Friday, August 13, 2010

Dugaan Puasa Paling Dahsyat..

Entah apa yang tak kena dengan aku menjelang Ramadhan tahun ni. Rasa memang collapse habis. Aku cuma mampu bersahur pada hari pertama puasa. Itu pun hubby berkeras mengajak aku ke restoran thai berhampiran rumah. Walaupun sahur aku terlalu lemah pada Ramadhan pertama. Balik dari kerja terus tertidur sampai azan maghrib berkumandang. Mujur dah tapau apa yang patut di kantin ofis.

Lepas aje berbuka, seluruh sendi rasa lemah, kepala sakit dan impaknya pengsan lagi sampai esok pagi... tanpa sahur...

Hari Ke-2 puasa, pagi diserang cherry berry (cirit biritlah~!), petangnya ku kira jelly pun tak selembik aku. Aku tak mampu buat kerja disebabkan otak seolah2 dah jammed. Memang tak mampu nak angkat kepala dengan bunyi perut yang amat nyaring boleh didengar oleh orang selang 4 meja dari aku. Kesannya sebaik je berbuka aku telah tak sengaja memuntahkan semua juadah berbuka. Kepala lebih sakit dari semalam...

Malam tu hubby belikan 5 biji oren sunkist dan sebiji epal.. selamat semuanya dalam perutku... sampai tertidur... opss... bukan... pengsan... pengsan sebab aku tak bangun sahur walaupun alarm clock berbunyi tak henti2...

Jadi hari ni aku puasa lagi, tanpa sahur berbekalkan 5 biji oren sunkist dan sebiji epal dalam perut hasil berbuka semalam....

Pukul 12.30 tapi badanku telah lembik~!!! Tak tahulah kenapa puasa tahun ni kurasakan amat sukar. Tak pernah aku berpuasa sesukar ini. Dugaan Allah - adakah petanda Ramadhan Terakhir?

Suasana ofis waktu rehat.... kepala orang dah hilang (sbb semua landing atas meja - tidur), yang tinggal cuma jalur gemilang je.... nak merdeka le katakan.

Besok kebetulan ada majlis berbuka puasa, bacaan yassin dan solat terawih berjemaah yang dianjurkan oleh syarikat aku. Itu goodie bag untuk anak-anak yatim maahad tahfiz yang turut menjadi tetamu jemputan esok. Kandungannya Kain pelikat, sejadah, yassin dan tasbih.

12 comments:

siti murni said...

sabar ya vic..i pun lebih kurang sama. tiba ja waktu petang lemah gemalai jadi nya...

Faizal The Newscaster said...

mmg sengsara kalau kena chair red bear red time puasa. alhamdulillah tahun ni ok lagi. pernah kena tahun lepas. mmg lembik teruss. tapi dapat juga bertahan sampai berbuka..

next week ada terawih perdana di tempat keje, ada imam muda skali :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Murni - tu la murni. Kadang2 rasa bersalah plak bila menunjukkan betapa tak produktifnya orang melayu bila menjelang Ramadhan. Tapi memang nak angkat kepala pun dah tak larat. Inikan plak nak berfikir...

Faizal - masa kena pagi tu... dah dapat rasa dah, "habislah aku petang ni."

Amboi... imam muda tu tarikan pmpn muda ke terawih tu.. hehehe

azieazah said...

Bawa bersabar VIC... insyaAllah, kalu dikuatkan lagi semangat tu, boleh terus berpuasa sehingga akhir...

BRO_MONDAY said...

salam sis,

hope sume ok...yam perlu kite lakukan adalah bersabar dengan dugaan...semoga dipermudahkanNya ('',)

p/s : ai pun muntah gak pagi tadi masa lepas sahur sebelom imsak...muntah sebab rokok tersilap sedut...adehhh~

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

AzieAzah - InsyaAllah kak Azie.. tp org pmpn camna pun insyaAllah ada ponteng juga... hehehe

Bro Monday - muntah pasal hisap rokok tu pelik tu... heheh... elok jangan isap rokok terus yer tak? :P heheheheh

shazriena said...

sis vic.. take care key...
jaga diri dan kesihatan..

kakcik said...

Salam Vic..

muda2an hari ini Vic lebih kuat lagi dalam menghadapi dugaan berpuasa. Vic ada gastrik, ya?

Kakcik pun semalam sakit kepala teramat. Bawa tidur, bila bangun bertambah sakit. Balik pejabat.. tidur dulu setengah jam sebelum memulakan agenda seterusnya.....

echah_syed said...

vic..combi pun sama jugak.tatau ngapa tahun ni bila masuk jer pukul 4pm kepala dah mula pening/sakit.pertama kali rasanya jadi begini sejak berpuasa dah berpuluh tahun.

sedih pulak bila vic cakap adakah ini ramadhan yg terakhir kerana combi blom bersedia rasanya utk berpisah dgn anak-anak dan suami.

tapi siapakah kita utk menolak jika ajal sudah menjelma..

azmiroy said...

Vic
Apabila berbuka biasanya kita makan berbagai2 jenis makanan dan perutpun terkejut oleh itu cadangan saya lepas makan, minum Eno perisa halia supaya perut tu boleh tenang sikit :-)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Shaz - terima kasih shaz

Kak Cik - masa kecik2 dulu mmg ada gastrik...tp dah lama tak kena serangan gastrik semenjak habis sekolah..
Tatau la kalau skang dah datang balik pulak.

Combi - Betul tu combi... kalau boleh nak sambut berpuluh2 kali lagi Ramadhan dan syawal...tp sapa la kita nak melawan takdir..

Azmi - terima kasih azmi... Lepas ni kalau perut meragam lagi lepas berbuka.... akan cuba minum Eno plak.

iDAN said...

Ujian memang sukar kita duga; di mana pun sama...

Tadi abg berbual dengan si Azim tanya dia dah berapa hari kita berpuasa; baru 10 hari katanya... bukakhkah dah lebih separuh... abg jangkakan begitu.

Gangguan kesihatan masih begitu; sejak awal puasa demam & batuk.

Dikejutkan pula oleh pemergian rakan Jumaat lalu. Makin tahun makin pelbagai ujian Ramadan ini.