Tuesday, September 07, 2010

He Is My Father...

Dialah orang yang bertanggungjawab mengqamatkan telingaku sebaik saja aku lahir ke muka bumi ini. Dia selalu ada.... dalam susah dan dalam senang...

Lagi 3 hari kita akan meraikan Aidilfitri. Seperti tahun2 yg sebelumnya aku akan beraya di kampung halaman suami, Tg Malim, Perak. Memang begitulah rutin raya pertama. Walaupun sudah 5 kali beraya di rumah mertua, tak pernah walau dalam sekali pun aku tak menangis bila takbir raya bergema di malam raya. Kerana sejak dilahirkan sehingga usia 23 tahun - aku mengenali erti raya bersama keluarga tercinta.


Kadang2 aku selalu fikir, apalah yang ayah dan emak buat di rumah pada raya pertama? Hanya tinggal mereka berdua sahaja (termasuk adik lelaki aku). Aku rasa seperti teringin sekali menemani ayah dan emak di pagi raya. Tapi kata ayah, "Anak perempuan tempatnya di sisi suami. Ayah redha dan ayah boleh terima kalau anak-anak perempuan ayah tak ada bersama ayah di pagi raya. Ayah takkan pernah minta anak-anak perempuan ayah beraya dengan ayah." Itulah kata-kata ayah. Aku berharap bakal isteri adik aku mempunyai ayah seperti ayah aku. Sekurang2nya dia tidak akan 'merebut' anak perempuannya pada raya pertama meninggalkan emak dan ayahku terkontang-kanting berdua di pagi raya.

Terlalu banyak yang hendak dicerita tentang ayah. Ayah kebanggaan kami. Walaupun usianya telah masuk ke usia emas, tak ada kerja ayah tak mampu lakukan. Mengecat seluruh rumah, membaiki kenderaan termasuk menurunkan enjin kereta, menukang, menyemen, membaiki barang elektrik, pendek kata semuanya ayah boleh lakukan. Aku percaya dia juga bapa mertua yang baik. Lihat aje betapa "regu"nya dia dengan menantu2nya.

Aku tak tahu pada mata emak, adakah ayah masih suami yang terbaik seperti 18 tahun yang lepas. Tapi pada kami ayah masih ayah yang terbaik. Ayah yang selalu ada bersama kami, dalam susah dan dalam senang. He is our father. Our biological father..

p/s: entry ini dibuat dengan penuh emosi dan airmata... tapi aku percaya ia lebih kepada rasa melindungi hak kami. Kalau ibu "kamu" tak pernah memikirkan perasaan kami 17 tahun yang lepas, kamu tak sepatutnya jadi seperti dia.

8 comments:

kakcik said...
This comment has been removed by the author.
kakcik said...

Rasanya kakcik dapat memahami apa yang Vic cuba sampaikan...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - ya kak cik, memang ada sesuatu yg vic nak sampaikan kepada 'mereka'. Mereka jangan bersaing dengan kami.... kerana kami telah menang tanpa bertanding.

azmiroy said...

Gembiralah mereka yang masih mempunyai mak dan ayah. Vic bahagiakanlah mereka sementara mereka masih ada

@cu SaYaNg said...

semoga 'mereka' faham apa yang VIX cuba sampai kan...

miss my ayah so much...

siti murni said...

Yes vic..me too. Eventhough I belum kawin (dengan sedikit perasaan nya..hihi)..i can understand your feelings. Lebih sedih beraya tanpa ayah..like me..di sebalik kegembiraan yang orang lain nampak..sayu dalam hati kita ni Tuhan saja yang tau. U r close wit ur father...just like me..urm..u already did the best..not to worry..bertuah ayah u dapat anak macam ni tau...u shld be proud of urself...:)

Selamat hari raya vic...maaf zahir batin.

HEMY said...

tak selalu balik umah sendiri ke time raya?

tak bergillir??

Izad Amran said...

Assalamualaikum Saudari Vic serta sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Saya dan keluarga Mengucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI dengan ungkapan Maaf Zahir Batin Mohon maaf salah silap andai terkasar bahasa, bicara, dan perlakuan.

Berhati-hati di jalan raya. Have a Safe journey!