Wednesday, July 07, 2010

Alhamdulillah... akhirnya ia maju setapak.

Buat pertama kalinya mesyuarat kali ini tidak lari dari objektif sebenarnya. Gembira! 60% telah mencapai persetujuan bersama. Tinggal baki 40% lagi untuk dirundingkan lagi bersama.
Walaupun mesyuarat kali ni agak panas, penuh dengan pertingkahan lidah namun ia berakhir dengan baik. Sama-sama berjabat tangan, bergurau senda dan masing-masing berharap perjumpaan hadapan adalah perjumpaan terakhir dan pastinya lebih baik.

Pekerja Suzuki Latex telah lama menunggu. Aku berdoa semoga semuanya selesai sebelum raya. Moga ada berita gembira buat mereka sebelum syawal tiba.......

p/s: Esok akan ke court lagi - kes yg sama namun pekerja yang berbeza. Jangan jemu membaca keluh kesah kuli cabuk ni meluah rasa.....




4 comments:

siti murni ishak said...

it's ok vic...luah lah semahu hati mu...:) blog is d place for us to share our ups & downs....40% tu insyallah boleh settle...jgn dirisaukan sangat..

azieazah said...

Sekurang-kurangnya itulah hasil bermusyarawah. Jika tidak diluah, mana mungkin pihak lagi satu akan tahu...

Semoga ada kebaikan untuk semua. Win-win situation..

@cu SaYaNg said...

elok lah luah kan..kalau pendam merana diri...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

murni - sangat berharap ia boleh disetelkan. Kalau boleh 2-2 pihak bertolak ansur... bukan untuk diri sendiri tapi untuk beratus pekerja yang menanti penuh harapan lepas lama sgt menunggu.

Kak Azie - seluruh kompeni berharap yg sama kak Azie... doakan ye.

Acu - hehehe... dah luah pun kadang2 ternangis juga. Ada benda yang fikiran dan badan tak mampu menampung lebih dari yg sepatutnya.