Friday, May 21, 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Eskalator.

Tengahari 20/5/2010

My Sis : Hello, Along. Ija ni. Kereta Ija mati kat tengah jalan masa Ija nak pi Econmart.
Aku: Camna leh tiba-tiba mati?
My Sis: Entahlah. Ija start2 tak bleh hidup. Ija bukak bonet depan cek minyak hitam warna dia dah tukar macam air teh tarik. Enjin dah masuk air kot.
Aku: Ye la tu. Abistu kena overhaul lagi la agaknya tu?
My Sis: Ye la... adui peningnya. 6 ribu lagi la nampaknya ni... silap2 lebih.
Aku: Abis ko buat apa lepas tak leh start?
My Sis: Ija tinggalkan je kereta tu kat tepi jalan. Abis tu nak buat apa lagi. Ija sorang je masa tu.
Aku: Abis tu mcm mana ko nak kije lepas ni?
My Sis: Kena naik bas la... takkan kereta tersadai sebulan, ija pun tak kerja sebulan?
Aku: Hehehe... mana le tau. heheheh

Malam 20/5/2010

My Sis: Hello Along... tolong..... along kat mana??
Aku: Along kat rumah la... kenapa ko, ija?
My Sis : Ajim.... mak cakap dia terhempap pintu... kepala berdarah tak berhenti2..
Aku: Ya Allah, ko kat mana skang? Ajim macam mana?
My Sis: Ija kat hospital lagi ni (sebab dia kerja nurse), dah minta tolong kawan hantarkan ija balik rumah. Ayah takde kat rumah, Man (suami dia) main badminton, telefon tak dapat2... Mak sorang je kat rumah dengan Aliyah ngan Ajim. Mak nak bawa hospital takde kereta. Along tolong balik long..
Aku: Ok... aku balik rumah mak skang.

Kemudian aku call mak.....

Aku : Hello mak.. Ajim kenapa?
Emak : Dia terjatuh... kepala dia terkena bucu meja kat pintu rasanya. (Mcm mana plak adik aku cakap terhempap pintu??) Mak pun tak tahu. Tahu2 je kepala dia dah berdarah. Memancut2... mak tutup ngan kain pun tak nak berhenti keluar. Ija suh mak letak ais. Lepas letak tu darah berhenti tapi dia nampak lemah la.
Aku : Mana dia?
Emak : Ada tgh baring. Minum susu.
Aku: Aliyah mana?
Emak: Ada, baju mak penuh darah dia ni. Aliyah tolong mak lapkan darah Ajim kat lantai. (memang ada tokoh jadi nurse gak ni, relax je nampak darah). Mak risau ni. Banyak sangat darah dia keluar tadi.

Semasa dalam perjalanan balik ke Klang.......

My Sis: Along. Datang Hospital Sri Kota terus. Ija dah dekat hospital. Kawan tolong ambilkan Ajim tadi. Ni takde transport nak balik rumah karang. Along ambik ija kat hospital.
Aku: Ok. Tunggu sana....


dan..... sebaik sahaja tiba, Ajim dah dibawa ke Emergency. Melihat je muka dia yang monyok, mengantuk, tak menangis tapi keletihan - aku dah jadi sayu. Dia memang pandai buat muka sedih. Tapi bila part dia nakal, confirm kowang serender.

Kesian plak dengan My Sis - dah le kereta yang menjadi "kaki"nya selama ni buat hal. Dalam masa yang sama ketika berlaku kecemasan tak ada orang lain di rumah selain dari mak yang tak berkereta. Dah le keseorangan panik menanggani cucu yg buas ter'eksiden'kan diri sendiri. Mujur ada kawan adik yang baik hati nak tolong ambik dan hantarkan ke hospital. Ni la yang dikatakan sudah jatuh ditimpa eskalator agaknya. Hahahaha... The little boy akhirnya digamkan kepalanya disebabkan luka yang agak dalam. Menurut doktor kalau tak diletakkan gam akan menyebabkan parut yang jelas kelihatan. Doktor juga berpesan sekiranya besok dia mengalami muntah2 atau pengsan, segera bawa semula ke hospital dikhuatiri berlaku gegaran otak. Hopefully Ajiem is fine. Jangan nakal2 lagi sayang. Jangan buat semua orang susah hati ok.

And for the little girl. Terima kasih sebab tolong nenek ketika nenek berada dalam keadaan sangat panik. Kamu memang anak yang baik.

10 comments:

kakcikseroja said...

Alhamdulillah.. semuanya dapat ditangani dengan baik oleh wanita-wanita hebat dalam kisah ini. Semoga Ajim terus sihat dan tiada kesan sampingan akibat kecederaan tersebut.

zeqzeq said...

saat itu yang paling tercabar ...

semasa ada motorsikal ada kereta. Tetapi tiada pulak terjadi HAL2 macam2 hal,

tetapi bila motor orang pinjam, kereta pulak buat hal..handfon pulak bateri kosong..fushhh..
itulah dugaan

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - tu la... kadang2 bila terpaksa dan tak ada pilihan kita pun tak sangka boleh menanggani sesuatu perkara dengan baik walaupun tanpa pengalaman.

zeq - Selalu terjadi mcm tu kan. Vic kalau bawak hp jarang betul dia berbunyi. Tapi kalau tertinggal hp di ofis atau di rumah - ada saja panggilan penting masuk. Geram betul!

azieazah said...

ALIYAH tu memang anak yang baik. Sama juga macam V.I.C.

Moga semuanya selamat dan teratur.

Bab sakit pening malam2 ni memang selalunya cemas.

Mujur ler duduk sama town, kalu sorang Penang, sorang Seremban, sorang Paris?

Dayung Serian said...

cian ajim...nasib baik everything OK sekarang. VIC pun tak panik..bagus2 dapat control.

zeqzeq said...

itu belum kira bab air, bila tiada simpanan air, tika itu laa air paip buat hal..

siti murni ishak said...

urm..kesian ajim. tu lah kadang-kadang ujian datang bertimpa-timpa. apsal yer...dah 3 blog termasuk blog i cerita yang sedih pasal ujian, dugaan semua ni...huhu...;( susah ati lah...

@cu SaYaNg said...

syukur tak de yg kritikal...tahniah pd superwoman yg berjaya mengawal keadaan
semoga ajim kembali sihat & ceria

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - itulah yg sy cakapkan pada mak dan adik smlm... "nasib baik la along duduk dekat."

Dayung - panik tak... tapi susah hati dan tak tenang juga.

Zeq - betul tu..

Murni - ha'ah la... ramai pula yang berkongsi sedih minggu ni. Tapi dengar cerita ada org walaupun menerima berita sedih digembirakan pula oleh anak-anaknya. Tul tak kak Azie?

Acu - superwoman kena pakai spender kat luar tak? Kalau ya... tak mahulah jadi superwoman. hahaha

shazriena said...

so mcm mana ngan ajim skrg ? dah ok dah?
ehm bgus ada aliyah boleh menenangkan org lain.