Wednesday, September 29, 2010

5 days 4 nights: A tale from Tioman.

1st day 25.09.2010 – Berlepas dari Airport Subang pukul 12.30. 1st time aku naik Berjaya Air, pesawat kecil yang membuatkan sepanjang penerbangan umpama menaiki roller coaster tanpa jaminan keselamatan. Scary sehingga aku berzikir dan berdoa sepanjang perjalanan. Lucu! Touchdown Tioman pada pukul 1.40pm. Terus dibawa shuttle Berjaya yang sedia menunggu di perkarangan Airport ke resort. We stay at Berjaya Tioman Beach & Golf Resort. Check-in 2 superior chalet, menjadikan 1 chalet dikongsi 4 orang. Mujur luas chalet tu. Tak banyak perkara yang dilakukan pada hari pertama selain minum fruit punch di Court Yard dan bermain air laut di gigi pantai.

2nd day 26.09.2010 – Selepas breakfast kami keluar ke Games Room, bermain pool dan snooker. Today kami check-out from superior Chalet dan check-in ke Berjaya Tioman Suite (kondominium). Walaupun agak jauh kedudukannya dari Chalet tapi di sini every couples have their own rooms. My bro of course stay alone sebab dia belum ada isteri. Hehehe… kesian. Perkara pertama lepas check-in ialah terjun swimming pool kerana pool sini sangat privasi berbanding di Chalet yang agak sesak dengan pelancong seksi dari Eropah dan Arab. Petang tu kami ke Pekan Tekek untuk membeli barang keperluan dan souvenirs. Jarak dari Pekan Tekek ke Berjaya cuma 2-3km aje tapi tambang teksi (lowest rate: RM30) pergi dan balik. Di Tekek kami berjumpa seorang boatman bernama Sufiyan dan jatuh hati dengan keramahannya. He officially appointed as our tour guide and boatman untuk snorkeling trip tomorrow.
Malamnya kami ber4 (aku, hubby, my bro n ipar) lepak tepi pantai near Beach Bar sambil menikmati live band dari 2 penyanyi seksi. Kemudian mengira bintang2 di langit sebelum balik semula ke Suite untuk menyambung main PS2.

3rd day 27.09.2010 – Island hoping and snorkeling seperti yang telah dirancang bersama boatman Sufiyan. 10.30am kami bertolak menaiki speedboat. Oleh kerana ini bukan pengalaman pertama menaiki speedboat, Tarzan n Jane (Aliyah dan Ajiem) kelihatan sangat santai menaiki speedboat. Relax je mcm takde perasaan. Since we chartered the whole boat, maka segala aktiviti and time management adalah tertakluk kepada suka-suki kami. 6 destinations.
1st Pulai Island – Tempat yang terkenal untuk aktiviti snorkeling. Banyak ikan cantik- cantik dan jinak di sini. Hubby jadi survivor kat sini bila dia berjaya menyelamatkan seorang yang “panic” dan hampir lemas apabila dikerumuni ikan yang banyak. Well done, sayang~!
2nd Coral Island – penuh dengan khazanah batu karang laut yang sangat cantik. Terlalu mempersonakan. Sukar digambarkan dengan kata-kata.
3rd Kampung Salang – Having lunch di beach café. Borong souvenirs juga di sini. Actually souvenirs tidak murah di sini, kebanyakan visitors membeli souvenirs di jeti Mersing tapi since we travel by plane, maka tidak ada pilihan lain.
4th Monkey Bay – tempat ni dulu paling popular untuk snorkeling tapi semenjak dibanjiri dengan landak laut yang banyak, ia menjadi kurang popular. Namun masih mengekalkan kecantikan hidupan dan khazanah lautnya.
5th Marine Park – Taman laut yang dipenuhi ikan besar2 yang jinak dan banyak. Malah ikan besar2 ni boleh disentuh dengan tangan.
6th Renggis Island – Pulau kecil yang jaraknya hanya 1 km dari pantai Berjaya. Destinasi menarik juga untuk snorkeling tapi harus hati-hati dengan landak laut. Ayah hampir2 lemas di sini bila dia tiba-tiba panic. Akhirnya ayah berpaut pada aku untuk ke pelantar yang berhampiran dengan bot. Snorkeling ni nampak simple tapi kalau tak ada keberanian dan keyakinan, life jacket pun tak mampu selamatkan kita. Sebab tu ramai pelancong yang datang tak turun snorkeling pun walaupun telah lengkap berpakaian dan alat snorkeling.

Selingan : Call vet Mika, katanya petang ni Mika akan di ‘operate’. “She is very active and eats a lot”, kata veterinary.

Malamnya aku tidur agak awal kerana kepenatan manakala hubby dan ipar memancing ikan di jeti Berjaya.

4th day 28.09.2010 - Pagi2 kami dikerumuni monyet yang banyak di balkoni. Ayah plak siap la bagi makan kat monyet2 tu. Habis biskut dan snek Aliyah dan Ajiem jadi sasaran. Hehehe. Pukul 10.30 pagi kami sekali lagi berjanji dengan Sufiyan untuk menghantar kami ke Kampung Juara. Khabarnya Kampung Juara ni merupakan perkampungan asal di Tioman. Kalau tak ke Kampung Juara bermakna belum lagi sampai Tioman. Itu kata orang2 Tioman. Jarak cuma 7km namun jalannya sangat curam. Hanya 4WD yg mampu melepasinya. Tak ada yang luar biasa di Kampung Juara kecuali Turtle Hatchery dan orang kampong yang membela Pelanduk. Tak berbaloi upah pengangkutan yang agak mahal (lowest rate: RM200).
Kerana kepenatan yang amat sangat aku tertido sebaik tiba di bilik. Tepat 4.30pm kami sekali lagi memanggil shuttle untuk menghantar kami ke jeti Berjaya. Kebetulan air surut maka kami mengambil kesempatan mengutip seashells yang cantik2.
Sebelum masuk ke bilik masing2, sekali lagi kami terjun ke dalam swimming pool bagi menyingkirkan air masin laut dari badan.

Selingan : Call Vet Mika lagi. Mika dah di “operate”. Vet says, “She is fine. Already started making noise. Jalan-jalan. Lompat-lompat.”

Malamnya sebaik pulang dari makan malam aku membeli souvenir di gift shop berhampiran reception counter. Kali ni aku membeli kenangan untuk diri sendiri pula. Pulang ke bilik untuk menyambung main PS2 sebelum ketiduran…

5th day 28.09.2010 – Pagi lepas breakfast kami menyusuri tepi pantai buat kali terakhir sebelum pulang sambil mengutip seyshell. Kemudian melepaskan lelah sambil berbaring dibawah cabana yang disediakan. Tioman sangat cantik dan Berjaya yang paling cantik. Maka itu tidak hairan sekiranya ada sebilangan pelancong sanggup menyeludup masuk secara haram semata2 ingin menikmati pantai Berjaya. Entah bila lagi akan kembali ke sini, aku tak pasti.
Tepat pukul 2.30pm (kami dibenarkan check-out lewat atas factor flight lewat petang) shuttle menghantar kami ke Airport. Tepat 4pm pesawat meninggalkan Tioman sayup2 di udara. Selamat tinggal Tioman, aku membawa kenangan indahmu pulang ke rumah.
Cuaca buruk di pertengahan jalan menyebabkan pesawat hilang imbangan seketika. Aku merasakan ibarat menaiki roller coaster yang menjunam. Seluruh penumpang kaget seketika. Aku memegang perut menahan ngilu tanpa menyedari airmata mengalir membasahi pipi. Aku redha…. Ku jeling penumpang lain yang masing-masing memejam mata sambil mulut terkumat-kamit berdoa.. Ya Allah… ngerinya.. Teringat Haida yang menghantar sms kepadaku suruh menjaga diri baik2 kerana dia bermimpi memelukku dan menciumku di lapangan terbang sambil menangis. Oh… adakah petanda??

Akhirnya pesawat mendarat dengan selamat di airport Subang tepat 5.08pm. Menarik nafas lega kerana masih bernyawa. Syukur Alhamdulillah. Kemudian menghadiahkan diri sendiri Starbucks dan donut pengubat rasa terkejut dan tergamam.

p/s: Gambar terlalu banyak, manakala internet terlalu slow tak mengizinkan aku mengupload gambar pada waktu ini. Akan cuba untuk upload kemudian.

5 comments:

echah_syed said...

vic boleh jadi pengarang yg hebat.best bila baca tak boring sehingga ke akhir.

bole bayangkan keindahan tioman bila vic tulis step by step mcm gitu sehingga combi dapat rasakan yg combi ada disana hehehe..

mungkin tioman sama mcm pulau-pulau tuanku abd rahman disini.boleh nmpk ikan yg cantek dan bila snorkeling boleh sentuh ikan-ikan disitu.

wow..sgt best!

azmiroy said...

good report

kakcik said...

Tak sabar nak tengok gambar2 pemandangan yang cantik itu.

Kakcik dah merasa kecut perut semasa menaiki pesawat MASWings Miri-Mulu-Miri. Hanya bertawakkal dan berdoa kepada Allah SWT agar segalanya selamat. Mat Salleh di depan siap mencangkung atas kerusi sambil terjerit2... huhuhu...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Itu pun sebenarnya tujuannya, mahu pembaca sama2 berada di Tioman. As a guideline juga pada mereka yang ingin ke Tioman.

Tioman memang cantik... dan tak dinafikan pemilihan resort pun penting bagi mencantikkan lagi keindahan Tioman. Mungkin kita perlu bayar lebih sikit, tapi ianya memang berbaloi.

Azmi - sebab tu la mungkin vic selalu appointed as a secretary in any meeting. :(

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - insyaAllah akan diupload secepat mungkin.... harap En Hubby boleh membantu me"resize" dan mengedit semua gambar2..

Vic duduk sebelah minah saleh yang tengah khusyuk baca novel, bila pesawat hilang kawalan, laju dia tutup novel, pejam mata, sambil berdoa dengan gayanya yang tersendiri...