Tuesday, August 10, 2010

1001 Kisah Seminggu

Terlalu banyak hendak ku cerita dalam masa seminggu. Faktor di Tg Malim tak ada Digi Broadband dan kesibukan melampau, membuatkan aku kehilangan masa untuk menitip sesuatu di blog. Biar aku highlighted beberapa perkara utama:-

Takziah Buat Bro Mazidul:-
Kebetulan memang berada di Tg Malim kerana keluarga mertua hendak membuat kenduri tahlil. Tgh sibuk membantu memasang balai, menyusun kerusi (aku sendiri kurang pasti kenapa aku lebih gemarkan melakukan kerja lelaki berbanding memasak di dapur) tiba2 bapa mertuaku balik. Khabar yang dibawa Haji Sidek telah menghembuskan nafas terakhir. Agak lewat juga berita itu sampai - lepas abah balik solat Zuhur di masjid. Teringat bro Mazidul ada memberitahu ttg ayahnya di facebook sehari sebelumnya. Ketika itu dia masih di Kuching. Lalu petang itu kami ke rumah ibubapa bro Mazidul. Sayangnya agak terlewat apabila jenazah telah dikebumikan. Rupanya barulah ku tahu yang Tuan Haji Sidek meninggal dunia jam 2 pagi di hospital Sungai Buloh. Ketika itu Bro Mazidul masih melakukan operasi di Kuching. Takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham, moga roh ayah bro Mazidul ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Kenduri Tahlil di Tg Malim
Ramainya manusia sampai orang kampung kata, "mcm kenduri kahwin plak ye." Mujur mak pakai catering kalau tak tentunya aku demam esok harinya... mcm dulu2..

Kejadian di Mahkamah Umpama Memberi Galakan Buat Penjenayah

Isnin pagi aku terus ke mahkamah Magistrate bagi mendengar 'jatuh hukum' kes dadah seorang pekerja. Seperti biasa pekerja aku sekali lagi diberi amaran daripada hakim gara2 melengah2kan perbicaraan. Sebenarnya hakim wanita tersebut memang sedikit garang namun sangat profesional. Yang merisaukan, kehadiran beberapa peguam baru (mungkin dalam praktikal) yang tiba2 bertanya kepada pembantu juri mengenai mana2 tertuduh yang tidak diwakili peguam. Maka pembantu juri menyebut nama pekerja aku.

Seketika kemudian peguam baru tersebut menghampiri pekerja aku dan meminta izin untuk mewakili pekerja aku. Lalu dia bertanya beberapa soalaan peribadi. Aku cuba mencuri dengar perbualan yang lebih berunsur "mengajar tertuduh bagaimana untuk bercakap". Kemudian apabila perbicaraan bermula dan bahan bukti dikeluarkan, tertuduh tiba2 tidak mengakui barang tersebut kepunyaannya walaupun mengaku memiliki dadah ketika ditangkap. Berlaku sedikit kekecohan dalam mahkamah bila peguambela tertuduh lain turut campur tangan "speaking tamil" terhadap pekerja aku tu selain dari jurubahasa mahkamah sendiri. Bertimpa2 suara mereka, masing2 hendak bercakap sehingga menampakkan perbicaraan seperti dalam pasar, langsung tak formal dan nampak canggung bagi sebuah badan perundangan profesional.

Pertuduhan yang dibacakan terlalu lembut seperti ibu memujuk anak minum susu. Aku yang duduk di barisan paling hadapan tak dapat mendengar langsung butir pertuduhan. Sekaligus membuatkan hadirin di belakang tersengih2 perli dan kelucuan seolah2 perbicaraan berbisik sedang dijalankan. Yang aku sedar tiba2 pekerja (tertuduh) mengangguk beberapa kali bersetuju bahawa dadah tersebut kepunyaannya.

Lalu hakim menjatuhkan hukuman denda RM1800 atau 2 bulan penjara. Bangunlah peguam baru tersebut berhujah meminta dikurangkan hukuman kerana faktor gaji kecil, anak 2 orang, isteri suri rumah dsb.... hukuman denda dikurangkan RM1500...

Aku pulang ke pejabat setelah selesai... namun sepanjang perjalanan aku berfikir... peguam percuma, peguambela lain yang sebangsa boleh mencelah ketika proceeding, rayuan dikurangkan hukuman, mengajar tertuduh memanipulasi keadaaan - adakah ini satu trend yang cuba diterapkan di mahkamah Malaysia bagi membela pesalah2 jenayah ini - yang aku yakin ia kelihatan seperti menggalakkan penjenayah - "nasibku terbela secara percuma tanpa dipinta," kata penjenayah.

MEF Meeting 10/8/2010 - Malaysia Negara Ke-2 Termahal.

Meeting dipengerusikan oleh HR Manager Carrefour. Banyak perkara yang dikongsi bersama especially dari kompeni2 besar mengenai kerenah pekerja. Turut dibicangkan mengenai proposal MEF untuk meminda akta Pekerja 1955 dan dibantah keras oleh MTUC. Dan aku juga baru tahu bahawa ramai pelabur asing yang menutup kilang di Malaysia, manakala yang baru hendak melabur mengubah fikiran untuk membuka kilang di Malaysia gara2 akta kerja 1955, kebebasan kesatuan pekerja, membuatkan Malaysia ditakuti pelabur asing.

Malah Malaysia merupakan negara kedua TERMAHAL dari segi termination benefit berbanding negara2 lain. (Tempat pertama diduduki America). Bayangkanlah.... bukan aku nak perlekehkan Malaysia tapi cuba bandingkan saiz dan kemajuan Malaysia berbanding Jepun, England, Australia, German dan beberapa negara maju yang lain - Malaysia berada di tempat kedua selepas USA.... perghh... bayangkan kalau anda pelabur asing... serius scary nak bukak kilang kat Malaysia kan? Belum lagi kalau kilang ada Union - macam2 lagi mereka demand.. tak dapat nanti mogok, piket, MC beramai2..

No wonder Singapura yang lebih kecil, China yang kepadatan penduduk terlampau tinggi dan Thailand yang mana taraf hidup lebih rendah lebih diminati oleh pelabur asing berbanding Malaysia sendiri

Malaysia Boleh~!!!

6 comments:

kakcik said...

Ya... Malaysia Boleh dan Malaysia adalah YANG segala2nya berbanding negara jiran..bla..bla..ba.....

BRO_MONDAY said...

Salam sis~ ada button LIKE x? ai nak tekan ni...koh koh koh

B.U.M.P ('',)

azmiroy said...

tentang pekerja Vic yang dadah tu... saya pun hairanlah seolah2 mahkamah dipermainkan oleh peguam2. Peguam lain boleh mencelah dengan cakap tamil dan ada peguam bela free lak. mungkin orang itu pun sebangsa jugak kut.
Pada saya mungkin hakim tu lemah...

Tentang akta tu... saya setuju dikekalkan kerana demi membela nasib pekerja cuma kadang2 kesatuan sekerja tu yang mengambil kesempatan membela pada perkara2 yan tak betul

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - Heheheh... kak cik. Itu fakta ke auta?

Bro Monday - Walaupun tidak ada button like, vic sudah tahu kamu like... :) TQ.

Azmi - Tak, peguam percuma itu seorang wanita melayu. Mungkin terdesak mendapatkan kes bagi lulus ujian praktikal - maka terjadi perkara mcm ni. Tapi ia bukanlah satu perkembangan yang "sihat".

Kadang2 kesatuan pekerja sendiri tak tahu akta pekerja... itu yg masalah. Bila kita minta rujuk buku akta kerja... melenting pula.

siti murni said...

Salam takziah juga buat Bro Maz sekeluarga. Dapat tahu dari entry u vic...:(

@cu SaYaNg said...

sesuai betul slogan MALAYSIA BOLEH tu..huhuu