Wednesday, October 20, 2010

5 Perkara Dalam Hidup Yg Paling Aku Kesalkan..

Aku suka menerima emel dari dia (seorang motivator) yang dikenali melalui training service. Hampir setiap hari dia berkongsi mutiara kata. Pagi ini dia berkongsi sesuatu yang membuatkan aku mengingati mati. Sunat mengingati mati. Tapi topiknya lebih menarik, 5 perkara yang manusia selalu kesalkan bila ajal mula menjemput. Maka emel berbahasa Inggeris itu aku terjemahkan untuk berkongsi dengan pembaca blog. Bukan kerana khuatir kalian tidak memahami Bahasa Inggeris tetapi kerana aku lebih mahir dalam bahasa ibundaku. Dan kalau setakat copy paste emel.... hehehe... nanti aku dituduh plagiat!

Bekerja di hospital dalam unit yang menempatkan pesakit kronik telah membuatkan aku belajar sesuatu. Pesakit-pesakit di unit aku merupakan pesakit yang menunggu dijemput ajal. Tidak ku sangka mereka yang sedang meniti hari-hari terakhir kehidpan ini mempunyai norma pemikiran yang lebih tinggi berbanding mereka yang sihat walafiat. Kadang2 setiap perubahan mereka disebabkan rembesan hormon tertentu, pengaruh emosi dan spiritual, rasa insaf, takut, marah, kecewa, pasrah dan berserah.

Bila mereka ditanya apakah perkara yang paling mereka kesalkan sepanjang hidup mereka, berbagai2 jawapan yang aku terima. Namun aku melihat ada 5 perkara utama yang kerap disebut oleh mereka. Antaranya:-

1- Aku berharap aku punya kekuatan untuk hidup dengan menjadi diri sendiri, bukan menjadi orang lain seperti yang diharapkan orang sekeliling.
Catatan aku : Kadang2 kita selalu terpaksa menjadi orang lain demi menjaga kepentingan individu lain. Kadang2 kita terpaksa memilih keputusan yang bukan pilihan kita hanya kerana hendak menjaga hati orang lain.

2- Aku berharap aku tak bekerja terlalu kuat.
Catatan aku: Ada satu pepatah yang aku suka, pilihlah keluarga berbanding kerja kerana keluarga akan ada ketika kamu sakit sebaliknya kerja akan meninggalkan kamu bila kamu terlantar.

3- Aku berharap aku punya kekuatan meluahkan perasaan.
Catatan aku: Menyimpan di dalam hati apa yang kita rasa tanpa meluahkannya akan meninggalkan kesakitan yang akhirnya memamah hati kita sehingga hancur.

4- Aku berharap aku dapat selalu berhubung dengan kawan-kawanku.
Catatan aku: Bila ajal mula menjemput barulah kita mula kesalkan perkara2 lalu. Barulah kita merindui kawan-kawan rapat yang lama. Kegembiraan bersama mereka, kasih sayang mereka, gelak ketawa bersama mereka. Dan... bila kita menyedari itu kita sudahpun kehilangan mereka disebabkan jarak dan waktu.

5- Aku sepatutnya membiarkan diriku hidup dalam kegembiraan.
Catatan aku: Jangan hukum diri untuk hidup menderita, sedih dan sengsara lebih2 lagi hanya kerana putus cinta atau kecewa. Kita hanya membazirkan masa hidup yang singkat ini dengan sia2.... berikan hak untuk bahagia kepada diri sendiri.

6 comments:

kakcik said...

Satu perkongsian yang menarik untuk direnung dan diambil pengajaran. Terima kasih Vic. :)

Panglima Muda said...

aku selalu mengajar diriku untuk memulakan sesuatu yang baru tapi susah nak jadi. Aku gagal menghimpun tiket bas yang aku naiki selama satu bulan walaupun itu kerja bodoh. Pada hari ini aku melihat diriku tidak pandai meredai apa yang Allah beri

shazriena said...

catatan ke5 membuat ardz sedar.. sungguh utk apa sedih n kecewa.. wake up belum terlambat lagi ... nasehat pada diri sendiri.

sis vic thanks sbb share. atleast ada yg menyedarkan sy rini

zeqzeq said...

Suka. Saya pun suka.jap nak wat entry pesakit..

@cu SaYaNg said...

terima kasih VIC..
ilmu yang baik...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - bila berkongsi sesuatu yang memberi manfaat kepada org lain, nikmatnya berganda.

Panglima Muda - Pertama kali menerima kunjungan anda. Terima kasih sudi melawat. Dulu orang pernah cakap pada saya, " kenapa kau ada hobi kumpul setem, bukan bagi manfaat pun." Sebenarnya hobi belum tentu bermanfaat, cukup sekadar memberi kepuasan....

Shaz - yer shaz... berilah hak untuk diri sendiri untuk menikmati bahagia..

Zeq - ewah.. peskait juga?

Acu- sama2...