Monday, August 23, 2010

Mungkin dah tiba masanya.....

Jumaat kami buffet lagi seluruh keluarga di Pak Hailam Kopitiam. (Telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan tarikh tamat lesen halal sehingga Mac 2012 - semakan status halal boleh dilayari di laman web rasmi JAKIM halal.gov.my) Dah macam addicted pulak berbuka buffet.. heheheh
Alhamdulillah malam tu berjaya juga aku mendapatkan baju kurung moden dan baju melayu sesuai dengan warna tema yang ditetapkan keluarga mertua - warna turquoise.
Hari Sabtu aku menolong ayah mengecat rumah. Walaupun berpuasa itu bukan alasan untuk tak boleh buat kerja rumah kan? Lagipun sejak dari kecik ayah dah ajar buat kerja lasak bila bulan puasa sebabnya family aku mmg suka buat persiapan raya last minute.

Pagi ahad ketika bersahur bendera jepun berkibar. Apalagi, terus aku sambung tidur. Tengahari sempat pula temankan mak, ayah ngan adik bershopping baju raya untuk cucu2 / anak2nya. Walaupun kepenatan tawaf 3x shopping complex tu tapi sempat juga aku menyambar 3 potong kek buat makan dalam kereta. Jeling je ayah di sebelah memandangku. Apa nak buat.... I ada excuse tak puasa.....

Hari Isnin merupakan hari kedua...faham2 je la... aku diberikan MC. Kononnya aku ingin memanfaatkan MC ni untuk shopping barang hiasan rumah di IKEA. Malangnya aku ketiduran selepas puas bertempur dengan kesakitan yang tak terhingga. Sampai lewat petang. Tiada yang dapat dimanfaatkan dengan MC sehari ini, sekadar tidur dan berperang dengan kesakitan..


En Hubby mengubat rasa letih dan kepenatanku dengan menghadiahkan 3 buah novel yang dibeli di premis Alaf 21. Terima kasih. Bermula Ramadhan yang lalu aku banyak menghabiskan waktu dengan membaca novel. Paling lucu aku ada terbeli novel yang telah ada dalam simpanan... dan aku hanya menyedarinya setelah separuh buku dikhatamkan. Lucu~!

Sebahagian daripada koleksi novel2 kepunyaanku..

Berbalik kepada soal sakitku... ketika doktor memegang perut ku tadi... ada satu kata2nya yang menyentuh naluriku, "Mungkin masanya dah tiba untuk awak buat operation tu... Saya dapat merasakan ia semakin besar. Bahaya!" Ya.... berapa lama lagi mampu ku lengah2kan untuk berhadapan kenyataan?? Hakikatnya... aku takkan boleh lari... Mungkin masanya dah tiba....


10 comments:

azieazah said...

VIC, maaf tanya, Masalah fibroid kah?
Biasanya kalu ada masalah ni, pati teruk period pain nyer..

Kalu kata doktor sudah sampai masa, ikut saja. Itu lah yang sebaik-baiknya. Moga selamat semuanya.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - yer betul kak azie..
sblm ni vic dah buat operation endometriosis di kedua2 ovari. Setelah beberapa tahun kemudian disahkan fibroid plak... banyak plak tempat serangannya kali ni... bila diingat2... jadi ngeri...

@cu SaYaNg said...

VIC::

acu pun penah gak terbeli novel yg sama...bukan sekali tapi berkali2..rugi je..huhuhu

yang,ikut le nasihat doktor ya..semoga semua nye selamat..insyaAllah

azmiroy said...

ABC - Allah Bagi Cuti
Vic jika nak buat apa-apa operation biarlah semasa muda ni.... Jangan bila dah tua dan berbagai-bagai penyakit dah bersarang dalam badan dan operation pun menjadi sukar
Semoga sihat selalu

Pn. Liza Mahmood said...

Vic, pertimbangkanlah saranan Doktor tu, mudah-mudahan semuanya selamat.

Salam Ramadhan buat Vic sekeluarga (Happy memBuffet!)

kakcik said...

Salam Vic..

janganlah ditangguhkan. Buat sahaja asal ianya memberikan kebaikan. Kakcik doakan semuanya berjalan lancar dan keputusannya nanti akan menggembirakan. InsyaAllah.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - tu la... nak pulangkan pun dah tak boleh.. buku dah separuh khatam.. plastik pun dah bukak.. InsyaAllah... fikirnya memang nak ikut saranan doktor. TQ Acu.

Azmi - Betul jugak ye, sementara badan masih larat menanggung kesan2 pembedahan tu...

Pn Liza - Terima kak liza.. Salam Ramadhan dan selamat menyambut hari raya yg bakal tiba juga untuk Kak Liza sekeluarga.

Kak Cik - itulah yang dipesan oleh keluarga vic juga. Sebelum ni doktor sendiri juga yang hendak menangguhnya... mcm2 ubat tahan sakit diberi... katanya... luka operation lepas masih basah di bahagian dalam... takut merosakkan lapisan dalaman perut.

Nampaknya kali ni... tak boleh nak bertangguh lagi....

echah_syed said...

kalau fibroid tu kecik biasa mkn ubat boleh hilang.ini mungkin dah besar eh.apapun bersabar ye vic sbb tuhan memilih vic utk diberi ujian ini dan tuhan jugak tahu vic mmg boleh menempuh dgn penuh kesabaran.insyaALLAH...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi - InsyaAllah combi... doakan vic sentiasa kuat ye...

Zezebel said...

Salam kenal dan selamat berpuasa.
Bahaya tu masalah fibroid. Kalau ada peluang berubat jangan lepaskan. Jangan lupa ikut nasihat doktor.