Friday, May 21, 2010

Pedih telinga kena perli.....

Entry ni tak ada niat nak buka keaiban sesiapa. Ia cuma luahan rasa yang terbuku kat hati aku yang tak mampu lagi ku tahan. Sakit dan pedihnya, tuhan aje yang mengetahui. Sekuat mana pun aku sembunyikan - mana mungkin aku mampu menipu diri sendiri.

Malam tadi kawan baik adik aku datang ke rumah. Aku sebenarnya tidaklah rapat sangat dengan orang yang bernama Fatimah tu. Yang aku tahu dia kawan baik adik aku. Mereka belajar sekolah menengah bersama-sama, kerja pun di tempat yang sama cuma jawatan sahaja yang berbeza. Orangnya sangat lemah lembut, sopan santun walaupun dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan. Baru-baru ni aku dapat tahu daripada adik bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni.

Yang membuatkan aku dan keluarga tersentuh hati apabila dia sanggup berjalan kaki 5km dari rumahnya ke rumah aku semata2 ingin menghantar kad kahwin kepada mak aku dengan tangannya sendiri. Walaupun satu tempat kerja dengan adik aku, namun itu bukan alasan dia mahu "pass"kan sahaja kad untuk keluarga aku. Dia juga menyediakan lagi sekeping lagi kad khas untuk aku dan suami sambil meminta aku jangan lupa datang ke majlisnya. Begitulah budi bahasa kawan baik adik aku yang jauh lebih muda dari aku.

Dan... untuk menambahkan rencah masakan cerita ni, kebetulan aku juga ada seorang kawan yang bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Tapi mungkin tak serapat adik aku dan Fatimah agaknya. Kami sekadar berkongsi semua cerita, aku mengenalinya sejak dia bersama kekasih pertama, kedua dan ketiga. Malah aku jugalah yang memperkenalkannya dengan bakal suaminya ini. Pada ketika tiada respon dari si jejaka - pernah terkeluar kata2 yang menyakitkan hati dari mulut si perempuan namun aku tetap mempertahankan jejaka tersebut sehinggalah akhirnya mereka di"couple"kan secara rasmi. Aku gembira. Dan ternyata kegembiraan itu seketika kerana hasil dari penjodohan terancang itu akhirnya membunuh seluruh persahabatan 4 orang teman. Cukuplah sampai itu, kerana apa yang menyebabkan ianya hancur terlalu kejam untuk diceritakan. Agaknya apa yang buat dia jadi begitu? Kau tamakkan harta? Kelabu mata dengan kekayaan dia sehingga kau rasa kami nak mengikis harta dia ke? Tergamak pula kau memburukkan aku.

Hati aku waktu dia datang untuk meminta maaf seperti kaca yang dah berderai dicantumkan kembali guna gam gajah. Boleh bayangkan? Aku maafkan segalanya, yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan walaupun aku tahu amat mustahil untuk kembali menjadi umpama adik beradik seperti dahulu.

Dan ketika dia memberikan aku kad kahwinnya - aku terkesima. Tiada sebarang kata2 jemputan dari mulutnya. Ia sekadar perpindahan sekeping kad dari tangannya ke tanganku. Malah tiada nama aku mahu pun suami yang tercatat di majlisnya, cuma jemputan ke majlis bakal suaminya yang juga kenalan aku. Saat itu aku cuma ingin bertanya soalan "Adakah kad ini sekadar melepaskan batuk di tangga dimana kebetulan kau memang perlu berjumpaku untuk mengambil barang bakal suamimu?" Tapi kalau aku bertanya, adakah aku akan gembira? Penting ke soalan tu kalau hanya ingin melampiaskan amarah pada dia. Menambahkan luka yang sedia ada.

Dan hari ini ketika aku menghantar Fatimah ke pagar rumah mak, telinga aku berdesing. "Ini baru betul kawan baik. Kami puji didikan orang tua pada Fatimah ni. Sanggup dia jalan kaki semata2 nak hantar kad kat tangan ayah dengan mak. Ini baru ikhlas, Long. Padahal kalau nak ikutkan rapat mana sangat la kami ni dengan Fatimah berbanding dengan kawan kau tu."

Salahkah aku kalau kawanku tidak seperti Fatimah?

6 comments:

zeqzeq said...

diana,
nampak mcm cemburu berebut kasih yang lama...

kakcikseroja said...

Salam Vic..

hidup ini memang tak lekang dari asam geram dan pelbagai rencah yang memberi rasa dan warna. Cuma kadangkala rencah itu terlalu pahit untuk kita telan dan warna itu terlalu silau untuk mata kita menatapnya. Sabarlah.. dugaan dan cubaan takkan pernah jauh dari sekeliling kita. :)

azieazah said...

Sebenarnya ramai lagi Fatimah kat luar sana, cuma nak dapat jadi kawan kita jer yang antara lambat dan cepat...

azmiroy said...

anak sapa le Patimah ni..... baik sungguh la dia...

shazriena said...

sama mcm kes shaz kak...
kawan yg x rapat sgt ngan shaz la yg bersusah payah menolong shaz time shaz susah,tp teman yg rapat .. eh x leh nak kata apa la.. kuciwa hehe
apa pun shaz berdoa semoga setiap org ada sahabat mcm fatimah ni:) sweet gurlz

iDAN said...

Memang beginilah hidup kita Vic; ada ketikanya kita amat menyayangi persahabatan yang kita hormati bertahun-tahun lamanya tetapi lantaran kedudukan atau mengejar harta dunia; maka akan ghaiblah dia tanpa kita pinta.

Malahan ada juga sahabat kita akan terputus ikatan lantaran orang ketiga yang kaki cucuk & memburukkan kita.

Lagi pedih bilamana di usia setua ini tak ada pun sahabat yang benar-benar mahu bertanya khabar kita; jika kita tidak menyapa akan sepilah sahabat kita itu.

Maka itu memang benar; hanya kita sendiri yang wajar menyayangi diri sendiri sebaiknya; jangan harapkan sangat insan luar akan ujud dalam diri sendiri... wisma keluarga terdekat pun terkadang melukakan hati kita.

Memang payah hidup ini.