Tuesday, July 20, 2010

Pura-pura tak excited.

Sebenarnya aku sedang memenuhi jadual kerja aku. Aku takut pada masa terluang sebab bila ada masa terluang aku akan bukak website yg buat aku teruja. Aku tak mahu terlalu teruja. Orang tua-tua kata kalau terlalu teruja (excited) nanti hampa. Maka aku cuba mem"pura2" diri tak excited.

Sebenarnya ini bukanlah perancangan percutian terhebat. Ini bukanlah destinasi terhebat pun yang pernah kami pergi. Aku dah 3 kali ke sini - dan kali ke 2 ke resort yang sama. Tapi keterujaan itu mungkin kerana aku membawa hubby yang bakal ke sini buat kali pertama. Dan kerana.... ini percutian paling panjang dan paling istimewa. Ye ker? Aku rasa tiap kali nak pi bercuti memang aku excited... mungkin aku yg terlupa.

Apa yang merunsingkan sekarang ni bila pemandangan di bawah bagaikan filem berputar2 dalam kepala aku. Sehinggakan salah satunya telah menjadi wallpaper pc aku di pejabat. Sebenarnya aku rasa keterujaan ke sana disebabkan aku mahu lari dari tekanan kerja yang melampau. Mungkin.....




Sebelum puasa... aku merasakan jadual aku telah dipadatkan macam tin sardin cap ayam. Terkejar2 dengan court case, seminar, meeting-meeting-meeting. Isnin dan Selasa akan ke Sunway Convention Centre bagi seminar tahunan SOCSO bersama-sama PM kita, Dato' Seri Najib Tun Razak. So guys... yg akan pergi ke sana juga... c u there.


8 comments:

kakcikseroja said...

Wah.. ke mana tu Vic? nampak begitu mengujakan. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Pulau Tioman kak cik.

azmiroy said...

busy, busy, busy .. tak pe lepas ni pergilah bercuti. Honeymoon semula..:-)

zeqzeq said...

cantik mata..nikmat pada mata BIRU.

saya pura2 malu jerr

@cu SaYaNg said...

cantik nye...
acu belum penah lg smp kt pulau2 mesia nie...melainkan pulau pinang & pulau langkawi je..iskh..teruk betui...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - hajatnya begitulah Azmi. Hubby pun cakap dia nak buang semua tension dia kat pulau tu....

Zeq - cantik Zeq, last skali vic pergi rasanya 10 tahun yang lepas.... belum kahwin... belum kenal lagi en. hubby.

Acu - rugi tu acu... pulau2 kat Malaysia ni cantik2 especially Pulau Redang. Paling cantik! Family Vic memang suka pergi pulau2. Lepas kahwin dengan hubby, vic ajak dia jelajah pulau kat Malaysia ni, Tioman je hubby belum pergi lagi.

siti murni said...

pura2 excited nak ke tioman..??toksah la dok pura2 lg vic oi..kalau murni pun sama ja teruja bukan kepalang..org mcm kita ni asik kat opis melayan stress..melayan karenah orang..cuti je ubat nyer...layannnn jer..ihihi

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

murni - hahahahah.. tipu la kalau tak teruja kan? Tp nak sembunyikan sikit keterujaan tu yg payah. heheh