Monday, June 07, 2010

Tahniah dan Takziah....

Hmm... minggu lepas umpama tiada Sabtu Ahad untukku. Balik Tanjung Malim melawat mertua dan perkahwinan seorang teman bersama Aliyah ku kira sungguh memenatkan. Belum masuk bab tidur yang terganggu sepanjang 2 malam gara2 Aliyah merengek2, mengigau kerana kepanasan. Tg Malim minggu lepas umpama bilik Sauna yang sangat besar. Panas membahang. Walaupun berdiri depan kipas - peluhku yang keluar mengalahkan aku main badminton. Aku rasa cukup terseksa dengan cuaca yang sebegitu... almaklumlah hidupku pagi petang siang malam bermandikan udara penghawa dingin. Perghh... ini baru panas dunia - panas akhirat entah macam mana. Nauzubillah..

Isnin - aku mula dilanda sakit perut. MC. Aku ke klinik dan mendapatkan ubat terbaik untuk tahan sakit. Aku tak mahu ponstant mahupun ibuprofin - itu semua dah tak mujarab untuk aku - aku sudah immune~! Lantas doktor memberikan yang lebih keras. At least ia berjaya melupuskan 50% sakit yang kutanggung dan membuatkan aku tertidur lena.

Tahniah
1- Ucapah Tahniah untuk Mak Kecik @ Ieja di atas perkahwinannya bersama Ajid pada sabtu dan ahad lepas. Akhirnya percintaan selama 10 tahun membawa mereka ke jinjang pelamin juga. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.

2- Tahniah untuk Ajiem @ Muhammad Qhairul Nazim kerana berjaya memenangi tempat ke-5 dalam pertandingan "Most Memorable Photo With Mom & Dad" yang slogannya telah di"create" oleh mommynya - iaitu aku. Hadiah yg dimenangi Trophy, Hamper, Voucher RM50 Secret Recipe, Voucher RM30 Optical99, Goodie Bag Parkson yg sarat. Paling membanggakan he is the only Malay yg menang. Dari no. 1 sampai 10 semua anak AhChong (Cina).

Takziah
Takziah buat Anne dan ahli keluarga kak Intan di atas kepulangannya ke rahmatullah. Setiap kali aku mengenangkan kak Intan, aku akan kenang betapa hebatnya dia berjuang untuk hidup. Ketabahan dia mengharungi hidup selalu membuatkan aku mengalir airmata.

Seorang wanita cantik, tinggi lampai dan berjaya - akhirnya kalah dan terbaring lemah setelah disahkan menghidap kanser saraf secara tiba2. Sejak itu aku mula mengenali hati dia. Betapa hebatnya insan ini kerana dalam keadaan tenat dia masih mahu meneruskan kandungan yang boleh membahayakan nyawanya sendiri. Tapi demi zuriat untuk suaminya dan demi tanda kasih yang abadi untuk ditinggalkan kepada keluarganya dan suami - dia meneruskan kandungannya dalam serba kepayahan. Walaupun tak berdaya menjaga anaknya sendiri setelah melahirkan kerana keadaan dirinya yang bertambah kritikal dan hanya mampu terbaring, namun kehebatan dan pengorbanan besar seorang ibu takkan mampu disangkal lagi. Akhirnya Ahad pagi dia pergi menghadap penciptaNya meninggalkan suami dan anak-anak yang masih kecil.

Walaupun si bongsu masih kecil - bisikkanlah ke telinganya betapa hebat dan cekal ibunya melahirkannya dan berjuang demi hidup. Moga Kak Intan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Al-fatihah..

Takziah

7 comments:

azieazah said...

Tahniah kepada yang meraikan saat-saat bahagia.

Takziah buat keluarga Kak Intan, semoga rohnya dicucuri rahmat, adanya. Aminnnn....

VIC, sakit perut makan pil penahan sakit, tak bagus laa..
Next time, cuba tuam perut (mcm bertungku) mgkin dapat membantu.

kakcikseroja said...

Kopipes ayat Azie...

Tahniah kepada yang meraikan saat-saat bahagia.

Takziah buat keluarga Kak Intan, semoga rohnya dicucuri rahmat, adanya. Aminnnn....

Vic.. masa kakcik kat Sarawak pun, panasnya bukan dibuat2... 3 malam tidur bermandikan peluh! Hanya lega bila berpindah ke hotel. Kdg2 rasa diri terlalu mengada2 pulak.. tapi, nak buat macam mana memang panasnya tak tertahan.. (belum lagi panas di sana)..

amiey lee said...

tahniah kak vic...

takziah pada kak intan..insyaAllah ditempat kan dikalangan para syuhada.....aminnn

echah_syed said...

sedih baca part yg bawah tu.kekdg ujian ALLAH itu datang tiba-tiba.hanya org yg sabar dan redha saje dapat menghadapi dgn tabah.

@cu SaYaNg said...

(perkara yg sama dilakukan spt kakcik...)

Tahniah kepada yang meraikan saat-saat bahagia.

Takziah buat keluarga Kak Intan, semoga rohnya dicucuri rahmat, adanya. Aminnnn....


VIC,dah dpt ke souviner kecik?

zeqzeq said...

takziah..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - Vic dah cuba letak seterik, hot pad dan minyak panas... tp semuanya tak berkesan. Seksa sungguh bila kita terlalu mengantuk dan nak sgt tidur tapi tak mampu sebab perut terlalu sakit. :(

Kak Cik - Itu la pasal. Hari kedua demam gara2 badan mengalami kejutan suhu. Segan juga rasa mertua mcm la kita ni mengada2... tp mmg mcm cacing kepanasan masa tu...

amiey - InsyaAllah... Amin.

Echah - ujian masing2 combi. Tentu ada hikmah di sebaliknya.

Acu - Acu tersayang, hadiahmu telah ku terima. Emak dah call tadi ckp smlm ada parcel smpi...
Terima kasih ye darling...

Zeq - mekasih..