Tuesday, July 27, 2010

Konvensyen SOCSO

Diberi tajuk "Return To Work" - Kembali Bekerja Konvensyen SOCSO kali ni. Apa kes? Ok.. sbnrnya bertujuan mengajak penerima pencen SOCSO kembali bekerja yang sesuai dengan keupayaan dan kudrat mereka dan mengajak majikan2 seluruh Malaysia supaya bersama-sama bekerjasama menjayakan kempen ini dengan bersedia menerima penerima pencen SOCSO ini (yang most of all mengalami kecacatan / kurang upaya) untuk berkhidmat di dalam syarikat kita. Itulah kisahnya...

Jadual asal sepatutnya majlis ini dihadiri dan dirasmikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak tp mungkin disebabkan kekangan masa maka beliau tidak dapat menghadirkan diri. Majlis dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia - Dato' Subramaniam.
Banyak juga kisah2 sedih penerima pencen SOCSO yang dikongsi bersama kami. Lebih2 lagi bagi penerima pencen yang menerima jumlah pencen di bawah garis kemiskinan - mana nak menampung hidup keluarga dengan pencen seciput - anak ramai. Sampai harga gula naik pun diketengahkan mengundang ketawa audien dalam hiba.

Pemandangan Sunway Lagoon dari ruang makan Sunway Pyramid Convention Centre.

Hakikatnya meminta majikan mengambil pekerja OKU tidaklah semudah mendengarnya. Bukan kerana faktor ketidakupayaan meraka sahaja yang perlu difikirkan. Ini kerana OKU memerlukan banyak kemudahan khas seperti tandas, jalan yang rata dan bukan bertangga-tangga (melainkan kalau syarikat ada lif) dan macam2 lagi. Kalau syarikat multi-national company yang besar tu mungkin boleh aje mengadakan semua kemudahan mcm ni - tp bagi syarikat kecil2..... hmmmmm..... nak baiki kemudahan untuk orang upaya pun tak tentu lagi, inikan plak nak sediakan kemudahan untuk orang kurang upaya.

Sempat juga membeli sambil beramal...

2 comments:

@cu SaYaNg said...

sekarang universiti pun perlu sedia kan kemudahan utk pelajar OKU..untuk keselesaan pelajar..
kesian tgk diaorg nie...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Betul... malangnya kebanyakan kemudahan yang disediakan untuk OKU.. tmpt duduk OKU dlm komuter, parking kereta dan kemudahan2 lain digunakan oleh orang yang sihat dan normal.