Monday, August 16, 2010

Majlis Berbuka Puasa & Solat Berjemaah @ Suzuki Latex

Majlis bermula jam 6.30 dengan bacaan Yassin dari anak-anak kecil ini. Mereka dari salah sebuah Maahad Tahfiz di negeri Selangor. Sebehagian besar dari mereka merupakan anak-anak yatim....

Agak mengejutkan sejurus sejurus sebelum azan maghrib berkumandang kelibat MD dan DMD kelihatan. Sebenarnya kedatangan mereka tak terduga, namun kesanggupan mereka datang semata2 untuk turut sama meraikan amat dihargai.
Penuh tertib anak-anak ni berbuka puasa... berbaris elok, tidak berebut2.... tenang aje...
Eh... sempat lagi berposing ketika berbuka.... Sejurus selepas berbuka ala-kadar kami mengerjakan solat maghrib berjemaah - selepas itu sementara menunggu waktu isyak barulah kami makan nasi dan juadah yang lebih berat.

Sebaik sahaja masuk waktu isyak kami sembanhyang isyak berjemaah disambung solat terawih dan berkahir dengan solat witir. Yang menariknya beberapa anak yatim yang kukira sudah mencapai akil baligh bergilir2 menjadi imam dan cara mereka melagukan bacaan surah2 dalam Al-Quran sangatlah merdu dan syahdu. Seolah2 mereka menghayati setiap makna surah2 tersebut. Sungguh2 kami kagum....
Sebelum balik anak-anak kecil tadi diberikan goodie bag (yg gambarnya telah diupload di entry sblm ni) dan mereka kelihatan gembira sekali dengan pemberian kecil tersebut. Lega hati kami.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat usaha serta kerjasama dari seluruh comittee, majlis berjalan dengan lancar....
p/s: gambar lebih banyak boleh dilihat di mukabuku (facebook) aku..

7 comments:

BRO_MONDAY said...

Salam sis~

alhamdulillah sume ok...('',)

kakcik said...

Salam Vic..

selamat berpuasa. Bila melibatkan anak2, apalagi anak2 yatim - hati mudah sangat jadi tersentuh, kan?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

bro monday - salam bro..
Alhamdulillah... nampaknya begitulah..

Kak Cik - betul tu Kak Cik. Lagi plak bila mereka jenis yang pandai membawa diri, jaga kelakuan dan tatatertib, hati rasa lebih tersentuh mengenangkan anak2 yang tak ada ibu bapa pun boleh mendapat asuhan yang baik drpd pengasuh.... sebaliknya... sesetengah anak yang ada ibubapa pun berperangai menyakitkan hati.

azieazah said...

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, semoga segala sedekah mendapat berkat dan ganjaran...

Setuju dgn Kakcik. Tapi bagi Kak Azie yang dah biasa bertahun terlibat sedikit dgn golongan ini sudah biasa. Masa mula-mula dulu, tiap kali handle program jer mesti nangis...

@cu SaYaNg said...

comel nye vic..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - Amin... InsyaAllah Kak Azie, harapnya begitulah.
Biasanya tahun2 sudah kenduri doa selamat kami tak undang anak2 yatim, tahun ni nak buat kelainan sikit sebab kebetulan tahun pertama kami buat dalam bulan puasa... Nampaknya tradisi ni perlu diteruskan...

Acu - yg muka senyum simpul tu sebenarnya tgh ketawa besar... tp skali nampak kamera, kemaraman cakap "Hajjah, ketawa tu cover sket," terus tak jadi ketawa... tu yg muka jadi gitu tu. hehehehe...

iDAN said...

Baguslah begitu; setiap kekayaan atau keuntungan syarikat bukan setakat zakat yang dituntut apa salahnya bersedekah ianya akan melimpahkan berkat.

Ramai anak yatim yang masih tidak terbela malahan menjadi isu pula ada kalangan rumah anak yatim tidak berdaftar terpinggir.

Sebaiknya isu anak yatim ini kita kena selesaikan sebaiknya; wang zakat terkumpul terlalu banyak jumlahnya.