Tuesday, June 29, 2010

M.I.K.A.

Atas permintaan Kak Cik Seroja dan kawan2 ofis... maka aku post juga le gambar MIKA. Sebenarnya nak tunggu dia gemuk sket baru nak ambik gambar, tp aku rasa lammmbaattt le gamaknya dia ni nak gemuk (walaupun makan 3 ekor ikan rebus sehari, nasi, whiskas junior). Mungkin dia ni baka kucing kurus kot. heheheh
Walaupun dia bukanlah kucing idaman (sebab bulunya tak lebat, ekornya tak kembang, mukanya kurang kemek) tapi aku rasa dia jauh lebih bijak dari si Persian cat dan paling penting dia tak malas!

About Mika
1- Dia tak pernah berak sepah2 sepanjang aku membela dia... dia cuma berak dalam bilik air dan tempat berak yang telah disediakan untuk dia.

2- Dia akan temankan aku masak dari aku mula basuh beras, sampai aku hidang lauk.... dia setia temankan aku kat dapur. Duduk elok je.... (aku rasa dia mungkin sedang belajar masak, supaya senang nak masak untuk laki dia bila kawen nanti).

3- Lepas mandi dia akan datang memberikan kepala dia kat aku supaya aku boleh pakaikan semula rantai loceng ke lehernya. Sangat sweet!

4- Ha... satu lagi, lepas mandi jangan lupa keringkan dia dengan hair dryer kalau tak dia akan membebel sepanjang masa... terpekik2....

5- Dia memang suka remote astro... kalau dia lepak atas kerusi mesti kaki depan peluk remote, jangan ambik remote tu kalau tak nak kena tepuk ngan dia.

6- Tempat lepak dia atas sofa biasanya tempat yang sama, maka itu kalau kita duduk atas sofa yg bahagian port dia, jangan le pelik kalau dia diri depan kita sambil tenung muka kita mcm nak telan.

7- Ok... part paling menyampah tentang dia... kalau dia kuar dari rumah waktu malam.... dia akan bawak balik lipas dari luar rumah masuk kat dalam rumah. Memandangkan aku paling takut serangga tu, sebaik aje dia letakkan lipas ke lantai kowang akan dengar suara aku kena histeria. (Kengkonon power la dapat bawak balik binatang buruan balik rumah. Ingat aku bangga gamak nyer).

14 comments:

shazriena said...

cute giler...
tp syg shaz takut n fobia ngan kucing:)

zeqzeq said...

kucing pun ngerti dilayan insan, ini kan pula..

kakcikseroja said...

Oh.. comelnya dia.. dan semua perkara tentang dia amat menarik. So sweet... (kecuali bab bawa balik lipas - kudung ke tak lipas tu??) :)

zeqzeq said...

cuba bagi dia gigit rambut hee
terasa lembut ditarik ke atas,,

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Shaz - hahaha.... biasala tu... ada sesetengah org mmg fobia ngan sesuatu perkara, mcm vic fobia ngan lipas.

Zeq - hmmm... betul tu. Kucing pun pandai balas budi. Tapi masalahnya ada manusia yang sanggup beri "racun" pada org yg berbudi kepadanya.

Kak Cik - bukan lipas kudung... lipas rumah tu.. masalahnya bila suami vic pukul lipas tu sampai mati, dia keluar semula bawak balik lipas baru lagi sekor... adoiii... rasa macam migrain kejap. Tu yg kalau malam mmg melarang keras dia keluar rumah.

azmiroy said...

suka membaca kisah ni....
mika oh mika untung lah kamu bertuankan Vic

NanAFarhanA said...

mika rasa berbangga sebab tuan dia dapat bunuh lipas. so dengan erti kata yang lain mika bawak pulang lipas2 tuh kat rumah untuk tuan dia bunuhkan laa..

agaknya mika tak sanggup utk bunuh lipas2 tuh kot..

Azrul Hisham said...

comel je kucing tu posing dengan remote astro tu :)

ieja said...

hahaha.. cutenya..

tang bawak balik binatang tu xley blah.. vic , dia nak bergurau ngn ko kot .. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - Untung sebab tuan mika kuat makan... jd mika pun dapat tumpang sekaki..
hehe

Nana - lama2 habis semua lipas kat kawasan rumah aku... Andy plak asal malam je ada kerja part time... pukul lipas yg mika bawak balik. hehehe

Azrul - belum tgk aksi dia pukul tangan kita bila kita nak ambik remote tu..

Ieja - tu la pasal... part yang itu tatau la bila dia nak sedor...

@cu SaYaNg said...

acu suka kucing tapi acu malas nak bela...hehehee

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Org mcm Acu tak sesuai bela kucing. Sebab Acu selalu travel, nanti kucing takde sape nak jaga...
Takkan nak bawak naik kapal terbang lak.. tambang dia lagi mahal drpd tambang manusia.. ekekek

siti murni ishak said...

Mika conquer remote astro tu sebab takut tuan nyer asik tukar channel..haha..nyibuk je kata dier..!
walaupun kurus...comei gak...putih melepak..i sukeee...;)

AjiEm said...

kak vic statement yg last tu mnarik..
ajiem bace gelak tebahak2..
hahahahax..!!!!
;p