Sunday, July 18, 2010

BoRoS itu aku.

Mata masih segar walaupun dah menjangkau tengah malam. Mungkin gara2 terlebih tidur di siang hari. Aku sebenarnya bukan seorang yang betah duduk di rumah berlama-lama. Sabtu dan ahad aku biasanya dihabiskan dengan mengelilingi shopping complex (walaupun kadang2 tak beli apa2 pun), berjalan2, bercuti dan balik kampung.

Kalau di kampung pun aku tak boleh berlama2 di rumah juga. Jadi selalu melarikan diri ke Bandar Tanjung Malim - tawaf kedai baju yang bersepah. Adakalanya mandi sungai.. nyaman..

Mak kata memang aku dari kecik mcm ni. "Panas Bontot kalau duduk rumah," Itu kata mak. Tapi bulan ni aku boleh kira berapa kali je aku keluar rumah. Itu pun keluar ke TESCO beli barang dapur. Aku rasa terseksa amat bila terpaksa "mengadjustkan" diri mcm ni. Hubby kata, "U have to. Kalau tak nanti org bersuka ria enjoy masa kita pergi bercuti, kamu buat muka seposen."

Tu la masalahnya.... tabiat aku paling buruk yang sukar dikikis. BOROS! Aku tak pernah fikir 2-3 kali untuk beli barang yg aku nak. When I want it, Afford it, sure will buy it. Bila balik rumah nanti tgk2, "eh... mcm pernah ada pattern / design mcm ni," oh.... biasalah ayat tu.
But the good thing is I only spent my money - bukan duit hubby. Tak pernah mintak dengan dia.. usually apa yg dia belikan... mmg dia yg ikhlas nak bagi. Bukan aku mintak.

When I said, "Saya nak cuba berjimat sikit la... nak bawak duit lebih bercuti nanti," hubby ketawa. Dia cakap dia tak percaya langsung aku boleh memenuhi janji aku. Boros merupakan sikap yang sebati dengan aku dan sudah kerap sangat cuba diubah - namun tak pernah berjaya. Lalu bila hubby melihat perubahan drastik beberapa minggu kebelakangan ni - nyata dia terkejut. En Hubbby berjanji end of this month sekiranya aku masih berjaya menanggani sikap boros, dia akan belanja aku di restoran yang paling aku suka kat dalam dunia ni.

Rasa senang dengan tawaran tu, tp aku bukan akan melakukannya demi tawaran en hubby, aku lakukannya kerana aku benar2 ingin cuba untuk berubah. Doakan ye.

5 comments:

kakcikseroja said...

Hebat tawaran tu Vic...

Kat hujung dunia sebelah manalah Mr Hubby nak bawa Vic pergi makan? Nak ikut boleh? (kakcik juga jenis yang suka berjalan walaupun tak ada duit!) :)

shazriena said...

InsyaAllah.. hehe bahaya bawak sis vic g jenjalan time mcm ni...:) chaiyok2 sis nanti leh mkn free:)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik- bukan la hebat sgt restoran tu, kak cik. Tak jauh pun, cuma di KL sahaja. Tapi restoran tu memang vic sukaaaaaa sgt tp jarang sgt dapat peluang makan kat sana sbb semua ahli keluarga termasuk hubby tak suka restoran tu.

shazriena - mmg bahaya.... lagi plak nak raya... habis la duit kumpul bercuti kang buat beli kasut baru, beg tangan baru dan baju baru buat raya.

azmiroy said...

like it...boros memang sifat wanita teruskan lah boros... he..he..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - Ini consider reverse motivation ni.... hahahahahah