Monday, May 31, 2010

1st Time Derma Dara..... Opss Darah...

Aku paling ngeri derma darah, sebab tu aku tak pernah cuba nak derma darah. Walaupun cucuk mencucuk ni dah sebati dengan aku satu masa dulu. Tapi en hubby memang hobi dia menderma darah. Pantang nampak kempen derma darah, mesti nak derma walaupun kadang2 lum cukup ½ tahun pun jaraknya, sampai kena reject dengan orang tu.

Tapi ntah apa yg buat aku kuat semangat kali ni. Mungkin sebab hamper dia nampak menarik dan besar kot…maka aku telah memutuskan untuk menderma darah. “Pertama kali derma darah?” Tanya nurse. “Ya”, jawabku. Dan tiba2 mataku terpandang seorang lelaki lingkungan umurku sedang muntah2 selepas menderma darah. Ada yang pitam, tak kurang gak yang turun je dari kerusi, langkah 3 tapak, pengsan. Aduyaiii… semua ni langsung tak memotivasikan diri aku. Aku terasa mcm nak pulangkan je borang pendaftaran tadi. Tapi mujurlah ada terasa nak jaga air muka sendiri maka aku buat2 cool je.

Lepas menimbang berat badan (benda yg dah lama tak buat dan benci untuk buat) aku dapati berat badanku turun 4 kilo dari bulan lepas. Kira ok la…. Man-man (sket2) la.. Ni mungkin berkat main badminton selalu ni. Akhirnya aku berjaya menderma sekampit penuh darah…dalam tempoh tak sampai 5 minit pun. En Hubby aku kata “Mak aii… lajunya darah awak turun, orang lain pun lum penuh lagi. Ni kalau eksiden yg berdarah bahaya ni, cepat je darah keluar.” Cis… cabul sungguh.

Tapi syok juga ye dilayan macam permaisuri lepas tu. Dowang bagi roti, air kotak, dan tuangkan air milo panas untuk aku. Eii… macam VVIP plak.. siap buatkan sijil, dapat hamper besoor…. Banyak coklat dalamnya. Mungkin dengan tujuan supaya aku makan banyak2 bagi menggantikan darah yang dah didermakan. Heheheh…

Tapi sebenarnya tujuan utama aku, seandainya satu hari nanti terjadi kemalangan ke atas aku yang menyebabkan aku kehilangan banyak darah (nauzubillah), moga aku tak susah mendapatkan darah dari org lain. Kesimpulannya dermalah DARA opss DARAH..

Bersiap sedia untuk ujian darah...
Nurse, jangan cucuk kuat2 ye...


4 kilo turun - mungkin badminton penyebabnya.


12 comments:

azieazah said...

Tahniah sebab berani derma darah...

Wahhh bestnya turun 4 kg. Kalu pengsan pun takler berat sangat nak angkat. Hehehehe...

ieja said...

bestnya turun 4kg.. mesti ko da lain kan vic.. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak azie - ala kak azie...4 kilo tu tak sampai sekampit beras pun kak azie. Tetap mengah juga org nak angkat.

Ieja - mana ada berubah mak kecik oii.. ko tgk gambar tu... sama je. Aku pun kompius 4 kilo yg turun tang mana ntah.

Anonymous said...

cam berdebar jer tunggu sabtu ni yek..

jejaka misteri..

ieja said...

lengan ko da kecik sket.. hehe..

kenduri aku datang awal ye ngn si jejaka misteri nih.. :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

jejaka misteri tu... laki ko ke.. laki aku?
Kalau laki aku... nape dia plak yg berdebar? ekekekekk
mentang2 le kawan baik dia yang nak kahwin. heheh

ieja said...

adooyai.. haah kan.. apsal jejaka misteri ni beria berdebar2..jengjengjeng.

kawan dia tu da pucat je aku nengok, da xbanyak ckp..haha.. aku rasa dia dok hafal rukun nikah la.. wakaka

iCe said...

hoh ni sorang lagi dok nak derma dara... minggu lepas dak zara yang baik hati nak sedekah dara dia... wakakakaaa... vic, ko cakap betul2... ko derma darah tu ikhlas ke pasal ko nak hamper tu je???

zeqzeq said...

ada perkembagan positif semangat nak turun ...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

iCE - Soklan ko ni sebiji soklan yg laki aku tanya aku. hehehe... ok... ini jawapan jujur ni. Sebenarnya mula terdetik nak derma mmg sebab tgk hamper. Tapi masa beratur aku nampak org muntah2 la, ada yg pengsan la, ada yg pitam la... dalam hati dah ckp, "kalau camni tak dpt hamper pun takpe la, tak sanggup aku." Masa ni stay sbb nak jaga air muka je.... Tapi bila jarum dah cucuk dalam badan, tgk darah mengalir masuk kampit darah tu - rasa mcm berbesar hati, mudah2an darah tu digunakan oleh yg betul2 memerlukan. Mana tau darah aku berjaya menyelamatkan nyawa seseorang.

zeq - turun sikit je. En husband dah pesan.... "saya takmo awak kurus mcm masa kita kahwin dulu, tulang je.... isi langsung takde~".... sabo je!

shazriena said...

bagus2.. teringat last derma darah 3 bulan lepas, dua2 tangan kene cucuk, sebelah kiri lebam sehingga 3 minggu... sungguh sakit sehingga skrg kalau dipicit pada tempat yg dicucuk tu maseh terasa sakitnya:)

tp apa pun tahniah sis:) kerana memberanikan diri :)

Sherry said...

you so brave to donate blood, I told my housemate to donate and she refused. I can't as me low blood pressure.