Thursday, May 13, 2010

Aku Sudah Potong.......

1st of all aku minta maaf banyak2 kerana meninggalkan blog agak lama. Bukan kata blog sendiri, blog kenalan pun aku jarang berkunjung lewat kebelakangan ni. Sebenarnya kemalasan, sakit perut dan kesibukan sedikit menyerang aku lewat kebelakangan ini.

Aku mulakan dari hari minggu.... erm... takde apa yang menarik. Hari ibu tidak disambut meriah tahun ni. Mungkin sebab adik nak pindah rumah, jadi sibuk membantu dia dismantle perabot2 supaya senang nak diangkat ke dalam lori.

Monday / Isnin / 10 May- Agak sibuk memandangkan Khamis Jumaat lepas aku menghadiri ISO9001:2008 Training di Armada hotel. Maka Isnin adalah hari mengqada' kerja bagi 2 hari yang ditinggalkan. Kebetulan ada pergaduhan dengan nyonya tua lagi gara2 payslip lagi yang telah menyebabkan aku menengkingnya. Nasib baik tindakan aku tidak dipertikaikan oleh sesiapa memandangkan pada mata mereka, Nyonya tua telah menyakiti aku secara keterlaluan.



Tuesday / Selasa / 11 May - Nyonya tua gila MC 2 hari, termasuk esok. Dunia dirasakan terlalu bahagia, aman dan tenang tanpanya di ofis. Walaupun diserang sakit perut senggugut yang amat sangat namun ketiadaan Nyonya Tua tidak menambahkan lagi sakit yang sedia ada. Petang aku dan Mr Ricky ada meeting bersama Malaysian Employer Federation (MEF) di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Meeting sepatutnya bermula pukul 2, tp pukul 2.30 baru aku tiba di sana. Kebetulan ketika sampai semua kerusi di bahagian belakang telah penuh - hanya tinggal di bahagian depan sekali sahaja. Tak ada pilihan, aku melangkah kesana. Beberapa minit kemudian Mr Ricky pula sampai dan mengambil tempat di sebelahku. Masalahnya duduk di bahagian depan sekali yang hanya beberapa cm dengan Speaker dan Chairman dalam keadaan sakit perut senggugut bukanlah satu langkah bijak sebenarnya. Akhirnya aku terpaksa berdiri banyak kali berpura2 membetulkan tempat duduk. Sakitnya.........~!!!!

Wednesday / Rabu / 12 May - Hari kedua tentu lebih sakit dari hari pertama. Walaubagaimanapun kata kawan2, walaupun sakit mereka masih boleh mendengar aku ketawa dan bercerita. Sebenarnya bukan aku kurang sakit. Aku dah biasa menanggani kesakitan dengan cara aku sendiri. Kalau tak- masakan lepas 3 hari major operation aku boleh pergi Jaya Jusco - shopping. Hari ni kami dah merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi untuk Mr Hussain. Mr Hussain adalah seorang yang pesara berpengalaman tinggi dalam bidang HR dan IR yang telah kami lantik bagi mewakili syarikat kami sebagai kepala untuk Collective Bargaining dan Collective Agreement bersama pihak Union. Sedar tak sedar dah lebih setahun pun En Hussain bersama kami dan kasih sayangnya terhadap kami ibarat bapa kepada anak-anaknya. Maka itu kami merancang sambutan hari jadi untuknya. Walaupun sakit, boleh lagi aku ke Giant dan Bakery untuk membeli buah2an dan kek. Oh... sempat lagi kena saman dengan MBSA pasal tak bayar parking. Sebenarnya sumpah aku tatau kena bayar parking - aku ingat tu parking yg disediakan untuk customer Giant.



Ok... malamnya, sama mcm semalam- menonton piala Thomas dalam keadaan penuh debar especially tang beregu kedua. Walaupun kalah aku puji tahap performance untuk gandingan pertama kali lebih2 lagi pertama kali juga turun ke gelanggang untuk kejuaraan besar seperti ini. Berlawan dengan org yg jauh lebih berpengalaman tp memberikan fight yang mantap.
Dan.... jeng jeng jeng... pada malam itu juga ketika hubby sedang menonton piala Thomas dengan penuh khusyuk, aku telah mengeluarkan gunting dari poket dan menggunting rambutnya yang panjang dan diikat dengan getah itu. Hahaha... dah lama gak dia simpan rambut tu - konon2 nak bela rambut panjang. Puas ayah mak dia ngan ayah mak aku paksa dia potong tapi dia buat bodoh je. Aku dah tak kuasa nak bertekak dengan dia pasal rambut panjang dia tu. Semalam dengan jayanya aku telah berjaya memotong rambutnya. Terkejut beruk mamat tu bila aku menunjukkan rambutnya yang telah dipotong dan masih berikat dengan getah. Hehehe.... katanya "nasib baik awak sakit perut, kalau tak saya tumbuk perut awak bertalu-talu," heheh... akhirnya malam tu dia pi la barber potong pendek rambutnya yang telah dipotong congkah-mangkih oleh aku.

Thursday / Khamis / 13 May - skang baru kul 8.30 pagi. Waktu kerja dah bermula. Belum ada apa yang menarik berlaku pagi ni tapi yang pasti perkara paling tak menarik apabila aku melihat muka nyonya tua gila dah kembali bekerja hari ni.

9 comments:

zeqzeq said...

nyonya muda senyum...tambah cun..

kakcikseroja said...

Hahaha.. nasib baik ada alasan sakit perut.. boleh buat muka kesian.. :)

siti murni ishak said...

sama la i pun vic..bz, malas..tak ada mood nak blogging plus ngan broadband yg lembap..hurm.

vic..kite ni shld be proud of ourself..kite mcm superwoman..mcm2 task kite boleh buat wpun dgn keadaan kesihatan yg tk brapa baik...boleh jadi barber lagiiii..heheh

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - Kalau muda tak nak la dipanggil nyonya... saya mahu dipanggil amoi. hak hak hak..

Kak Cik - tu la kak cik. Tengok muka dia mmg nampak mcm bengang plus kesian... nasib baik juga sakit perut..

murni - tu la... melihatkan bakat terbaru I ni... I wonder plak patutnya I bukak kedai gunting rambut ke atau bagi perkhidmatan menggunting rambut secara paksa kepada mat rock.

shazriena said...

vic... cantik blog baru... pink kaler..
ehm sengugut teruk erk keciann

tp x per puas hati dpt ptng rambut hubby erk, pastu wat muka x bersalah erk
hehe

azieazah said...

Seksa juga jika 8 jam bekerja harus berdepan dgn orang yang tidak serasi...

@cu SaYaNg said...

lama nye menyepi...ingat kan pegi melancung ke mana2...hehehe

Pn. Liza said...

Memang x best dapat rakan sekerja yg x beretika kan...

Sabo je le Vic... Kalu x betul tu straight to da point je dgn dia. Kat opis Akak pun ada Nyonya Bacin sorang... Cukup pandai menasihat bab kerja tp kerja dia ntah apa2 sbb asyik dok layan drama radio.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Shaz - lama dah tukar kaler pink... shaz tak pasan kot..
Tapi bunga ros pink tu agak baru jugak la kot... dalam 2 bulan gitu.

Kak Azie - bukan seksa kak azie, tp menyampah dan meluat aje. Sebenarnya tak terganggu sangat dengan dia memandangkan bos pun banyak defend vic - cuma penat nak bertekak selalu.

Acu - belum boleh melancong... duit belum cukup. heheheh

Pn Liza - heheh... kat sana pun ada nyonya bacin gak? Tapi takpe gak nyonya tu tak kaco org... pot pet pot pet je... sini sampai mengganggu kerja org lain.