Friday, June 04, 2010

Lagenda Budak Setan: Yang Baik dan Yang Jelik.

Aku memang Hardcore Fan Novel Budak Setan. Aku ada semua koleksi novel Ahadiat Akashah pun. Walaupun telah memiliki buku-buku Budak Setan termasuk novel Kasyah, Katerina, dan bila ia dibukukan bersama2 dalam satu novel antologi yg tebal... aku beli juga. Apa nak buat. Memang pada waktu tu aku gila novel.Dan... bila Lagenda Budak Setan difilemkan aku ingin jadi orang yang menontonnya di hari pertama tayangannya. Maka itu aku telah merealisasikan impianku semalam.

Tak adil kalau aku meletakkannya sebagai filem terhebat yang pernah aku tengok. Of course aku tipu. Lebih2 lagi kalau nak dibandingkan dengan filem barat. Tapi aku melihat anjakan baru dalam industri filem tempatan di mana sinematografi mula diambil berat. Aku suka sinematografi dalam filem Sepi dan Cinta - arahan Khabir Bhatia. Kerana itu bila ia diaplikasikan dalam drama Nur Kasih - penonton melihat satu kelainan dalam drama tu. Mungkin menyedari hakikat tu, sinematografi mula dititikberatkan dalam menghasilkan sesuatu filem kini. Begitu juga Lagenda Budak Setan, aku sukakan pemandangan dalam cerita ni.

Lakonan Lisa Surihani - amat jauh beza kalau dibandingkan dengan awal kemunculannya dalam I'm Not Single. Kini lakonannya lebih mantap dan meninggalkan kesan di hati penonton. Walaupun panggung penuh hingga kerusi di bahagian paling hadapan juga habis dijual- tapi sepanjang dari mula hingga akhir cerita semua memberikan perhatian penuh. Menghayati barangkali. Impaknya, apabila ada dialog yang kendengaran pincang, satu panggung berdekah2 ketawa. Almaklumlah, tgh feeling2... tiba2 ada skrip yg tak kena pada tempatnya.... mmg potong sungguh.

Cerita ni agak menyakitkan hati bila watak Ayu lakonan Lisa Surihani telah ditukarkan kepada pelakon lain. Bayangkan Ayu yang dulunya cantik, ayu dan boleh mencairkan hati lelaki tiba2 membuat pembedahan plastik bermuka org lain selepas terlibat kemalangan. Dan wajah yang menggantikannya kurang mencairkan dan lakonannya agak kaku berbanding ketika Lisa yang membawa watak Ayu. Akhirnya aku dapat menerima hakikat permainan filem ini. Kerana watak Katerina lakonan Nor Fazura akan dijelmakan - maka tidak sesuai ada 2 heroin cantik direntapkan bersama 1 lelaki. Nanti penyokong heroin terbahagi 2 plak. Banyak pula unsur tak puas hati. Maka kehadiran pelakon cantik Fazura mengubat hati yg marah atas kehilangan wajah Lisa Surihani.

Hakikatnya cerita ini telah membuatkan aku menangis 3 kali. Dan ketika babak yang paling sedih sewaktu Ayu terpaksa bersetuju dengan permintaan ibunya, Ayu dikasari suaminya... aku lihat lelaki yg duduk di kiri kanan aku pun turut menangis. Aku kira seluruh panggung nangis kerana jelas terdengar srooot sreettt bunyi penonton menarik hingus. hehehe... Kalau dibandingkan dengan filem yg aku tonton minggu lepas (Andartu Terlampau - aku menontonnya hanya kerana Fahrin), cerita ini jauh lebih hebat 10 kali ganda.

13 comments:

kakcikseroja said...

Bila baca tajuk.. ingatkan filem ni tak best..rupa2nya sebaliknya pula..Vic pun pandai memancing! :)

Faizal The Newscaster said...

tak sabar nak gi nonton!!!
walaupun berbelah bagi, ada yang komen -ve dan +ve. kena tengok sendiri baru boleh judge.. :)

oh lisa surihanii~~~ heheehe

Ameh Wahab said...

Dulu penah bace gak novel ni time skool tpi langsung x teringat novel tu ade kena mengena dgn citer ni sbb jalan citer novel tu pun dh lupe...hehehe... =P

amiey lee said...

mcm nak ajak hubby g tengok aja..malangnya si kenit tu nnti wat drama plak dlm wayang...huaaaaa

NanAFarhanA said...

nie buat aku jeles sebab ko dah pie tengok..but i agree with u tentang scenery dalam cerita tuhm bila tengok trailer aku dapat bayangkan yang cerita nie akan mendapat sambutan hangat seperti novelnya jugak.insyallah.

So aku tunggu ahad nie baru nak p tengok..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak cik - filem ni berbaloi untuk ditengok kak cik. Kalau betul pun ada sedikit kecacatan, ia tak mengganggu filem tu mahupun mengurangkan keterujaan kita.

Faizal - dengar juga komen -ve dari beberapa pihak. Tapi so far masa vic punya session, rata2 penonton mmg sgt puas hati. So vic bleh conclude - org ramai yg puas hati kurang bersuara tpi segelintir yg tak puas hati lebih banyak bersuara.

Ameh - Kisah Kasyah memang popular satu masa dulu - budak nakal yang berubah kerana berpegang pada satu janji.

Amiey - Kak vic terkagun semalam ada pasangan bawak baby kecik sgt... rasanya baru 3-4 bulan umurnya... rambut pun masih sikit sgt.. tp lebih hebat langsung tak berbunyi dalam panggung - meragam pun tidak.

Nana - Aku nanti aku tunggu feeback ko pasal filem. Better book awal... aku tgk semalam (bukan hari cuti) pun panggung penuh. Satu seat kosong pun tadak..

@cu SaYaNg said...

uwaaaa....x sabar nye nk p tgk petang nie...

siti murni ishak said...

Bila la nak gi tengok ni....kena tgk sendiri baru puas hati....tp bab kena srot srettt tu yg den lomah tu....

azieazah said...

Wahhh mesti berbaloi beli tiket macam ni kan? Mesti buat duit tuh, sebab tayang time cuti skulah...

zeqzeq said...

rezeki penulisnyaa

ambil positif

luna_e said...

hm...tadi bace komen negatif pasal filem ni...so perasaan berbelah bahagi nak g tgk cite ni, then bace blog u pulak, bagi komen positif..wow...mane satu ni yek

Amni said...

Dah tengok 1st day.. tak puas hati pelakon no. 2 tuee... haizzz....

-inay- said...

tuh la...pelakon baru tuh kaku sket la....kecewa sket sbb dah jd filem ceritanye dah kena cut short kan....sukanye fazuraaaaa