Friday, September 17, 2010

Raya Paling Gila & Adventure.

Raya Pertama – Tg Malim. Seperti tahun2 lepas raya pertama merupakan hari “tersibuk” di dunia. Mujur tahun ni aku telah menyiapkan perisai bagi menanggani kebanjiran tetamu. Aku pinjam “coleman” mak aku yang besar gedahak tu, lalu memasukkan 3 kilo gula, 1 botol besar sunquick, 2 karung ais, maka selamatlah tugas membuat air dari pagi sehingga ke malam. Ceduk masuk jag, hidang, habis, cedok lagi… sonang jo tu bah! Tugas membasuh cawan2 pula adalah hak milik aku, seperti biasa aku memang tak biasa berpisah dengan sinki. Tapi kadang2 mertua aku jeles nengok aku bergelumang ngan sabun dan air, dia pun tumpang sekaki gak. Tahun ni Abg Din tak balik disebabkan “kecederaan” yang dialami oleh keretanya.Raya Kedua – Pada malam raya pertama terus balik ke Klang. Bersaing pula dengan my sis bila kami jumpa di perhentian Rawang. 2 kereta serentak tiba di rumah mak. Ayah yang tak tidur sabar menunggu kepulangan anak-anaknya terus menyambut dua cucu yang sudah nyenyak bermimpi sampai ke Disneyland Tokyo. Esok paginya kami dok mengadap tv sambil2 menunggu kalau ada orang nak datang beraya. Itu le yg beshnya raya di Klang…. Sampai ke malam takde orang datang. Malamnya En Hubby membawa aku ke Starbucks – minum frappucino chocolate diserikan pula dengan hadiah Mug koleksi autumn terbaru dengan logo pertama Starbucks (aku memang suka kumpul mug starbucks yang jenis tinggi).
Raya ketiga – 8 pagi bertolak, singgah bersarapan nasi lemak di Bandar Klang, singgah lagi di RnR untuk lunch, singgah lagi pekena jeli kelapa di tepi jalan di Bandar Kemaman, akhirnya pukul 2 petang tiba di Kerteh, rumah Abg Din. Hari pertama dihabiskan dengan bersembang sampai ke malam. Kemudian kami ke Mesra Mall, sempat juga grab beberapa barang di Guardian dan Giant. Malamnya kami berkaraoke tak hengat dunia. Mentang2 rumah besar abg Din agak jauh sikit dari rumah orang orang lain… ekekekke
Raya Keempat – selepas breakfast kami keluar memancing di tepi kuala sungai. Hasil dari umpan soft plastic dapat le kami bawa balik 2 ekor ikan haruan. Kemudian kami mengutip umang2 dan siput untuk dibuat umpan memancing bagi destinasi seterusnya. Destinasi seterusnya sangat adventure, meredah tanah merah, kemudian meredah jalan berpasir yang panjang. Lepas tu meredah paya, masuk hutan sehingga terpaksa menebas semak setinggi aku, terpaksa bergelut pula dengan harimau dan menyorok dari kumpulan gajah,(ok yg gajah dan harimau tu aku tipu). Hasil dari usaha menebas dan menerangkan kawasan terpencil tu kami berjaya membawa pulang 4 ekor bujuk, 7 ekor puyu dan 1 ekor ikan belida. On d way balik kami singgah ke Air Terjun Hutan Lipur Air Menderu. Punya la jauh dari simpang masuk rupanya… lepas puas mandi manda dan bersihkan badan yang berlumpur kami pun bertolak pulang. Malangnya!!!! Motor abg Din tak boleh start. Bayangkan le terpaksa menunda motor di jalan yang berbatu kerikil dan tanah merah, bukannya senang. Hasilnya sebaik sampai kat rumah masing2 ketiduran berjam2 sehingga malam.

Raya Kelima – apa yang aku kurang kenan sket ngan Terengganu ni, peniaga2 kat sini suka beno beraya sakan. Cukup susah nak cari kedai makan yang dibuka walaupun sudah raya kelima. Nak cari kedai makan memang seksa. Sangat seksa. Sampai terpaksa ke pelusuk Kerteh masuk perkampungan pedalaman baru le dapat sebuah kedai yang buka. Pagi ni kami ke dusun abg Din. Syoknya dapat makan rambutan merah dan rambutan kuning sepuas hati. Dapat juga bawa balik seguni jering. Malangnya dokong dan durian bukan musimnya jadi dapat tengok pokok sahaja le, buahnya tadak. Petang tu kami mengorek tanah mencari cacing buat memancing udang. Hasilnya dapat le 4 ekor udang setelah berjam2 menunggu. Uh… aku lagi suka mancing ikan.. bila dia ngap lebih mudah lekat berbanding udang. Udang kalau dia ngap mata pancing pun tak tentu lagi kita boleh bawa dia naik. 90% semuanya terlepas masa menarik pancing. Benci!

Petang tu kereta En Hubby buat hal, temperature naik lak maka terberhenti sebelah McDonald. Aku dan anak2 buah mengambil kesempatan memesan burger. Yang lucunya disebabkan premis sedang dalam renovation, burger yg ada cumalah Mc Chicken. Air coke pun hasil tuang yang dari botol coke kat kedai tu. Ekekkeke

Raya Keenam – masih lagi susah mendapatkan kedai makan untuk breakfast. Memang le tak paham ngan sikap peniaga kat Terengganu ni. Ok le.. cukup tu je komen aku. Kang komen lebih2 muka aku masuk facebook plak macam Noor Azita kutuk negeri Johor. Pendek kata yang conquer perniangaan makanan pada hari raya ni ialah Mc Donald, KFC, Pizza Hut, Big Apple, Famous Amous…(ha.. jgn tatau kat Kerteh ada big apple ngan Famous Amos tau, tapi soalnya aku nak merasa nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus, makanan tradisi Terengganu. Kalau nak makan biskut cap Amos tu kat Selangor pun melambak!)

Hari ni kami akan ke bandar Dungun. Aku, Kak Lah dan anak-anaknya bershopping di bandar Dungun sementara En Hubby dan Abg Din merepair kereta. Tak kusangka rupanya 5 jam pun kereta tak siap2 sedangkan kami dah terlalu kepenatan. Sebaik kereta siap kami ke tepi pantai pekena cucuk ketam dan ikan. Sayangnya masih tak dapat merasa kopok lekor mahupun satar Terengganu kerana kebanyakan kedai2 tu tutup. Malamnya Kak Noi - kak sulung hubby dan family tiba dari Kota Bharu, sembang sampai le pagi. Sedar tak sedar dah awal pagi... kami pun berangkat pulang ke Shah Alam....

p/s: sampai sudah kempunan nak makan kopok lekor dan satar Terengganu...

9 comments:

azieazah said...

Wahhh memang gila nihhh... Orang beraya dia memancing sakan-sakan. sungguh lain dari yang lain.

Tapi memang frust ler tak dapat satar dan kopok lekor. Tak kena pada masanya. Apapun Satar kat sepanjang pantai Rantau Abang tu memang sedap. Kalu tak cuti, situ banyak gerai dibuka. Kita leh makan terus dari periuk.

kakcik said...

Kat Kg Baru pun masih belum banyak kedai makan yang dibuka sehingga raya ke 7!

MIKA pun puasa, ya.. nampak sama kurus dengan tuannya.. :)

azmiroy said...

vic> awak lari dari orang yang kunjungi rumah ye.....
tapi memancing memang best terutama sekali sewaktu menarik joran yang telah disambar. Tapi yang tak bestnya bila campak umpan tarikpun umpan balik dengan umpan saja

zeqzeq said...

sata GANU best
saya daging ikang

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - hahaha... tu la kawan ofis perli.. "aik.. org raya bergambo ngan batang lemang, ko gambo ngan batang joran..."
Apa nak buat, masa ni le dpat beraya umah sedara yang tinggal jauh. Cuti panjang plak tu. Kebetulan abg ipar mmg minat memancing...

Kak Cik - Mika banyak kali jatuh sakit sejak akhir2 ni , bila sakit dia tanak makan. Tu yg kurus. Sama kurus dgn tuan lelaki je la... :P

Azmi - yang lebih sadis lagi kalau tarik pancing ikan tak ada tapi umpan habis.,
Mungkin satu strategi melarikan diri dari rumah juga, tapi tanpa niat. hahahahaha

Zeq - jalang2 cari makang. Makang ikang dengang udan.
tak ada "g" ditambah "g", dah ada "g" dibuang pula...

echah_syed said...

vic...combi suke memancing tp bila dah dapat ikan tak sampai hati nak cabut kail dari mulut ikan huhu... :(

dah lama tak memancing sejak kawin sebab org kat rumah ni tak sorang pun boleh buat geng.

lagi pun combi tak pandai siang ikan yg bersisik... :)

***comel famili kecil vic (*.*)

Bro Framestone said...

Vic,

tahun depan raya pertama sy tempah vic.. sila GPSkan lokasi rumah mertua he...23x

bro,

raya 1st - 6th kat Behrang je.. 7th -12th ade kat ipoh...


Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi - keluarga kecil vic tu bermaksud yang kecil2 sahaja ye? hheheh... yg mana satu comel? yang berbulu putih atau yg kenit 2 orang sebelah atok dan nenek tu? hehehe

Bro - saya akan GPSkan lokasi rumah mertua tahun depan. Sila ingatkan saya 3 hari sebelum raya tahun depan... heheheh

@cu SaYaNg said...

jauh nye beraya...
nape cik abang moyok je gambar pertama tu??