Thursday, July 08, 2010

Everyone is talking about OCTOPUS...

Sepanjang perjalanan nak ke mahkamah pagi ni, Hits.fm tak habis2 bercerita ttg octopus. Sotong yang pandai meramal siapa yang akan menang setiap perlawanan FIFA. Walaupun parking di mahkamah sangat sangat sangatlah susah, tapi aku masih ketawa gara2 JJ & Rudy buat lawak ttg sotong tersebut. Last skali memandangkan takde parking, habis aku panjat divider kat tepi jalan. Seb baik aku punya keta 4WD versi ketot.

Sampai di mahkamah majistret 4 (aritu 5), aku pun bertanya adakah benar kes pekerjaku bakal dibicarakan hari ni. Ya, jawab pembantu majistret. Lalu aku mengambil tempat duduk. Dari pukul 8.40... masa terus berganjak ke pukul 10 pagi. Aku hanya termenung sambil mendengar juri2, pegawai polis dan pembantu manjistret bercerita pasal sotong octopus hebat tu. Hehehe... sungguh la popularnya kamu. Sampai masuk dalam mahkamah. Mahkamah masih belum bersidang. Difahamkan hanya pekerja aku seorang je yang belum hadir. Lalu aku menerima sergahan, "Anak guam awak _________ ni mana? Datang ke tak?" Haaa?? aku nampak macam peguam ke?? "Saya bukan lawyer encik. Saya wakil majikan," jawabku. "Dia tak datang? Awak ada no telefon dia?" Lalu aku keluar dari dewan mahkamah sambil dalam hati menyumpah seranah pekerja aku. Bukan kat pejabat je selalu datang lewat, kat mahkamah pun dia bantai datang lewat juga. Geramnya aku!!!! Lalu aku telefon dan marah2 le pekerja aku tu. Elok2 dia tak tahu aku datang nak dengar... jadi ter tahu plak.

10.30 dia tiba dengan anak ngan bini dia ngan muka tak bersalah. Mcm hero filem tamil. Aku ketap bibir menahan geram. Dia sengih macam kerang busuk. Elok je pintu dewan mahkamah aku tolak untuk masuk terus pegawai polis tu membebel macam mesingun kepada pekerja aku tu. Padan Muka! Mcm biasalah, dia buat muka hero filem tamil tu sambil minta maaf berkali-kali. Tak sampai pun 2 minit kemudian loceng bingit berbunyi menandakan majistret masuk ke dewan.

Kes pertama dibacakan. Garang juga majistret bila memberi amaran dan menaikkan ikat jamin kepada tertuduh pertama yang gagal menghadiri prosiding pertama atas alasan tidak munasabah. Kes kedua.... pekerja aku. Pertuduhan di bacakan.
"Anda mengaku bersalah atas pertuduhan itu?"

"Ya, saya mengaku bersalah," haaaa??? ternganga luas mulut aku. Mengaku? Aku ingat dia pun bantai tak ngaku juga. Almaklumlah masa sesi soal siasat ngan aku dalam conference room aritu habis dikelentongnya aku hidup2.
"Yang Arif, mahkamah belum boleh menjatuh hukum ke atas tertuduh kerana keputusan ujian air kencing masih belum diperolehi"
Uik... susah juga ye. Orang dah ngaku salah pun tak boleh nak hukum. Jadi apa bezanya ngaku dan tak ngaku.
"Baiklah, perbicaraan ditangguhkan pada ................"
Itulah masalahnya.... bersidangnya 5 minit je, tapi dari aritu terpaksa menunggu berjam2 hanya untuk 5 minit tu. Dah le keputusan pun takde.... tensen!!!

p/s: balik terpaksa menghantar wahyu kepada bos2 yang menunggu di ofis untuk dihantarkan pula wahyu ke parent kompeni di Jepun. Di mana big boss sedang menunggu sambil garu2 kepala. Why la Malaysia like that ?? Pleaded guilty also no action, tak admit guilty pun no action....

22 comments:

kakcikseroja said...

Sebelum ni pun kakcik dah hairan dengan satu kes yang lebihkurang macam ni juga.. tertuduh mengaku bersalah, tapi dibebaskan kerana tak cukup bukti... Entahlah, kakcik tak ada pengkhususan dalam bidang undang2!

echah_syed said...

mcm kes syariah jugak bertahun hanya utk minta fasakh dari sang suami.sebab tu ramai isteri yg teraniaya malas nak report sbb terpaksa berulang balik ke mahkamah.

ada kawan combi cerita...setiap kali ke mahkamah syariah,dah ler tunggu lama,terpaksa ambek cuti(bos dah bengang)...last batal sebab hakim sakit lah,gi luar negaralah,dah tukar org barulah.eh pelik betul!

apapun hukum dunia boleh dilengahkan atau dibatalkan.tapi hukum diakhirat tak sapa boleh larik.

wofgtg said...

I visit your blog first time it is so nice.
http://wofgtg.blogspot.com/
Thanks.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak cik & combi - sebab tu la ramai penjenayah yang tak takut dengan mahkamah malaysia.

Perbicaraan boleh ditangguh2, hukuman boleh diminta ringan/ dirayu.

Even kalau jatuh hukuman gantung sampai mati pun tak tentu lagi hukuman tu dijalankan.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

wofgtg - thank you wof...

@cu SaYaNg said...

undang-undang dunia...
kadang2 dah terbukti bersalah pun tapi disebabkan kepandaian peguam bela dia,maka yang bersalah pun boleh jadi tak bersalah..

azmiroy said...

sebab tu le banyak kes-kes yang tertangguh..... Dah mengaku bersalah jatukan aje hukuman. Yang hairanye keputusan ujian air kencing sepatutnye dah lama boleh diketahui.
Vic, jika sesuatu kes itu berlanjutan melebihi 6 bulan adalah ianya boleh diangap telah dimaafkan?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu- betul tu Acu sebab tu la ada ulamak mengatakan, sebelah dari kaki seorang peguam tu berada di neraka. Silam pertimbangan maka jatuhlah ia.

Azmi - kalau ikut undang2 malaysia, ada tertuduh yang disabitkan tuduhan atas kesalahan yang terlalu lama.

Tapi kalau ikut undang2 IR di tempat kerja, pekerja tidak boleh dituduh atas kesalahan yang sudah lama. There's must be reasonable time. Paling lama pun 3 bulan melainkan atas alasan yang betul konkrit.

Sekiranya pekerja diminta jawab tunjuk sebab, lepas pekerja bagi jawapan, majikan mesti menjawab kembali surat tersebut dalam tempoh terdekat, sekiranya tiada jawapan daripada pihak majikan dalam tempoh tertentu (majikan bertindak mendiamkan diri) maka segala tuduhan ke atasnya dikira diampunkan.

zeqzeq said...

belum ada pengalaman Mahkamah..hee

Anonymous said...

Hi vic
Sy nk tanya untuk kes saya .sy merupakan seorang supervisor.sy d gantung kerja slma 3 hari dan dbayar separuh hari kerja utk 3 hari tersebut atas alasan keluar tanpa kebenaran majikan dan meninggalkn kedai tanpa pengawasan.tpi saya ada isi borang.kedua atas alasan saya tidak mngenakan uniform semasa punch out.sy tidak pernah lagi mendapat warning letter,cuma first reminder dr sykt.soalan saya
1)adakah sy boleh dbuang kerja atas kesalahan tersebut.?
2) adakah kesalahan sy d anggap berat?
tq

Fadzli ismail said...

Hai Vic @ Diana

Saya berkerja tidak sampai sebulan ditempat baru dan berkerja sebagai pemandu lori (simen). Saya dibayar upah mengikut meter simen yang dibawa, sekiranya tiada meter simen yg dibawa maka tiada upah diperolehi.

Ini kisah saya.....

Semasa melakukan kerja saya ditimpa kemalangan dan beberapa jari saya patah (atas kecuaian orang lain). Saya diberi cuti sakit hampir 10 bulan oleh hospital kerajaan. Pihak majikan tidak memberi sebarang bentuk bantuan.Segala kos rawatan termasuk kos pembedahan saya terpaksa mencari sendiri dimana saya meminta bantuan dari pihak2 lain untuk menanggung kos melakukkan rawatan dan sara hidup kami sekeluarga.
Sebelum berakhir cuti sakit, saya pergi ketempat kerja untuk meyerahkan sijil cuti sakit yg akhir. Pihak majikan memaklumkan sy ditamatkan perhidmataan atas sebab cuti sakit terlalu lama. Saya tidak berpuas hati lalu meminta pihak majikan megeluarkan satu surat mengatakan saya diberhentikan kerja atas alasan yang munasabah tetapi pihak majikan tidak mengeluarkn surat tersebut.
Pada hari sepatutnya mula berkerja, saya hadir ketempat kerja untuk mengatahui status saya sebagai pekerja. Alasan lain pula diberikan. Saya akan ditukarkan tempat kerja dinegeri yang lain atas sebab tiada lori kosong untuk dibawa.Setelah mendengar alasan dr pihak majikan sy meminta supaya di keluarkan satu surat atas alasan apa pula saya ditukarkn ke pahang tetapi surat itu jg tidak dikeluarkan oleh majikan.selepas pertengkaran kecil berlaku pihak majikan berkata akan memanggil saya jika ada lori yg kosong tetapi sampai sekarang tak ada panggilan utk saya dr pihak majikan.Apa perlu saya buat....Dimana hak saya sebagai pekerja????

Anonymous said...

Salam... Company isteri mengalami masalah keewangan sejak kebelakangan ni. Dan tadi isteri diarah untuk menunjukkan surat tunjuk sebab dan diarah untuk mencari kerja baru dlm sebulan atas alasan isteri membeli MC walhal klinik sah kerana klinik y sama saya pegi. Arahan juga hanya dlm lisan bukan bertulis..
1. Adakah arahan itu sah?
2. Isteri mengandung dan dijangka lahir pada bulan 11, saya syak company ingin lari dari membayar gaji ketika maternity leave, apa y harus dilakukan?
3. Tuduhan keatas istri hanya lisan dan tiada bukti kerana company tidak specifiq pada tarikh tuduhan keatas istri, perlukah surat tunjuk sebab itu diberikan?
Harap dapat membantu.. Terima kasih

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Isteri tidak perlu berbuat apa kerana arahan hanya dalam berbentuk lisan.
Tiada keperluan untuk menjawab secara bertulis melainkan surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada wife, barulah wife boleh menjawab dengan mengesahkan bahawa MC tersebut adalah sah dan bersedia sekiranya pihak majikan hendak berhubung dengan klinik bagi tujuan pengesahan.
Wife tak perlu bersusah2 membuat pengesahan kerana the honour to proof is the claimant...

mfazy121 said...

Adik sy pekerja kilang .....lebih 20thn. Tiba2 sakit ...didapati hidap kanser pankreas yg dah merebak ke tulang n paru2. Skrng hampir 3 bln x pergi kerja krn setiap appointment....dr pakar isu mc sehingga next appointment. Keadaan beliau amat letih dan mmg dah x mampu kerja. Apa option atau hak selayak beliau? Cth...mohon berhenti dan dpt sdkt pampasan. Atau mohon bantuan socso proses pencen ilat. Sy kurang pasti....yg mana pilihan terbaik. Mohon diterangkan langkah betul patut diambil adik sy. Terima kasih sudi reply nanti.

mfazy121 said...

Adik sy pekerja kilang .....lebih 20thn. Tiba2 sakit ...didapati hidap kanser pankreas yg dah merebak ke tulang n paru2. Skrng hampir 3 bln x pergi kerja krn setiap appointment....dr pakar isu mc sehingga next appointment. Keadaan beliau amat letih dan mmg dah x mampu kerja. Apa option atau hak selayak beliau? Cth...mohon berhenti dan dpt sdkt pampasan. Atau mohon bantuan socso proses pencen ilat. Sy kurang pasti....yg mana pilihan terbaik. Mohon diterangkan langkah betul patut diambil adik sy. Terima kasih sudi reply nanti.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Fazy

Kebiasaannya pekerja akan menggunapakai keseluruhan MC / Hospitalisation Leave dan kemudian Cuti Sakit Berpanjangan (Prolong Illness)... dalam tempoh cuti sakit berpanjangan tanpa gaji, pekerja boleh mula apply untuk Pencen Ilat dengan pihak SOCSO.

Kea said...

Hi Diana,
Saya ingin bertanya bolehkah pihak majikan memberi option kepada pekerja sama ada nak buat DI atau Self Resign?
Sekirany pekerja tersebut memilih self resign kerana telah diberi berupa amaran bahwa sekiranya DI dilakukan , kesalahan tuu ttp terjadi dan mungkin pekerja diterminate tanpa mendapat bayaran gaji, bolehkah pekerja tersebut menfailkn rasa tidak puas hati terhadap majikan itu kerana menganggap itu satu ugutan yg memaksa pekerja memilih untuk self resign

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kea,

Persoalannya, adakah pekerja tersebut dipaksa resign?
Sekiranya resign adalah pilihan pekerja sendiri kerana tidak mahu dibuang kerja seterusnya mencacatkan rekod kerjanya, maka ia dikira sah. Majikan hanya memberi option dan menerangkan kesan2nya... pilihan terletak di tangan pekerja. Pekerja yang menulis surat resign dan menghantar secara sukarela. Tidak timbul istilah ugutan kalau hanya menerangkan kesan2 selepas DI.

alexia mun said...

Saya sudah bekerja 5 tahun dgn gaji rm3200. Baru baru ini dah dua kali hantar surat resign tapi sy tarik balik saat akhir. Company bagi saya surat lanjutan kontrak bertempoh 6bulan sehingga 30 march 2015. Tapi dalam surat ada nyatakan jika sy mahu berhenti dalam tempoh kontrak perlu beritahu majikan secara lisan 3bulan sebelum menyerahkan surat berhenti bertempoh sebulan notis kepada majikan. Soalan saya
1.Bolehkan saya beri alasan sambung study padahal sy tukar syarikat lain. Adakah sy boleh disaman jika mereka tahu nanti.
2. Bolehkah sy hanya beri 2 bulan secara lisan dan bukan nya 3 bulan seperti yang disebut.Bolehkan company saman saya sebab tidak cukup notis lisan seperti yang dinyatakan 3 bulan.
3. Jika saya disaman berapakah anggaran kos saya? Hanya sebulan notis yg tidak cukup, atau mereka boleh saman saya sbb bayaran utk lawyer mereka.
Tolong jawab kan. Saya takut disaman, dan juga tidak mahu melepaskan peluang yang baik ini. Terima kasih

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Atos inokom.

Prosedur yang betul untuk pemecatan poor performance adalah PIP, Monitoring and DI (if necessary). Terpulang, sama ada menerima 2 bln gaji dan berhenti atau bertahan (sy pasti anda tahu mcm mana rasanya bekerja dgn majikan yg tk sukakan anda).

Jgn cerita pasal pampasan. Kalau lapor di pejabat buruh.. apa yg anda dapat ialah balik ke tempat kerja asal. Pampasan hanya ditentukan oleh mahkamah bkn kita yg pilih nak pampaasan.

Lili said...

Hi diana,

Saya baru2 ini telah hadir temuduga dgn perut yang membuncit dengan 5 bulan kehamilan. Saya diterima bekerja dan akan bekerja 2 minggu kemudian.

Saya telah letak jawatan 24jam di syarikat sekarang.

Walaubagaimanapun saya khuatir syarikat baru tidak perasan tentang kehamilan saya. Saya sudah tiada pendapatan lain.

Tiada prosedur medical check up dan ruangan berkaitan yang perlu diisi dalam ruangan mencari pekerjaan.

Saya buntu ingin mencari nafkah.

Nur Sakila Nadia Zulkifli said...

hai diana . suami sya di gantung kerja selama 14 hari atas alasan msuk lambat dan edit kehadiran . dan sekarang hr suruh dia ambil surat atas kena dapat separuh gaji . hr ada hak ke untuk tolak gaji asas?