Thursday, October 14, 2010

Aku Masih Dara..

Aduh... dah 2 hari berturut2 makan ayam goreng spicy McD. Mana la nak turun kadar kolesterol aku gamaknya macam ni..

Tajuk kat atas tu cofession paling dahsyat daripada aku agaknya kan? Dah 6 tahun kahwin takkan la masih dara? Yer... kalau aku kata mcm tu mungkin kowang rasa inilah lawak paling hebat abad ke 2000. Pendek kata majalah Ujang pun tak boleh lawan kelakar lawak aku ni. Ok.. memang bukan aku. Tapi cuba kowang bayangkan kalau tajuk kat atas tu adalah sebuah tajuk filem. Bagus tak? Mesti kowang ketawa kan? Yer... percayalah... aku pun ketawa, malah seluruh panggung ketawa dengan tajuk filem ni masa preview filem ni malam tadi. Apa takde tajuk lain ke? Bagilah tajuk Kumbang Terbang ke, Dara Kesuma ke, hehehehe....
Actually smlm aku tgk filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Cerita komedi seram yang buatkan aku ketawa sungguh2... dah lama aku tak ketawa sungguh2 mcm tu. Sampai sesak dada aku ketawa.. memang lucu. Pendek kata aku suka filem ni, tak yah pk apa2... ketawa aje. Dan.... Nora Danish dalam filem ni sangat cantik especially time dia kemban tepi sungai tu... pasalnya aku tengok hubby aku terlopong mulutnya sambil menelan liur 5-6 kali. Sungguh kurang sopan.
Last week tengok juga filem KRU tu, Magika... Mula2 nak ngajak hubby tgk tu agak payah juga sbb filem muzikal. Tapi aku cakap, besh la... mcm Phantom of Opera tapi versi imiginasi dan komedi. So dia pun setuju. Filem tu tak menghampakan. Aku paling suka part Puteri Gunung Ledang dengan bendaharanya... even sampai skang aku bleh ingat sket2 antara dialog yang paling aku suka..

"Itulah tuan puteri, dulu Sultan Melaka nak, jual mahal, minta benda yang tak logik, hati nyamuk la.. bukan mendatangkan hasil pun. Minta la beg tangan Gucci ke. Kurang2 pun cincin Zhulian ke. Ini dah jadi macam ni spare tyre pun dah banyak dah tak guna... apa nak buat? Bukak le kedai tayar je la"


Well aku sedang menantikan beberapa filem melayu yang bakal masuk panggung tak lama lagi antara Cuti-cuti Cinta kerana terpaut dengan dialog:-
"Awak kata saya tak cantik?"
"Apa yang cantiknya? Dahi jendul, dagu kemek, tu apa tu (sambil tunjuk pada dada si perempuan) Nasi Lemak 50 sen"...
dan beberapa lagi filem melayu lain. Kenapa aku tak suka tengok cerita Inggeris? Sebab sebelum cerita Inggeris tu kuar panggung aku dh tgk dulu kat rumah. Punya la bagusnya laki aku tu, bapak segala pirate!
p/s: Sekiranya anda perasan bahawa kekerapan mengupdate blog semakin tinggi ini kerana aku sedang merajuk dengan facebook, hanya blog tempat mengadu kini...

6 comments:

azmiroy said...

memang saya perasan awak mula kerap update blog.Buatlah apa yang terbaik. biar kita kawan2 jangan lawan2

zeqzeq said...

saya masih ngantuk..

hobi yang boleh hilang stres setengah insan

Anne said...

memang tajuk yang kelakar la vic..hehehe.

siti murni said...

memang patut layan filem komedi..gelak puas2..hilangkan stress tu. i pun tk sempat2 lagi ni nk tgk magika & jangan pandang belakang congkak 2..ramai kwn ckp ok..if u feel like nak gelak puas2 la kan...hmm
rajin2 update blog...i pun mcm nak kesitu dah..cuma terbatas sebab tak boleh nak blogwalking, broadband bt hal!

alidyangon said...
This comment has been removed by the author.
V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - apa nak buat lagi, sini dah jadi satu2nya tempat luah perasaan..

Zeq - er..vic rasa awak patut ada hobi tido..

Anne - yer.. tu pasal satu panggung bantai gelak... bukan kerana jalan ceritanya tp kerana tajuknya.

Murni - betul murni... rasa lega sgt bila dh ketawa puas2 tu..

alid - ko patut tgk jangan pndg belakang congkak 2, dijamin ko akan mimpi indah malam tu.