Monday, August 30, 2010

Pertemuan Semula Sahabat Ketika Berkain Biru Muda..

Berkain biru muda?? Maksudnya zaman sekolah menengah. Sekadar simbolik penyedap tajuk. Hakikatnya ketika di tangga menengah aku masih berkain biru tua kerana I'm Perfect.. ops silap... prefect (pengawas bukan pengganas).
Kawan yang benar2 sekelas sebenarnya hanya 4 org yg hadir... selebihnya dari kelas2 lain. Ramai yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu. Alhamdulillah dapat jumpa kembali, walaupun dulu kami kurang rapat tapi nampaknya bila dewasa boleh pula bergaul lebih mesra. Alhamdulillah... Bukan menyombong tp dulu kelas kami diasingkan ke blok C yang mana menempat makmal2 kimia, biologi dan fizik. Maka 2 tahun tingkatan 4 dan 5 kami ibarat kera sumbang yang diasingkan dari rakan2 kelas lain. Mujurlah aku seorang prefect yang kerap mengepalai pembacaan ikrar tiap kali perhimpunan Isnin, maka mudahlah dicam pelajar lain. Hahahahaah... (kerana itu ke?) Tak, aku rasa kerana aku la pengawas perempuan paling brutal dan paling kejam.
Tengoklah Aliyah excited dapat pakwe baru. Ayah pakwe baru tu pun sekelas dengan kami. Ok malas nak cerita panjang mengenai perjumpaan tu kerana kawan2 sekolah cuma boleh dibilang dengan jari aje yang membaca blog aku ni. Selebihnya tak tahu kewujudan blog ni, tak mahu ambil tahu atau memang tak reti baca blog (kerana pada perkiraan mereka blog hanya utk org tua, org muda pakai fb, twitter) iyer ker???

Jadi kalau mereka masih mengaggap Aliyah itu adalah anak kandung aku walaupun sudah diterangkan di dalam entry di blog dan komen di facebook - itu bukan salah aku. Salah kamu yang tak mahu membaca habis dan tak mahu tahu.

ok.... ini adalah sahabat2 baikku ketika di tingkatan 4 dan 5. Terlalu rapat sehingga kami pernah masuk Sinaran Pasport Kegemilangan bersama2 ketika berumur 19 tahun dan dapat tempat pertama untuk minggu tersebut.

Sebenarnya teringat pada entry Siti Murni terbit rasa hati hendak mengulas... mengenai sahabat. Kadang2... tanpa kita sedari... orang yang kita gelarkan sahabat itu tersenyum saat kita ditimpa musibah. Kadang2 dialah yang kita fikir akan menjadi dahan untuk kita berpaut bilamana musibah melanda seperti kita selalu menjadi "dahannya" - tapi hakikatnya... bilamana kita berpaut padanya.. ia rapuh lalu jadi penyebab kita jatuh dan jerlus.. malah bila kita terkapai2 mencari jalan keluar, dia sekadar memandang dalam senyum.... senyuman yang sinis.. Sangat menyedihkan bila kita mula sedar yang diri dikhianati... (perenggan ini tidak ada kena mengena dengan gambar sahabat2 di atas)

Oh... aku terhanyut dengan emosi sendiri. Tapi harus ingat, bila mana kita redha dan pasrah selalu akan ada rahmat untuk kita yang bersabar - dan Alhamdulillah... Allah telah pertemukan aku dengan 'rahmat' itu..... dan InsyaAllah... aku takkan biarkan diri ini jatuh lagi dengan ujian2 yang bakal aku tempuhi.

P/s: Walaupun sudah 2 pagi, mata masih terang - kebetulan idea menulis pun ada. Tak risau ttg kerja esok kerana sedang menikmati cuti ganti Nuzul Quran dan cuti Merdeka.

6 comments:

siti murni said...

Thanx Vic...ulasan yang baik :) Maybe atas dasar itulah kadang2 lebih selesa simpan semuanya untuk diri sendiri.
Mudah-mudahan ada rahmat di sebalik nya...

Hv a nice holiday...syok nyer dia cuti sandwich....:)

kakcik said...

Salam Vic..

masih belum tidur??? Taksemua yang kita sangka baik itu sebenarnya baik dan begitulah juga sebaliknya.. Di suai kakcik yang hampr sahaja ke pintu warga emas ini kadangkala bila memikirkan hal itu, boleh menjadi begitu beremosi juga....

azieazah said...

Seronoknya dapat berjumpa kembali kawan2 sekolah yang lama terpisah. Mesti best gelak2 teringat kisah nakal dolu2.

Sahabat yang baik tidak selamanya baik,
dan yang tidak baik dgn kita suatu hari dulu, tidak mustahil menjadi sahabat paling baik pada kita hari ini..

azmiroy said...

best le jumpa kengkawan

@cu SaYaNg said...

perempuan yg acu gelar kan 'sahabat' sanggu bermusuh dengan acu hanya kerana insan bergelar LELAKI...sedih

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Siti Murni - U r welcome Murni. InsyaAllah... pasti ada rahmat untuk setiap kesulitan dan kepayahan yang telah kita tempuhi dengan sabar...

Kak Cik - Kadang2 bila kita langsung tidak menyangka diri dikhianati, impaknya sangat hebat sehingga meninggalkan luka yang sangat dalam...

Kak Azie -Memang seronok betul kak Azie, masa kawan2 baik sampai kebetulan vic tgh beratur nak ambik makanan, terus keluar dari Q semata2 nak berpelukan... rindu sungguh...
Betul kata2 kak Azie tu, kadang2 orang yg kita harapkan ghaib sebaliknya yang kita tak sangka yang menemani kita...

Azmi - memang besh...

Acu - Kita senasib Acu. Bertahun kawan berpisah hanya kerana lelaki... tp bukan kisah cinta tiga segi ni..