Saturday, July 24, 2010

Another weekend @ home.

Sabtu tiba lagi... sabtu minggu ni sama seperti weekend beberapa minggu lewat kebelakangan ni, hanya duduk di rumah sambil tgk tv. Semalam kebetulan adalah hari terakhir seorang teman sekerja di syarikat, dia dengan murah hati telah membuatkan nasi lemak untuk seluruh pekerja ofis... sangat baik hati. Alhamdulillah... teman tu dapat kerja di sebuah multinational company yang saaaaaaaangaaattttt besar dan kaya. Gembira untuk dia... rezeki dia dah sampai... rezekiku bila lagi agaknya...InsyaAllah... minggu depan akan jadi lebih ceria berbanding minggu ni. Kenapa? Wait n see...

En Hubby pagi2 lagi dah keluar mencari rezeki. Hahaha... yer.. dia ada wedding photography arini. Alhamdulillah, sejak akhir2 ni rezeki hubby memang mencurah. Lagipun kerja yang disertakan dengan minat dan keikhlasan insyaAllah akan mendapat keberkatan. Photography adalah bidang yang sangat2 diminati hubby, lebih2 lagi kini beliau telah bekerjasama dengan syarikat photography profesional. Aku nampak dia sangat gembira. Penuh motivasi.... senang hati aku.

Tapi itu tak bermakna hubby tak cintakan bidang kerjaya tetapnya sekarang. Hubby kata susah nak tinggalkan bidang IT... beberapa bulan sahaja meninggalkan IT, boleh menyebabkan mereka jadi outdated. Sebab bidang IT sangat pesat -dalam tempoh sedikit sudah beranak virus baru, antivirus baru, software baru, window baru..... haih... mcm2 lagi. InsyaAllah juga selepas raya nanti hubby akan berubah tempat mencari rezeki. Moga lepas tu Allah melapangkan lagi pintu rezeki buat kami. InsyaAllah..

Ntah le... sbnrnya lewat kebelakangan ni aku kerap juga buka laman jobstreet mengintai peluang rezeki baru tapi entah kenapa kesungguhan untuk pergi tu belum bulat dalam hati. Tak tahu apa yang mengikat hati aku. Tapi tiap kali melihat teman2 sekerja pergi satu demi satu.... aku dapat merasakan... aku juga patut menyusul...lagipun... aku belum jumpa tapak kukuh yg boleh ku bina empayar karier. Tanah yg ku pijak skang ni nampaknya bakal jerlus bila gempa bumi ekonomi melanda... soon.... Very soon....

7 comments:

kakcik said...

Semoga Vic akan bertemu juga dengan tapak yang 'kalis gempa' nanti. InsyaAllah. :)

zeqzeq said...

hubyy cenang ceria, histeri lagi lah ceria cenang

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak cik - hahaha... insyaAllah kak cik... doakan ye.

Zeq - histeri mmg cenang hati, tp histeri boleh juga jadi histeria kalau salah cara... hehe

siti murni said...

sama lagi..! huhu...apply jobstreet n jobsdb bagai..tapi terfikir-fikir.."kalau betul2 dapat offer nanti..berani ke nak amik risk??" hurm..utk career advancement..takde salah nya..:) sama2 lah kite yer...

azmiroy said...

tentang pembangunan kerjaya ni susah nak cakap. Ada yang lompat ke syarikat lain menjadi lebih berjaya dan ada juga yang tersalah lompat menyesal kerana silap perhitungan. Oleh itu berhati-hatilah kawannnnn

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

murni - kita memang selalunya "sama". hahahahhaha

Azmi - itu yg buat vic selalu pk 2-3 kali. Takut menyesal.... pernah terlompat kompeni kalah pemerintah kuku besi.

BeauTiFuLGirL said...

http://www.beautifulgirl84.blogspot.com/

Salam kak...sudi2 la jenguk blog saya
:)