia fizikal dan mental... itu yg utama.

*******************************************************************************
Tips berhadapan dengan pasangan curang - petikan dari akhbar Kosmo.

Minggu ini, Kosmo! memberikan beberapa tip untuk berhadapan dengan masalah pasangan yang curang.

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.

2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.

3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.

4-Dekatkan diri kepada Tuhan: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.

5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.

6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.

7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.

17 comments:

azmiroy said...

Vic, kisah kawan U ni... macam dalam drama pulak... tapi benar2 terjadi. Semoga Allah tabahkan hatinya menghadapi cabaran dan kemungkinan.
Saya simpati.....

alina said...

Salam perkenalan...Walaupun pada hakikatnya lelaki blh kawin lbh dr satu,tp susah utk menerima kenyataan bagi kita kaum hawa utk hidup bermadu.Banyakan bersabar & berdoa.

amiey lee said...

salam kak vic..lma tk berkomen dlm kak vic nye blog..heee sibuk bercontest le katakan...

kita setuju amat ngan kak vic...lelaki tak perlu bg alasan dia akan cari dn cipta...

dn begitu gak ngan pompuan..sama ja..

yg penting dlm hubungan kna saling tolak ansur, sama2 susah n senang, sama2 tahu kekurangan n baiki... kita baru kawin...perasaan takut tu memang ada..tapi
kna sedia dgn apa yg berlaku..sedia maksud kita dri segi wang ringgit,fizikal dn mental... mcm yag dlm akhbar kosmo tu...

suma takuty pasangan akan curang..kita pun..tapi Allah tahu apa yg terbaik tuk hambanya..betul tak???

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - sebenarnya azmi, kebanyakan drama tu dihasilkan dari kehidupan sebenar. Sama2 doakan hatinya tabah dan kuat.

Alina- terima kasih alina kerana sudi jengah blog saya. Madu tu manis pada lelaki, pahit untuk wanita menelan kenyataannya.

Amiey - Yer... mana2 perkahwinan pun tiada jaminan bahawa ianya akan kekal sepanjang hayat, Yang pnting kita harus bersedia dari segi material, fizikal dan emosi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Panglima Muda said...

Salam, saya sebenarnya orang puteri park hotel, dalam kes suami curang tu banyak sangat ceritanya kat TV. Banyak yang marah marah, orang belajar ugama pulak suruh sabo sabo. Pada saya "tak kemana seluang melaut" Lelaki sentiasa mencari apa yang dia mahu dan akan kembali ke tempat asal apabila tiba masanya kerana dia juga punya hati dan perasaan

Madam Casper said...

Oh ini dah terjadi pada aunty kita. Suami dia dah selamat berkahwin lagi satu, dah selamat dapat anak. Ok dia terima. Si Suami tu bukannya mampu, sebab kerja ikut suka. Aunty kita anak 6 yg kecik baru 4 bulan. Dah 2 bulan suami x balik tak bg nafkah. Hidup menumpang mertua yang tunggu masa nak tendang aunty dan anak2 keluar dr rumah. Kami pula yg pening kepala fikir macam mana nak tolong aunty kita. Kita senang jer, soh aunty kita bercerai jer. Untk pengetahuan, suami aunty kita dok kat KL...AUNTY kita kat kedah. Bila nafsu dah menguasai akal fikiran jd macam tu lah..walaupun tak mampu tetap nak tambah isteri.

Kita harap kawan awak, akan berusaha untuk mendapat kembali apa yang sah menjadi hak dia.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku tabek kat org nama "Abang" dia cool

khaizarien said...

sukarnye bile terjd begini...... org luar hanya mampu berkata2.... tetapi yg melaluinye akn merasa sendiri..

dekatkn diri dgn tuhan..itu paling utama....
moga rakan vic trus kuat....

lelaki memanb cepat lupe diri

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Panglima Muda - betul kata panglima muda, lelaki akan pergi mencari dia mahu dan akhirnya kembali ke tempat asal. Malangnya hati wanita yang hancur, dicantum kembali takkan sama seperti dulu, malah ada yang tak mampu dicantum kembali pun.

Madam Casper - terima kasih casper, pertama kali rasanya menerima comment daripada casper. Bila kuasa poligami dan talak di tangan mereka, ada sesetengah yang menyalahguna.

Brutal - buaya pasti bersorak untuk buaya juga...
Tak apa, jauh mana kau bersorak, satu hari kulitmu akan wanita jadikan beg tangan dan kasut.

Khaizarien - kebanyakan lelaki mmg cepat lupa diri cuma sedikit aje yang layak digelar mithali, malangnya yang sedikit tu amat susah nak dicari.

Anne said...

aduh vic...seram sejuk. mintak dijauhkan dari hal2 sebegini.

zeqzeq said...

Adatak wanta sanggup makan hati sehingga anak2 dah kawin? Nikmat dah 25tahun, seksa 20tahun lag?

Linda the Octoberist said...

Yang kes i plak, kes ex-gf hubby yg tak penah2 nak give up kejar my hubby. adoiiii... naik rimas lah. dia jejak kita sampai ke rumah. perempuan giler!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anne - betul tu anne.

Zeq - ada, depan mata vic je pmpn tu. Tapi kami menghargai pengorbanan perasaan dia sehingga hari ini.

Linda - Baik plak u tak serang pmpn tu walaupun tau.

Linda the Octoberist said...

kak Vic, ikutkan hati mmg nak serang jek pempuan tu ngan asid ker parang ker. Tapi skang nih tgh berbadan dua. Nak tunduk amik selipar kat lantai pun rasa berat tak bape nak larat. Hehehehe. Tunggu pas bersalin and habis pantang dulu kot. Hehehe!

shazriena said...

ehmm sis vic... takut ardz nak kawen kalau mcm ni:( risau andai mahligai yg dibina x kekal lama

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Linda - adoii.. kalau serang macam tu kang kamu masuk penjara. Lagi payah...

Shaz - Nasib setiap orang tak sama shaz.. ada juga yg dapat suami baik tapi dia yg buat hal...
Ada juga yang sama2 baik..
Paling penting banyakkan berdoa kepada Allah. Selebihnya terima qada' dan qadar, hadapi dengan redha.

Nota Fikir said...

Masalah perempuan ni...
Orang lelaki susah nak faham atau memang pura2 buat tak faham?
Kesian....