Wednesday, August 25, 2010

Bantu Aku Buat Pilihan...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan kata semangat dalam entry lepas... sedikit sebanyak aku termotivasi dan diberi kekuatan. Setelah berbincang bersama keluarga terdekat aku memutuskan untuk melakukan pembedahan sebaik saja pulang dari Pulau Tioman. Masalahnya.... aku memerlukan bantuan kalian untuk memilih hospital mana yang seharusnya aku pergi..

Sri Kota Medical Centre.
Kelebihannya adik aku staff nurse di sini. Kerana aku adalah kakak kepada staff nurse di situ, aku dapat layanan yang sangat baik daripada kakitangan hospital. Malah kali pertama menjalani pembedahan endeometriosis juga di sini. Di bawah tanggungjawab Dr. Bala. Sungguhpun Dr. Bala tidaklah mesra orangnya, namun aku tidak akan lupa kecekapannya menjalankan pembedahan ke atas ku beberapa tahun dulu. Aku masih ingat, ketumbuhan yang kelihatan ketika proses scanning cuma disebelah kiri ovari sahaja dan persiapan dilakukan untuk membuang satu ketumbuhan yang dimaksudkan. Malangnya semasa pembedahan dilakukan Dr Bala terlihat ketumbuhan kedua di sebelah kanan ovari. Makanya dengan kepakaran bertahun2 dalam bidang ginekologi, beliau terus menebuk perutku di sebelah kanan dan mengeluarkan ketumbuhan ke-2. Kalau tak mungkin aku terpaksa menjalani pembedahan 2 kali dalam tempoh setahun. Tetapi kesannya...... aku mempunyai smiley face yang panjang mengalahkan perut adik aku yang bersalin secara pembedahan.

Pantai Medical Centre, Klang
Sebaik sahaja aku mengalami kesakitan semula, aku kembali membuat check-up bagi mengetahui puncanya. Malangnya, perutku mengalami komplikasi akibat pembedahan menyebabkan scanning ultrasound tidak boleh dilakukan hanya melalui lapisan luar perut. Atas cadangan adik aku, beliau memperkenalkan aku dengan Dr. Phang, pakar ginekologi dari Hospital Pantai. Orangnya sangat lembut dan mesra. Aku senang berbincang dan mendapat rawatan dengannya kerana dia seorang wanita. Maka perasaan malu kurang sikit apabila dia menjalankan ujian ultrasound ke atasku. Namun sebenarnya masalah bukan disebabkan doktor tapi kerana hospitalnya... Aku bencikan suasana Hospital Pantai Klang. Hati aku tak senang di situ. Aku rasa seperti di hospital sakit mental. Berbeza dengan hospital Sri Kota, suasananya lebih memberangsangkan dan mungkin kerana itu aku pulih lebih cepat dari biasa.

Darul Ehsan Medical Centre.
Dr. Fairuz Asyikin ialah pakar ginekologi yang pernah merawatku. Kelebihannya dia adalah pakar ginekologi yang terkenal di Selangor. Kerap terbaca beberapa artikel darinya di ruangan kesihatan akhbar. Kelebihan kedua dia ialah wanita Islam. Pandangannya pasti turut diambil kira faktor agama. Sama seperti Dr. Phang, kerap timbul perbalahan antara aku dan Dr Fairuz kerana keengganan aku menyelesaikan masalah ini dengan mengandung. Kerana malu ditarbiah lagi, maka aku melarikan diri ke Dr. Phang. Sekurang2nya dileteri doktor wanita cina tidaklah malu berbanding ditarbiah doktor wanita melayu. Semenjak DEMC berpindah ke bangunan baru, aku amat senang dengan hospital tersebut. Cantik, tenang dan mendamaikan. En. Husband pun sukakan suasana di DEMC.

Jadi... yang mana satu sepatutnya menjadi pilihanku kali ini??

7 comments:

azieazah said...

Hmmm.. payahnya nak pilih. Semua tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Why not, tulis dalam kertas kecil, pastu ajak ahli keluarga ramai2 cabut undi. hehehehe..

@cu SaYaNg said...

erk...acu tak pandai la nk bg cadangan sbb seperti kata kak azie masing2 ada kelebihan & kekurangan nye...

kakcik said...

Kakcik pun takut nak beri pandangan sebab kakcik tak pernah berjumpa dengan semua doktor yang Vic sebutkan itu.. Cubalah berbincang dengan suami, mungkin pandangannya adalah yang terbaik. :)

Apa2pun semoga selamat semuanya.

Pn. Liza Mahmood said...

Vic, pandangan peribadi K.Liza :-
Ada 2 kelebihan di SKMC
(1) Layanan baik sbb ada adik s/nurse
(2) Jika Doktor yg sama membuat rawatan ke atas Vic, pasti dia ingat 'sejarah' & akan 'teropong' semula tempat2 yg digodamnya dulu.

Kelebihan DEMC pula :-
(1) Doktor pakar
(2) Doktor Muslim - InsyaAllah, kerja2nya bermula dgn doa-paling kurangpun "Bismillah".
(3) Walaupun 'ceramah' dia pedas, jika mendatangkan kebaikan pada Vic dan tepat dgn kaedah perubatan-terimalah dgn redha.
(4) Hospital baru, environment segar, peralatan canggih, Servis garenti tip-top, parkingpun lapang rasanya memudahkan keluarga yg berziarah.
(5) Paling BESH sbb En, Husband suka! Eh... bila suami redha, ibarat 20% masalah selesai - Agaknye le ye...

Apapun Vic, sesudah mencongak kelebihan & keburukan hospital2 tersebut, tanya juga apa kata hati - kekadang 6th sense tu berbaloi-baloi Dik...


SKMC DEMC

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - haha... ikut cara tradisional yerk?

Acu - tu la... sbb masing2 ada kekurangan dan kelebihan, itu yg buat susah nak buat pilihan.

Kak Cik- So far husband kata "terpulang pada keselesaan awak."

Pn Liza - Vic pun suka point no. 4 DEMC tu. So far keluarga dan suami pun setuju pilihan ke-3.
Officemates pun suka yg no. 3 pasal senang dowang nak datang melawat.

azmiroy said...

Vic
ikut aje kata hati...

zeqzeq said...

cik abang jawab apa?
dekat rumah..kalau boleh rumah sendiri rumah saudaramara