Wednesday, September 01, 2010

31 Ogos 2010 - lebih baik begini dari ditangkap khalwat....

Kalau ramai yang buat entry mengenai 31 Ogos - Merdeka~!! Erti merdeka, patriotisme dan semangat kemerdekaan, aku lebih memilih untuk lari dari bersikap 'cliche'. Apa sangat le yang
nak dibanggakan dengan merdeka setelah suratkhabar hari ini menunjukkan betapa 'hebat'nya melayu kita melaksanakan seruan khalwat menandakan mereka merdeka dari perhatian mak bapak untuk 1 malam... cisss....

31 Ogos pagi 2010 - Pagi. Terjaga dari tidur yang panjang - panjang kerana tak bersahur.... matahari dah tegak atas kepala baru aku bangun tidur. Hebat sungguh!

31 Ogos 2010 - Tenghari. Ikut En Hubby cuci gambar untuk ibu mertuaku. Raya tahun lepas punya gambar, baru la ni dia nak cuci. Kejam sungguh. Mentang2 la customer tu mak dia....
Kalau orang lain tu tak cukup masa seboleh2 menyiapkan sampai ke tengah malam... Durhaka sungguh si malim deman ni.

31 Ogos 2010 - Petang. En Hubby ada appointment berbuka di luar bersama business partner. Maka aku mak, bro, sis, aliyah n ajiem berbuka di Secret Recipe....
Menu baru - Nasi Lemak ayam rendang dia marvellous... habis sepinggan (sebab lapar).
Dicicip pula dengan brownies walnut yang warm disalut melting chocolate... perghh... dessert yang berjaya menambahkan berat badanku walaupun pada bulan puasa.. wow..

31 Ogos 2010 - Malam. Hadiah Merdeka dari En Hubby - dia belikan Baskin Robbin - almaklumlah 31% diskaun pada setiap 31hb. Sebenarnya kalau dia tak offer pun aku akan mintak sampai dapat.. Ermm... sedapnya... habis semangkuk ku bedal sorang... oh tidak.. 1 sudu besar dirembat si Mika yang juga memang gila aiskrim seperti aku. Hasilnya dia selsema sekejap... ekekek... tak tahu le ikut perangai siapa suka sangat makan aiskrim... pantang kalau aku makan aiskrim... mesti merayu2 nak sikit... kalau benda lain tu tak plak mintak... takkan ikut perangai aku kot.. aku bukan mak dia. Eh... betul! Aku tak pernah beranakkan Mika... tak tipu!

1 Septmber 2010 - Bosannya kembali bekerja.... menghitung hari ke event tradisi keluarga yang wajib dihadiri tiap2 tahun. Tak tahun kenapa - tp tiap2 tahun mesti pergi. MATTA FAIR~!!!

12 comments:

@cu SaYaNg said...

wah...plan nk bercuti ke mana yang???

kakcik said...

Wah.. MIKA penggemar eskrim ek?? Sungguh comel! :)

azmiroy said...

nak juga eskrim tu.....

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - heheh... nak ambik pendekatan macam Acu jugak... tunggu...~ dan lihat. hehehe

Kak Cik - tu la. Kalau dia tgk vic makan aiskrim je... konfem dia mengendeng.. kadang2 kalau kita makan dalam mangkuk.. dia jengah.. bila dia tgk benda lain... dia buat tak tahu je... tp kalau aiskrim dia mengiau le mintak sikit..

Azmi - opss... dah terhabiskan. Tunggu 31hb Oktober le gamaknya... hehehhehe

echah_syed said...

vic...combi suke eskrim perisa coklat dgn perisa durian jer.yg lain tak suka :)

BRO_MONDAY said...

wow~ diari kehidupan yam menarik...ai laik yor stail ♥♥♥
baskin robin pun best gak!!!
tapi ai x leh makan, coz sedam selsema...koh koh koh

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

combi - vic suka buah durian, tp bila dia jadi aiskrim tak lalu nak makan.. Yam pun suka juga, tp pengamal perubatan tu kata, org mcm vic tak boleh makan keladi.

bro monday - i laik yor stail tuuu..~!!
Ala kesiannya demam plak... makan panadol yer.

Azman Md Safiee said...

Salam Ziarah,

Musafir Home@Town Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548

Bro Framestone said...

eh Vic,

hubby kerje ape ek..???

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

zeqzeq said...

selamat bercuti beraya

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Bro Framestone - Dulu hubby orang IT mcm bro jugak.... skang ni full time photographer...
Tp kalau ada request untuk up server, buat internet cabling atau networking... dia buat juga.. part time.

zeq - terima kasih zeq.

zeqzeq said...

entry NAIF tak keluar..

itu laa lain kali nak tunjuk beri cenderamata kena beri semua heee..