Saturday, July 31, 2010

Operasi Seludup Mika

Minggu ni adalah minggu menebus kembali kebosanan selama berminggu2 yang lepas. Cuti2 KL... haha.. Save budget... kang cuti jauh2 lagi besar belanja. Jgn tatau walaupun tinggal kat Shah Alam kami jarang sgt turun ke KL. So memandangkan dah lama tak turun KL dan kebetulan family aku memang berhajat nak membeli sedikit baju raya, maka kami bermalam di hotel di Kuala Lumpur yang berdekatan dengan Pavillion.

Yang lucunya En Hubby beriya2 nak bawak juga Mika walaupun aku mencadangkan dia dihantar ke Cat's Boarding dekat Vet. Kata hubby, "Kesian Mika, sesekali dia teringin juga nak merasa tido hotel, nanti kat Tioman dah confirm kena tinggal." Ye ke? Aku tak rasa pun Mika teringin nak tido hotel... "Mana boleh bawak pet dalam hotel," aku mengingatkan. "Boleh... kalau diorang tak tahu," jawab hubby senyum2.... Akhirnya Mika dimasukkan ke dalam travelling bag. Risaunya aku kalau dia berbunyi atau menggelupur di dalam beg, mahu kami kena halau keluar... tapi.. mujurlah sepanjang melalui lobby hotel dia langsung tak bunyi dan tak meronta... bagus betul... sampai je bilik bukak beg, terus dia keluar macam takde apa2 je... phewwww.... seb baik la ko ni kucing yg pandai bawak diri.
Tengoklah betapa relaxnya dia..... mcm takde apa2 yang berlaku je..
Bilik aku ngan hubby yang terpaksa dikongsi bersama MIKA.... heheheh
Esok paginya terus turun swimming pool....
Although hubby is a good swimmer but he hates swimming pool..
Ajim dan Aliyah yang kesejukan...
Ok.. nak bersiap bershopping barang raya. Bulan puasa kalau baru nak bershopping confirm aku dah tak daya nak meredah kesesakan maha hebat dan panas terik di bulan puasa. Petang kang En Hubby nak tunaikan janji untuk belanja lunch di Pavillion.

4 comments:

azmiroy said...

teruskan shopping sekarang nanti bulan puasa semua nafsu makan, nafsu beli-belah nafsu mata dan berbagai-bagai nafsu lagi kena dikawal

shazriena said...

haha kalau sy sendiri pun sis suka shopping sebelum bulan pose...
bila bulan pose nanti sebuk n jugak penat ngan kelas lg.. so jln yg terbaik sebelum bulan pose... apa pun selamat bershopping :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmiroy - lagi nak dekat raya, lagi susah nak kawal nafsu sbnrnya... tu belum cerita rambang mata tgk kuih raya...
Sbnrnya kalau ikut pengalaman sblm2 ni, shopping masa bulan puasa terlalu memenatkan - bukan hanya disebabkan puasa tapi penat berasak dengan org2 lain.

Shazriena - Betul tu shaz... maca tadi lepas bersesak penat shopping dapat gak makan dan minum lepas tu... kalau nak tunggu petang baru leh basahkan tekak, mau kering dibuatnya...

shazriena said...

betul2..
x pe shopping bebyk.. still have a time to shopping hehe
mlm minggu best ni lepak kl..
kalau pandai cr port.. mmg gempak la