Tuesday, June 22, 2010

This Time For Suzuki Latex...

Appointment bersama Jabatan Perusahaan pukul 11.00 pagi. 10.30 pagi bos dah mengajakku bertolak. Aku ni bidan terjun je... dipelawa saat akhir. Mujur juga aku ikut... pergi bertiga aje dan tiba2 Union bermain kotor dengan cuba menghalau HR Advisor dari menduduki meeting tersebut. Semuanya kerana tujuan mereka untuk menangguhkan meeting.

Tapi HR Advisor yg dah berpengalaman dan amat kenal dengan taktik kotor Union (sbb dah bertahun2 depa dok guna taktik kotor tiap kali negotiate) sanggup keluar dari bilik meeting agar meeting tetap diteruskan - maka tinggallah aku dengan Mr Ricky berpencak silat bersama Union yang membawa rombongan 6 orang. Kami yang sememang sentiasa bersedia setiap kali rundingan akhirnya berjaya membuktikan bahawa selama ini Union yang cuba melengah2kan proses menandatangani CA ini.

Akhirnya kata putus diberi oleh IR Officer, Sebulan dari sekarang CA negotiation WAJIB mencapai kata putus dan seandainya tidak - kes akan terus dibawa ke IR Court dan seperti kedua2 pihak tahu - Keputusan dari IR Court PASTI tak akan menggembirakan kedua2 pihak lebih2 lagi pihak Union sendiri.

Aku keletihan sebenarnya - keletihan dengan kerja dan perangai ahli Union (pekerja-pekerja kompeni) yang sanggup menikam orang yang paling banyak membantu mereka semata2 untuk menjadi Outstanding walhal mereka sebenarnya kelihatan sangat menjijikkan.

There is a lot of things that I need to do... schedule yang sangat padat. 3 Domestic Inquiries are waiting for me... belum masuk perkara asas yang masih perlu dipikul walaupun kerja IR skarang semakin bertambah.... Aku terkejar2 sehingga kadang2 aku melupakan blog dan blog rakan2 yang lain. Aku minta maaf kalau tak singgah... aku harap kalian faham..

P/S: Lewat kebelakangan ni selalu dengar lagu WAKKA WAKKA (Fifa Theme) - Shakira. Buat aku jadi semangat- cuma This time is not for Africa - THIS TIME FOR SUZUKI LATEX.



8 comments:

kakcikseroja said...

Selalunya yang menganggotai UNION adalah mereka yang berjawatan rendah tetapi bersikap BESAR KEPALA! Betul tak Vic??

azmiroy said...

i like your story dan i like your keluhan teeee heeeeee
dah tugas kena buat juga leeee

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - betullah tu Kak Cik. Yang boleh menganggotai Union cuma Asst Supervisor dan ke bawah saje... itu pun tidak melibatkan orang2 yg memegang maklumat sulit syarikat. Ketua Union dlm worksite adalah org yg berjawatan paling rendah dalam syarikat.... dan setiap kali naik atas berbincang... nak direct jumpa MD... padahal MD vic Jepun... mana la paham Bahasa Melayu... yg si kepala Union ni Bahasa Inggerisnya cuma paham YES, NO, ALRIGHT tapi berlagaknya tahap superhero.

Azmi - tu la pasal... My bos should hire assistant for me... (I hope he read this)... hahahahaha

Pn. Liza said...

Bagus Vic!

Akak suke dgn org yg tahu apa yg dia buat, berilmu, berprinsip & tdk menindas.

zeqzeq said...

Union union..mcm bunyi bas pulak

@cu SaYaNg said...

kadang2 union nie propa je lebih..

siti murni ishak said...

Union dengan company selalu tak ngam yer..hurm..tak pandai lah pasal 'industrial relation' nih..ni mmg bidang kepakaran Vic. Apa pun hope u always tough!

pssst...waka waka besh...;)ngeee...

wofgtg said...

I agree with you.
http://wofgtg.blogspot.com/
Thanks