Monday, May 17, 2010

Menunaikan Janji & Bila Serangga Masuk Rumah

Minggu lepas aku janji dengan dia nak bawa dia pergi I City Shah Alam tengok lampu. Dia tunggu dari siang sampai pukul 8 dia tertidur. Aku tak sampai hati nak kejutkan dia. Lalu aku biarkan dia tidur dan aku balik ke Shah Alam. Tak ku sangka perkara tu menyebabkan dia kecil hati sampai mengigau di tengah malam. "Nak tengok lampu... Nak tengok lampu." Maka bila aku pulang ke rumah Jumaat sebaik aje nampak muka aku dia terus memelukku sambil mengajak menengok lampu. Aku memang kalah betul bila dia buat gitu. Mak cakap, dah seminggu dia sebut nak ajak mommy tengok lampu. Lalu aku melupakan Piala Thomas Malaysia lawan China. Ternyata usahaku berbaloi. Pertama kerana memang Malaysia kalah - maka aku tak sakit jantung tengok badminton. Kedua kerana keterujaan dia membuatkan aku sangat gembira membawanya ke sana.





Ada satu lagi janji yang belum ditunaikan kepadanya dan dia sedang menuntutnya. Bukan tak nak tunaikan tapi belum boleh ditunaikan sebab bendanya belum ada.



Dia mahu tengok SHREK~!!! Next week ok darling.


Ermm...... sedikit gambar aksi dua ekor serangga yang terlepas masuk ke dalam rumah weekend lepas. Seekor lebah dan seekor ladybird.






11 comments:

kakcikseroja said...

Comelnya serangga tu. :)

azmiroy said...

comel serangga tu....

Azrul Hisham said...

huhu..x aci...saya tak sempat lagi pergi i-city tengok lampu..

From The News said...

saya pun belum pegi tengok I-City..
nak tunggu semua orang muak pegi sana..sebab ramai sangat!! sampai jemm..

bila da kosong baru senang nak buat photoshoot..kekeke :D

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik dan Azmiroy - eh... sepakat je komennya... tinggal sorang ada ikon senyum je. hehehe

Azrul - pergi la azrul. Cantik tau..

FTN - Kenapa vic tak dapat tinggalkan komen kat blog kamu ye? BTW... better pi skang, vic nampak dowang dah siapkan kaunter untuk bayaran parking. Tak lama lagi masuk mesti kena bayar. Sementara masih free, better cepat.

@cu SaYaNg said...

alahai comel nye...

hellioz said...

thats sweet...
gyahhahaa~

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - yg comel budak kecik tu ke... atau abg Shrek yg kat belakang dia tu?

Hellioz - hehe... macam gula... kalau tgk lama2 nanti kena diabetes.

@cu SaYaNg said...

shrek kt belakang...hehehee

tapi tetap tak leh lawan kecomelan tuan punye blog nie...luv u

amiey lee said...

hee kalau bawak sarah mesti dia pun suka..best nye tgk lampuu

iDAN said...

tenguk dari jauh sahaja tak sempat nak singgah...

menarik amat gambar ini!... apatah ada Aliya nan comel itu!