Friday, July 16, 2010

No Bon Odori... Hanya Odour sahaja.

Buat pertama kali dalam sejarah, File Bon Odori tidak dikeluarkan tahun ni memandangkan MD aku yang Ba Alif Nga Alif Nga, Ta Wau Lam Wau Lam dan Ba Wau Dal Wau Ha telah mengambil alih jawatan MD untuk tahun ni. Kenapa aku eja dalam Jawi? Sebabnya si tua nyanyuk tu memang kaki mengampu, benda2 mcm ni kang laju je dia nyampaikan kat MD aku.

Terasa betul bila tak ada Bon Odori, semenjak aku join kompeni ni, memang Bon Odori adalah acara wajib yang perlu aku participate tiap2 tahun. Walaupun penat tapi bila belon kami yang mahal sangat tu dibeli mcm goreng pisang Pak Abu kat Sek. 19, rasa sangat sangat sangat gembira dan bahagia.

Belon kami memang dijadikan trade mark Bon Odori festival. Tak caya bukak la gambar2 Bon Odori dalam website, tak sah kalau takde gambar Peacock Balloon atau Yo-Yo Balloon. Tapi nampaknya tahun ni pastinya Bon Odori sedikit cacat tanpa trademark utamanya (selain kipas).

Aku dapat merasakan MD ini bakal menggulung tikarkan kompeni aku. Hanya kerana dia kaki mengampu chairman, (tak seperti MD yg lepas2, masing2 pandai membuat keputusan sendiri dan memberikan banyak keistimewaan kepada pekerja), dia masih dipertahankan walaupun 99.99% pekerja (kecuali nyonya nyanyuk) memang benci yang amat sangat nengok muka dia.

Kenapa nyonya nyanyuk boleh baik ngan dia? Senang je.... kerana mereka berkongsi attitude yang sama. Kaki ampu, dibenci semua pekerja dan gila publisiti.

6 comments:

Faizal The Newscaster said...

oo belon2 kat bon odori tu dari company vic ke?

memang slalu join sejak balik mesia lepas study..tapi tahun ni maybe tak dapat kut..

sbb ada byk wedding invitation..hehe
kalau tak mesti pegi punya..sebab nak amik gambar :)

kakcikseroja said...

Ni entri lepas geram ke Vic? :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Faizal - Memang ramai photographer yang akan datang masa bon Odori. Belon2 tu memang keluaran syarikat kami. In fact we are the one and only Japanese company yg jual belon kat situ every year. Sayangnya.... semuanya dah berlalu.

Kak Cik - memang geram betul dengan MD yang skang ni. Sampai ada manager yang menggelarkan MD kami sebagai "BOLAMPA" - maknanya... tak sanggup nak sebut... tanya la kawan2 cina yang lain.

azmiroy said...

no comment

shazriena said...

x pernah lagi pegi bon odori.. ritu kawan ajak.. tp x de masa lak..

Anonymous said...

Saya bekerja lebih dari satu tahun dan saya tidak pernah menerima sebarang surat pengesahan jawatan dari pihak majikan. Saya berhenti kerja tanpa memberi sebarang notis, dan majikan saya membuat tuntutan gaji satu bulan terhadap saya. Haruskah saya membayar tuntutan satu bulan gaji saya kepada majikan saya? Apa tindakan yang sewajarnya harus saya ambil?