Monday, June 14, 2010

Trend bela "ANAK IKAN"

Entah ke mana hilangnya semangat nak berblog.. puas aku cari semangat yang hilang di bawah kerusi, bawah meja, dalam tong sampah dan tepi bontot Mika, tp tak juga jumpa.
Akhirnya aku pinjam semangat nak cari ringtone baru - selak kejap blog sendiri.

Isnin dibebani kerja yg menimbun gara2 Khamis Jumaat sudah puas bersuka ria makan tak ingat dunia di Armada Hotel. Actually, nak berkongsi satu kisah umum - bukan ditujukan kepada mana2 pihak (sbnrnya ya) walaupun kisah diambil dari kisah benar yg berada di sekelilingku.

Pernah tak kalian dengar tentang istilah anak ikan? Ye, di tempat kerjaku, istilah anak ikan ni cukup femes. Dengan kata lain anak ikan merujuk kepada lelaki (tak kira yg dah kahwin ke belum) yang dijadikan pakwe kesayangan wanita yang sudah berkahwin. Bunyi makna pun dah teruk kan? Tak kisah... aku bukan nak pertikaikan kenapa diorang ada pakwe lain walaupun dah ada suami. Tu pandai2 kowanglah menjawab ngan malaikat nanti. Lagipun dewasa ni, isteri simpan pakwe lain lebih hebat pembiakannya mengalahkan kepantasan virus H1N1. Tak caya cuba kowang wat survey kat kompeni kowang. Tapi motif aku ketengahkan isu ni kerana aku sudah jatuh kasihan dengan kaumku sendiri (Hawa @ Perempuan).

Ok... dari perenggan yang italic ni ialah tulisan yang aku tujukan untuk kaumku sendiri dengan bahasa paling ringkas dan mudah difahami. Ia adalah luahan hati yg aku teringin benar nak cakap ngan kowang tapi tak sanggup nak cakap depan2 sebab aku tau kowang tau takkan dpt terima ... harapnya kowang ngerti la...

Babe,
Serius aku bukan nak mentarbiah kowang mengenai hal rumahtangga. Lagipun isi dalam kain kowang- kowang je yg tahu. Tapi yang aku tak sanggup nak tengok bila kowang ditipu hidup2 oleh anak ikan bilis kowang tu. Aku tau sesetengah kowang cukup bangga bila ada anak ikan cute2, hensem, muda... lagi plak yg tgh belajo kat universiti. Tp janganlah sampai kowang pi sara makan minum dia, top-up handphone... bank in duit semua... apa jadah beb? Rasional la beb... org tu bujang, muda, belajar tinggi - pe jadahnya dia ikhlas nak kt kowang yg anak dah berderet. Pastu ko gaji pun tak sampai 4 angka, ada hati nak pi sara anak ikan. Anak kat umah pun, atok ngan nenek yg belikan baju ngan mainan... pe jadah sampai gitu?

Babe,
Dia mungkin lelaki yg terbaik dan ter"hebat" yg ko pernah jumpa. Sebab tu walaupun terpaksa bersaing dengan isterinya yang jelita dan anak2nya yang dinobatkan Anugerah Dekan tiap semester, ko rela. Dan sebab tu juga bila arwah meninggal, ko seolah2 mendapat kunci kebebasan untuk bersama si dia. Ko sedih kejap je. Tanah kubur dia masih merah, ko dah naik turun hotel murah. Harta yang ditinggalkan oleh arwah suami tu untuk anak-anak ko. Kesian la dowang yang masih kecik2. Kenapa ko nak laburkan semua duit ko kat lelaki tu? Belum kahwin dengan dia pun ko dah disingkap segala keburukan dia. Patutnya ko sedar cepat, ini tidak, bila dia kena tangkap polis ko jamin dia guna duit yang ditinggalkan arwah untuk anak2 ko. Dia ketagih, ko belikan... Dia suh ko makan benda tu - ko makan.... kenapa mcm tu? Ko tak kesiankan anak2 ko?

Babe,
Kalau rasa nak sgt ada anak ikan (sbb dengan adanya anak ikan je yg bleh buat ko berbangga ngan member2 kita), tak yah la cari anak ikan bilis... balik2 ko yg kena bagi ikan bilis makan - atas bawah - hartamu hartanya, duitmu duitnya. Baik ko pi bela ikan jerung... at least kalau ko kena makan pun berbaloi...

Akhir kata aku minta maaf banyak2 kalau coretan kali ni menyentak sanubari sesiapa. Tapi aku dah tak tahu nak cakap mcm mana. Setelah banyak nasihat dipandang sepi dan sesetengah mereka dijadikan seteru kerana saling mengingati. Aku tersepit diantara rasa marah, tanggungjawab sebagai teman dan semangat feminisme yang tinggi.

12 comments:

kakcikseroja said...

Semoga mereka yang berkenaan akan segera sedar dari mimpi yang mengasyikkan tapi akhirnya akan menjadi igauan ngeri!

azmiroy said...

ingat mati, ingat sakit
ingat lah saat kau sulit
ingat-ingat hidup cuma satu kali
barapa dosakau buat
berapa kali maksiat
ingat-ingat sobat
ingatlah akhirat
cepat ucap astagfarillahal azim

shi3la said...

ntahlahh dunia sekarang dah macam-macam..mereka lebih asyik dengan nikmat duniawi...

salam kenal dari sayer yerk..rasernyer sayer first time singgah kat sini..kiter xchange link yap..

luqman hafifi said...

bes tajuk ini.
pernah dengar cerita nih dari member yang belajar di k.l

tapi mak pernah ada pengalaman yang sama , masa jalan kat k.l , ada budak2 muda awal 20-an tengok2 semcam je..mujur akak yang dah lama keje situ tau diorang nak cari anak ikan..hoho..

sebelum bumi malaysia neh diturunkan bala..beringat la semua..huhu

zeqzeq said...

sesuai untuk lelaki jugs.cuma tukar watak dan jantina

zeqzeq said...

ada kawan2 pun mungkin malu nak nasihat selain tumpang sekaki heee

pengkritik dari luar ..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - malangnya biasanya manusia selalu tersedar dari mimpi bila ianya dah tak boleh nak dibetulkan kembali.

Azmi - amboi sedapnya pepatah ingat-ingat..
InsyaAllah akan ingat...
Astaghfirullah Azim...

Shi3la - salam singgah shiela... selamat berkenalan. Boleh... takde masalah.

luqman hafifi - memang ianya dah jadi satu fenomena skang ni.
Dewasa ini, tiada lagi yang mustahil - baik lelaki mahupun perempuan.

Zeq - cubit peha kanan, memang sengaja nak bagi peha kiri rasa juga.

zeqzeq said...

cuba try test anak ikan.mana tau awet muda.
pertukaran hormon muda.

zeqzeq said...

anak ikan (lelaki?..kalau permpuan dipanggil apa??) terlatih cerdik dn pandai bersalin kulit,dah zaman maju.
ikut warna alam...

zeqzeq said...

opps kat rumah ada ikan bawal , jumpa ikan kembong di luar ,jadi boleh buat adik angkat laa atau teman sekerja.

iDAN said...

Pendedahan yang yg amat baik untuk kita mengambil iktibar;

Dalam satu sudut pastinya isteri begini megah & bangga tanpa memikirkan belahan hati suami. Jika rumah tangga bermasalah bukan namanya isteri yang baik berlaku curang.

Ikut cara agama jika ingin berpisah jika suami masih sayangkan anak-anak & jalinan keluarga carilah cara terbaik mengembalikan cinta.

Islam mengajar kita agar jangan bercerai berai; sebab itu ujud rujuk cerai talak satu dua & tiga.

Amatilah keindahan Islam & betapa Allah SWT mahukan hambanya rukun damai dalam rumah tangga.

Cara isteri begini yang abg lihat VIC adalah golongan mereka yg nazak di akhirat nanti.

@cu SaYaNg said...

acu penah kenal sorang aunty yg kategori nenek merangkap mak kepada sorang artis suam2 kuku yg juga menjadi jiran acu dulu..
setiap malam keluar dengan anak ikan dia...pastu bangga lak tu bawa balik rumah..apa diaorang buat wallahua'lam..