Monday, May 24, 2010

Strategi pertama merebut UBER.

Weekend kami 1 family ke Court Badminton di bangunan CIMB & LHDN Klang.
Tujuan: Mengeluarkan peluh yang dah lama tak keluar (selain memperkenalkan court badminton kepada 2 bakal jaguh UBER & THOMAS).
Walapun ayah bermain tak kurang hebat dengan berseluar slack dan bersandal, tapi rasanya ayah dah tak dibenarkan masuk piala THOMAS dah.

Yeah itu dia.... sampai terkangkang lakiku itu sebab nak ambik shuttle dari ayah.

Ehem... baiklah itulah dia bakal jaguh UBER sedang dalam training.

Kakak: "Mommy, kakak nak main kat situ (dalam gelanggang) tanak main sini (tepi gelanggang)."
Mommy: Belum lagi. Kakak main tepi dulu, dah pandai nanti baru main kat situ.

Dan.... bersungguh-sungguh dia nak sambut bola dari mama dia lepas tu, satu pun tak lepas.

Gambar Ajiem tak ada. Mungkin sebab dia tak berhenti2 berlari keliling court, letih lensa kamera aku nak kejar dia. Memandangkan bakal jaguh THOMAS tu kecik lagi, dia tak dibenarkan memegang raket badminton yang berharga ratus2 tu dikhuatiri menyebabkan hilang rupa bentuk asal raket tersebut.

By the way Ajiem telah melepasi saringan akhir untuk pertandingan baby fotogenik yang sedang berlangsung di Klang Parade minggu ini. Sesiapa yang ke Klang Parade dapatlah kiranya mengundi bakal jaguh THOMAS tersebut. Boleh la ye.... bleh la.... hehehe....

No Undian Muhammad Qhairul Nazim: No. 15

Gambar diambil dari skrin TV pertandingan di Klang Parade. Vote for him!!!

6 comments:

kakcikseroja said...

Tak boleh undi online ke Vic? :)

Bro Framestone said...

ajem tengah memanaskan badan untuk Thomas 2020 nnt

BroFramestone Blog

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - tak boleh kak cik. Sebab vote dibuka untuk shoppers di Klang Parade sahaja. Perlu sertakan bukti pembelian di mana2 kedai dalam Klang Parade.

Bro Framestone- hahaha... rasanya lah kot. Memantapkan stamina dulu, senang nak kejar bola nanti.

@cu SaYaNg said...

jauh nye nk kena g Klang Parade..
kalau ada online senang nak vote

siti murni ishak said...

vic..apsal jadi photograph je? nak gak tengok u beraksi di gelanggang...pasangan beregu nya dah ada..hihi

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - tu la pasal... strategi diorang tu. Pandai. Suh shopping dulu baru leh vote.

Murni - heheheh... tak sanggup nak ambik gambo sendiri murni... dah macam org mandi hujan. Peluh!