Wednesday, June 09, 2010

Aku namakan dia MIKA

Kata seorang teman... kalau benar aku ingin berbakti kepada "dia" kenapa aku harus beli? Kenapa aku tak dapatkan di tepi jalan. Itu baru betul membela nasib. Puas aku berfikir tentangnya. Malah aku mula berfikir adakah logik aku menempah "dia" dari seorang kenalan ketika dia masih di dalam perut ibunya. Sanggup plak membayar ratusan ringgit untuk dapatkan "dia". Kenapa aku tergedik2 sangat nak yg import sedangkan yg tempatan dipinggirkan?? Hmmm... puas aku berfikir.... berfikir..... berfikir...

Lalu aku fikir ia adalah takdir yang diaturkan Allah ketika aku bertemunya buat kali pertama. Ketika itu baru keluar dari restoran KFC bersama encik hubby dan juga adik lelakiku. Dia menunggu di pintu depan sambil memandang tepat ke arahku. Tubuhnya yg putih mulus, matanya yang biru dengan tahi lalat di telinga kiri menarik perhatian. Perlahan dia datang menghampiriku. Kurus kering badannya. Dia merayu simpati. Melihatkan tubuhnya yang putih kurus diselaputi debu, aku tak sanggup menyentuhnya. Lantas aku berlalu menghala ke bank berhampiran.

Sebaik kembali aku lihat adik lelakiku sedang memegang dan mengangkatnya. Perlahan aku datang menghampiri. "Kita bela dia, Long," kata adikku. Mata birunya tepat memandang ke arahku. Aku mengangguk. Lantas aku suruh encik hubby berhenti di pasaraya berhampiran. Aku belikan makanan dan syampu untuknya. Sebaik tiba di rumah, aku mandikan dia, keringkan badannya, beri makanan.... Walaupun dia kelihatan takut2 melalui semua proses tersebut lebih2 lagi bila mendengar bunyi hair dryer... namun dia sedikit pun tidak mengamuk lari.

Dia nampak cantik selepas dibersihkan dan yang paling penting dia seolah-olah memahami bahawa dia kini sudah ber"tuan". Aku namakan dia MIKA, kerana KAMI yg menjumpainya dan KAMI yang bersetuju untuk membelanya bersama-sama. Maka MIKA adalah simbolik kasih KAMI terhadapnya.

Aku berjanji untuk menggemukkannya dan mencantikkannya. Dan kini hari-hari yang dilalui membuatkan aku tak sabar untuk balik ke rumah bertemunya... Betul kata kawanku, kalau nak berbakti, kenapa perlu beli? kenapa perlu yang import... banyak kucing jalanan yang memerlukan pembelaan.

P/S: Akan menghadiri kursus di Armada Hotel , PJ pada 10-11/06/2010 - maka 2 hari akan sunyi dari blogging dan facebook.

7 comments:

Faizal The Newscaster said...

adakah mika seekor kucing?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Faizal - ye.... hehehe... Tak mungkin Anjing.

azieazah said...

Bagus... mencurah kasih pada yang memerlukan..

zeqzeq said...

tuah kucing nampak di bulunya matanya

kakcikseroja said...

Semoga MIKA dan KAMI akan terus sherashi bershama.. mesti selepas berapa waktu.. MIKA akan menjadi kucing yang shihat dan shomel.. :)

azmiroy said...

Vic I ingat apa ke tadi rupanya kucing..........

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak azie - mcm lagi ct nurhaliza purnama merindu plak bunyinya. heheh

zeq- hahahahha... ada kemungkinan.

kak cik - shaya pun rasha begitu juga.

Azmi - selain dr kucing boleh jadi apa ye? Budak kecik ye? Ekekeke... harus muka depan METRO kalau vic betul2 jumpa budak kecik. Saya tidak menyokong aktiviti perdagangan org. :P