Tuesday, May 04, 2010

Ada Bagusnya Tak Ada Internet

Semalam memang sehari suntuk tak ada internet kat ofis. Kejadian berpunca daripada TM sendiri. Pukul 5.30 baru TM call ofis tanya internet dah ok ke belum? Bila aku test - ha'ah memang dah ok. Masalahnya masa tu aku pun dah kemas beg nak balik. Satu ofis semalam mcm cacing kepanasan bila internet tak ada. Minggu lepas masa line telefon kena sambar kilat - mcm takde effect je masing2... gembira lagi ada.

Kesan yang nampak jelas bila takde internet ialah betapa fokusnya aku membuat payroll semalam. Dalam sejarah aku cuma memerlukan setengah hari untuk menyiapkan payroll. Barulah aku sedar - rupanya kalau langsung tak ada gangguan dari internet aku boleh melakukan kerja yang biasanya 2 hari kepada setengah hari. Perghhh memang aku kagum dengan diriku sendiri. Hasilnya pada hari pertama payroll - lepas aje lunch kawan2 dah tercengang2 tengok aku jalan2... buat air... cicah ngan biskut.. sembang isu2 semasa... ewahhh... sampai ramai yg tergur, "Siti, payroll dah siap ke? Relax betul - jangan takde gaji kitorg bulan ni sudah." Aku sengih je.

Btw, aku malu juga dengan diri sendiri kerana tidak update blog agak lama. Nampak sangat macam kering idea (memang pun). Weekend lepas aku cuma takat dok kat rumah je. Walaupun begitu langsung tak sunyi kerana ada 2 orang budak yang sedang membesar tu. Siap la kami belikan swimming pool dekat TESCO bagi dowang main puas2.







Aku juga telah menyediakan Nasi beriani, ayam merah, kari daging dan acar nenas untuk santapan hari minggu. Hehehe... ekceli, aku dah pernah masak beriani kat rumah aku - tapi makan berdua je la. Bila aku kata aku pandai masak beriani, family aku terasa ragu2 plak. Maka aku telah membuktikan kepada mereka yang aku memang bleh masak beriani. Maka tiada lagu ragu2 mahupun Ragunathan lagi skang ni.




Dan.... semuanya licin licau.
P/S: Maaf gambar diambil masa sudah separuh dimakan... baru teringat nak ambik gambar.

17 comments:

azieazah said...

Wahhhh jeles nyer tengok muka-muka jernih tulus yg main dalam kolam tuh. Rasa macam nak join sekali jerrr.. (mau melimpah ayor tuh..)

Nasi Beriani.. wah sungguh berani VIC buat ini nasi. Tapi berani celet jari lah, konpom sedap!!

kakcikseroja said...

Amboi Siti (hehehe)..

kalau dah buat nasi beriani tu, pukul la telefon tu kat kakcik sama.. bolehla dengan tak malunya kakcik sampai kat rumah Vic! :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - muat lagi kolam tu kak Azie.. takat tambah kita 2 orang no problem.. tinggal yang budak 2 orang tu tersepit je la. ekekekek

Kak Cik - heheheh... bleh.. nanti kak cik call je kata nak datang, tau la vic order nasi beriani bukhara kat kedai mamak tu. ekekekek

amiey lee said...

heee aiseh cayala kak vic..nasi beriani sehingga menjilat jari...amacam bg la resipi nye leh kita try n error plak...hahahahah

heheh tul la kak vic..kalau tak de internet keje memang cepat je siap hahahahah...

kalau ada internet mcm skrg la...duk sibuk nak tgk blog la, email la, facebook la..pastu baru ada mood wat keje..hahaha keje pun ikut mood..

iCe said...

kat mana laaa aku nak cari nasi beriani kat tempat jin bertendang ni... huhuhuuuu ko memang zalim citer pasal makan2 ni...

zeqzeq said...

mana boleh internet tda, susah nak ngular nak borak nak sebar issue semasa. heee

(nak NGORAT)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Amiey - kak vic pun lum khatam habis lagi resipi nye. Bila nak buat masih kuarkan buku resipi. Nak beli bahan2 pun kena rujuk buku resipi gak. Tak hengat.... yang den ingat kismis ngan gajus.. pasal sambil masak sambil makan kismis ngan gajus yang terlebih beli. hahahaha..

iCE - Ko kat dah sampai katne dah ice? Mamak pun takde ke tempat ko? Nanti aku courier nasi beriani kat ko yer... eh... courier ada tak kat sana?? ekekek

Zeq - heheh... zeq kalau takde internet mesti jadi ular yang tengah berhibernisasi.... diam macam org mati kutu.

iCe said...

aku ada dekat2 je... jauh dimata tapi dekat dihati... hahahaaa nak courier? kompom da basi baru sampai nasi beriani tu nanti

@cu SaYaNg said...

wah...sedap nye beriani...
dah lama acu tak makan nasi beriani..huhuhu

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - Jap aku akan cuba mencari ko dekat hati aku... memang takde la ice... agaknya ko nyorok kat tepi hati anak dara kak azie kot.

Acu - kita ni kalau bab makan, semuanya sedap acu.. eekekekekekek

-inay- said...

salute la teror masak ns beriani

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

beet - hehehe.. dah lama teringin nak masak beriani, nama je asal Johor tp dah umur 28 baru pandai masak beriani.

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

comelnya mandi manda dalam kolam air!!

cuaca udah la panas bagai ni~

hehe~

zeqzeq said...

internet tetap macam pisaubuat potong timun atau potong hati heee

echah_syed said...

vic..setuju sesangat.kalau takde internet semua keje beres siap kilat lantai rumah ha ha ha ;D

om nom nom nasik beriani.bravo lah vic!

comey sgt mereka tak sempat besar mesti kena sambar ni ;p

boleh booking tak? ;)

iDAN said...

Aliyah ini memang anak yang comel!;

Dah sehat Ajiem & bermain air lagi dengan akaknya...!

Kanak-kanak besar ini seronok menjaganya. Kalau boleh biar terus besar ini'

Dah besar dah dewasa pelbagai kemungkinan. Tak jangka pun jika nak berlaku sesuatu kejutan.

Kita yang mencorak segalanya tetapi persekitaran, rakan-rakan juga boleh merubah segala.

Aidi-Safuan said...

hahaha...adakah ini bermakna internet menyebabkan kerja2 anda tergendala selama nih? :P