Tuesday, April 20, 2010

Service Taik Kucing Hospital Kerajaan.

Weekend aku yang lepas tak seindah biasa. Hanya terperuk berguling2 kat rumah dek penangan sakit perut yang amat sangat. Katil dan bantal peneman setia. Walaupun adakalanya tak tidur - hanya menonggeng, menghempaskan badan berkali2, mengaduh dan kadang2 menangis. Tak tahu berapa lama lagi perlu menghadapi hari2 begini dalam setiap bulan. Tak tahu dan takut nak tahu.

Qhairul Nazim (Ajiem) tak sihat. Maka Sabtu Ahad bersamanya seolah2, aku menjaga dia dan dia menjaga aku. Aku tak tahu apa yg membuatkan aku batuk2 teruk, sakit tekak, selsema dan kurang selera makan. Berjangkit dengan Ajiem atau disebabkan penangan menanggung sakit perut teruk selama 3 hari. Tapi aku tak demam. Isnin bila kembali kerja - memang belum sihat walaupun tak demam. Ajiem pula makin teruk, dihantar ke hospital Sri Kota untuk blood test. Bila mak bawa dia balik rumah, terus dia tertidur gara2 penat menangis tengok muka doktor. Dia memang fobia nampak doktor. Namun lebih kurang sejam kemudian Ajiem diarahkan kembali ke hospital kerana darahnya +ve H1N1.

Terkedu dengan berita tu, aku segera ke panel klinik berhampiran ofis. Setelah menceritakan serba sedikit masalah aku, doktor membekalkan sekeping MC, Vitamin, Ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat selsema dan sekeping surat bertulisan tangan panjang lebar kepada hospital kerajaan yang menyatakan simptom2 yang aku hadapi dan perlunya aku menjalani pemeriksaan H1N1.

Apa yang berlaku di hospital kerajaan? 3 jam lebih menunggu yang sangat2 mengecewakan. Setelah menunggu giliran berjam2 barulah dapat bertemu doktor. Aku faham. Pesakit memang ramai. Semuanya nak bayar RM1 untuk rawatan dan perubatan, aku mungkin rare case - datang kerana terpaksa. Aku menerangkan apa yang terjadi kepada doktor yang merawat. Dia masukkan termometer dalam telinga. 37 darjah celcius. "Awak tak demam". Itu aku pun tau. Aku pun dah cakap tadi. Doktor klinik aku pun dah tulis suhu badan aku dalam surat tu. Sama.
Soalan yang ditanya hanyalah "umur awak berapa?" "28 ", jawab aku. "Ok. Boleh keluar ambik ubat." Itu sahaja...percayalah. Dia takde letak stetoskop dekat dada, takde pam ambik bacaan darah... tak ada apa... Inikah harga 3 jam setengah aku menunggu tadi?

Ambik ubat dekat kaunter? Aku jamin ubat yang aku dapat dekat panel aku tadi jauh lebih mahal dan lebih berkualiti dari ubat yang dia nak bagi ni. Aku bukan nak ubat. Aku datang hanya untuk memastikan aku tiada H1N1. Itu sahaja. Kecewa sangat. Aku langsung tak ambik ubat yang diberikan. Sebab memang aku datang bukan untuk ubat. Aku telah diberitahu bahawa hanya hospital kerajaan dan hospital swasta yang tertentu sahaja yang ada pemeriksaan H1N1. Aku datang sini kerana aku tak ada pilihan! Tidak ada surat kuarantin seperti yang sepatutnya... DAN... kalau benar aku pembawa H1N1 skang ni - aku mungkin telah menyebarkan virus tersebut keseluruh ofis kerana aku tak berhenti2 batuk dan menarik hingus dari tadi.

What a lousy service by the government hospital. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. 1 Malaysia~!!! Bullshit!



22 comments:

Mazidul Akmal Sidik said...

Dear, Vic, satu tampalan cukup berani.

Semoga awak cepat sihat dan sembuh seperti biasa.

kakcikseroja said...

Salam Vic..

kakcik telah merasai pengalaman itu sewaktu Angah disahkan positif H1N1 tahun lepas.. 'awak jaga sahaja dia dirumah!'... huhuhuhu.... (macam gampang, kata Hazrey

kakcikseroja said...
This comment has been removed by the author.
siti murni ishak said...

itu yg membuatkan kita jengkel nak jengah hospital kerajaan. tp nak buat mcm mana bukan semua di kalangan kita mampu nak ke private hosp.
ape2 pun i wish vic cepat sembuh..jgn lupa ambil ubat ikut time...ikut nasihat doc.

abdmustafa said...

Dear Vic

dah tak ada lagi kah bahasa yg lebih elok ! ... kalau dah benci sangat dgn Hospital Kerajaan pergi je hospital/klinik swasta.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Bro - tampalan berani disebabkan sakit hati dengan layanan sebegitu. Jangan samakan harga RM1 dengan rawatan yang diberikan. Bagaimana dengan masa menunggu orang awam yang terbazir akibat menunggu dan hasilnya mengecewakan. Pada saya setiap masa saya adalah berharga dan kalau sekadar nak bertanya umur saya berapa, adik yang jaga kaunter nombor giliran tu pun boleh tanya saya soalan tu.

Kak Cik - makin ramai yang meluahkan perasaan tak puas hati terhadap hospital kerajaan ni, namun makin teruk pula perkhidmatan yang diberikan. Bukan mengambil iktibar dari komen2 orang awam. Pelik betul. Ini kali ke-3 saya berasa amat kecewa dengan govt hospital. Sebab tu kalau sebut nak ke hospital kerajaan - rasa sgt tawar hati.

Siri Murni - Terima kasih Murni. InsyaAllah Vic akan makan ubat ikut jadual. Lagipun Vic sendiri pun cuak juga kalau betul H1N1...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

terima kasih en abd mustafa kerana sudi membaca tulisan saya. Mungkin en abd mustafa ni salah seorang kakitangan hospital kerajaan. Kalau ya, maka lebih bagus lagi dapatlah kiranya en abd mustafa menyedarkan kakitangan hospital kerajaan yang lain.

Kami sebenarnya dah muak dan tak tahu nak cakap mcm mana lagi terhadap hospital kerajaan. Komen yg en mustafa berikan tu mungkin berkesan untuk saya, memang saya bercadang untuk membuat ujian darah di hospital swasta setelah menyemak senarai hospital swasta terdekat untuk saringan H1N1.

Adapun sebenarnya, memandangkan H1N1 adalah satu gejala dalam Malaysia pada hari ini, saya mengharapkan pihak yang diberi mandat oleh kerajaan (hospital kerajaan) ini lebih peka dalam usaha untuk membendung masalah H1N1 dan bukannya mengambil sikap sambil lewa.

Adakah layanan seperti ini layak untuk kami rakyat Malaysia yang sah? Pembayar cukai kerajaan? Malah layanan seperti itu pun seharusnya tidak layak untuk diberikan kepada mereka yang susah dan kurang berkemampuan. Adakah maksud en mustafa - rakyat Malaysia yang tak berkemampuan harus tutup mulut, telan aje bulat2 apa yg hospital kerajaan buat? Begitu??

zeqzeq said...

persepsi terhadap Hospital kerajaan jatuh lagi.

melepas batuk, banyak kerja agaknya..

sampai bila nak hapuskan persepsi begini??

amiey lee said...

kak vic..byk bersabar ye..hmm takut gak ni nak deliver bulan 7 insyaAllah..masih belum pilih hospital..

masa first dulu deliver kt hospital ampang..alhamdulillah ok..staff nurse suma baik2..

cuma mungkin kawan saya tak bernasib baik..dia dpt yang kureng sikit..hmm

kali ni hubby nak pegi Pantai...tapi masih dlm pemilihan hospital..
doakan saya ye kak vic

Mazidul Akmal Sidik said...

Sebilangan pekerja di hospital kerajaan, sensitif apabila ditegur. Itu normal, kejadian berulang.

Memberikan rawatan dengan bayaran berpatutan, satu daripada sumbangan terbesar kerajaan Malaysia kepada rakyat memilih pemimpin Barisan Nasional. Namun ada kakitangan hospital tidak memahami tujuan sebenar perkhidmnatan disediakan. Mereka juga tidak sedar, cukai pendapatan dikutip daripada orang ramai setiap tahun juga digunakan untuk pelbagai tujuan lain, membangunkan negara.

Laporan sebelum ini mencatatkan, warga asing berhutang lebih RM3 juta dengan hospital kerajaan. Mereka mendapatkan pelbagai jenis rawatan dan kemudian melarikan diri.

Mereka hanya membayar RM50 sahaja sebagai yuran pendaftaran kemudian pihak hospital ditipu hidup-hidup.

Kenyataan 'pergi sahaja ke hospital swasta' itu sudak lapuk dan dicetuskan mereka tidak dapat menerima kenyataan berhubung kelemahan servis di beberapa hospital kerajaan.

Setiap kita ada kelemahan dan jika terbukti, perbaiki.

zeqzeq said...

kakitangan kerajaan yang tak lulus PTK sahaja yang boleh berkata.
'
pergi ke klinik swasta'

kalau dari kakitangan klinik swasta A berkata begitu memang sesuai sebab swasta berdasarkan keuntungan,
" elok pergi ke klinik swasta B',jika servis di sini tak bagus.

tetapi itu kata2 kaya KULI, bukannya dari ayat boss, bos akan jaga Sale, untuk menjaga kliniknya.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - itulah sikap sebenar mereka, sekadar melepas batuk di tangga. Jadi kalau ada rakyat Malaysia yang mati disebabkan H1N1, harus disiasat dahulu - pernahkah mereka dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Kadang2 yes.. they did take the precaution step, demam cepat2 ke klinik untuk dapatkan rawatan. Itu tanggung jawab org awam dalam memastikan wabak H1N1 tidak berleluasa. Tapi adakah hospital kerajaan menjalankan tanggungjawab mereka? Kalau tidak - makan tiadalah kesinambungan membendung wabak ni. Janganlah pelik kalau lebih ramai lagi Malaysian yang mati gara2 H1N1.

Amiey Lee - InsyaAllah. Kak Vic doakan Amiey dipermudahkan untuk bersalin dan dapat melahirkan bayi yang sihat. Amin. Kalau ikut reputasi hospital Pantai, InsyaAllah tidak akan mengecewakan. Kak Vic dah 4 kali mendapatkan rawatan di Pantai Klang dan doktornya jujur dan ikhlas orangnya. Dia mencadangkan yang terbaik, walaupun kadang2 yg terbaik itu tidak menguntungkan pihak hospital.

Bro Mazidul - Dah memang dijangka pun bro entry kali ni pastinya ada yang melompat. Setiap kali ada blogger yang membuat entry ttg kelemahan hospital kerajaan, pasti ada yang melatah.

Tapi hakikatnya begitulah. Kenapa sukar menerima kenyataan? Sesetengah badan kerajaan dan jabatan awam boleh melakukan perubahan drastik gara2 aduan dan komplen dari orang awam. Namun Hospital Kerajaan merupakan yang paling susah untuk berubah - malah tak keterlaluan kalau dikatakan makin merundum prestasinya.

Dulu semasa hospital Putrajaya, Selayang, Serdang dan beberapa hospital kerajaan bertaraf 5 star mula beroperasi saya mendengar banyak komen positif. Pada waktu itu saya merasakan mungkin inilah titik perubahan perkhidmatan hospital kerajaan tapi hari ini, adakah hospital2 bertaraf lima bintang itu berjaya mengekalkan prestasi seperti waktu mula2 dibuka dulu? Tepuk dada - jawapannya ada dalam diri kita.

Hannibal King said...

i've been in your shoes. memang menyedihkan service Gov. Hosp.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hannibal King - Hanya orang yang pernah melaluinya yang tahu betapa sakitnya hati diperlakukan mcm tu.

echah_syed said...

combi blom pernah alami semua ni lagi tp adik combi pun pernah cerita hal mcm gini bila dorang salah letak keputusan air kencing baby dia.

dah salah letak dia asyik tanya betul ke dah hantar air kencing tu?hantar kat sapa?doi..takan nak hantar kat klinik haiwan pulak :(

pastu dia cakap bla bla bla...last adik combi cakap " korang ingat aku suka ke datang sini tunggu lama-lama kalau takde hal penting.tolong la jgn membebel aku dah letih tunggu! "

tatau nak cakap apa lagi sbb dorang penat bekerja sbb org ramai dan kita pun penat jugak menunggu lama.

@cu SaYaNg said...

so far, acu belum penah lg dpt layanan yg krg memuaskan dr hospital kerajaan...harap2 tu x merasa la...apa2 pun banyak kan bersabar ye sayang..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi - hmmm... kalau nak interview setiap seorang yang pernah mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan, pastinya 90% atau lebih akan memberikan komen negatif. Cuma segelintir je yang bernasib baik mendapat layanan elok.

Acu - mmg tengah cuba bersabar pun Acu. Hari ni adik Vic plak telah disahkan +ve H1N1. Risau sangat.. padahal dia langsung tak demam, sakit tekak, batuk mahupun selsema. Alih2 bangun pagi badannya panas, terus ambil ujian darah di hospitalnya (sbb dia seorang nurse hospital swasta) dan saringan ujian pertama menunjukkan tanda2 dia mempunyai Influenza H1N1. Ujian darah sepenuhnya bakal diketahui esok.

azieazah said...

Seronok baca entri dan komen2 di sini.. Sungguh rasional..

iDAN said...
This comment has been removed by the author.
iDAN said...

Vic,

Tak dinafikan ada kalangan pekerja di Klinik Kardio pun di Wad Kecemasan itu amat prihatin; baik & murah senyum.

Dah masuk tahun kedua: 25.5.09 Itu tarikh kedua temujanji dengan doktor maknaya sekitar 3 bulan sebelum itu saya pertama kali jadi pesakit dirawatan pakar jantung. Maknanya awal tahun 09 saya sudah ke sana.

Hingga kini masih tak tahu apa kondisi jantung saya, benar sakitkah atau gangguan lain; tapi ubat cair darah & ubar gastrik memang kena makan saban hari tak makan; goyang seluruh badan.

Malam-malam sering terganggu sesak nafas itu yg saya tulis MMms. Tau kan maknanya empat huruf itu.

Saya selalunya datang seorang diri jadi jangan harap nak dapat layanan istimewa; ada jururawat yang baik okeylah!, ada yang sombong terima sajalah.

Boleh kata semua wajah jururawat di Klinik Kardio itu saya dah cam.

Masalah utama yg dapat saya kesan adalah kekurangan doktor. Maka dalam saat 4 atau 5 jam itu saya asyiklah melihat ragam pengunjung & staf hospital. Dari gincu, bedak, senyum masam & radang semua itu bagaikan satu drama menarik.

Payah mahu jumpa rakan berbual; sebab semua gusar!.

Satu lagi isu doktor pakar jantung di Klinik Kardio Hospital Serdang itu; asyik berubah doktor. Doktor ini syurkan ini, doktor ini syak ini; memang tak ada setiap pesakit dijaga seorang doktor pakar.

Kaum cina & india semakin ramai berbanding kita orang Melayu. Maka terasa bukan duduk di Tanah Air Sendiri! tiap kali ke Klinik Kardio ini.

Maka itu saya yakin lagi PKupm dalam masalah ubatan. Malahan kes saya diambil oleh seorang doktor sahaja. PKupm ini saya tak pasti apakah org awam boleh datang. Saya staf di UPM. Ubatannya takkan ada di hospital kerajaan.

PKupm ada ISO. 22 minit tak jumpa doktor boleh komplen. Itu janji PKupm.

Vic kita ini jenis tak berduit pun mana ada pengaruh. Jika kita ini VVIP pastinya kita tidak akan dilayan begini.

Sabarkan saja!. Jangan ambil hati komen mereka yang tak kena pada hidung sendiri.

CkYnHaShiM said...

emm..saya sdri pun dh kena gak..baru je g kes ni jadi..pada 6/5 lepas..asben saya xcdnt..then org yg langgar my hubby anta kat spital berdekatan..ya allah...punye la lame tunggu..sedangkan org tu dah sakit x hengat..bengkak2 kaki dah duk atas wheelchair..bukan 3 jam cam u kena..ai kena tunggu lebih dr 5 jam okes...tulis situ zon tidak kritikal waktu tunggu 4 jam..gilo la..sampai sumpah seranah dah hubby punye tahan sakit..dan hasilnya pas jumpe doc..x-ray bagai..x de ape2..just seliuh je..okes..kami terima seadanya..dh la menunggu punye lame ngan anak kecik g..then ptg tu x puas ati atas pengalaman kengkawan...kami g hospital B plak..dan ape yg terkejutnya..pas di x-ray..ade retak sket kaki buku lali..ape cer tu...???dah kena bersimen kaki hubby..pat 3 weeks mc..tp kat spital A...pat 3 ari je mc..so..pikir2kan lah...

very the..!@#$%

Azam Zaki said...

caranye amik le insurance , leh masuk sepital swasta :)