Tuesday, April 06, 2010

Menjawab Tagged Azrul

Bila di tag oleh Azrul, aku rasa rasa macam pernah je jawab tag ni dulu... bila cek balik... ye la hampir sama, tak caya tgk sini.
Tapi memandangkan ia sudah lama dan mungkin jawapan sudah sikit berubah... kak vic tak keberatan nak jawab balik. (Lagipun.... mmg tgh free nak jawab tag skang ni).

1- Anda rasa hot?
Panas gak la... pasal waktu ni lum mandi lagi. Masih kat ofis (tp opis suami la).. duk sini lepak2 sementara nunggu meeting hubby habis.

2- Upload gambar kesayangan anda:-
Selain dari gambar Aliyah Umairah dalam entry lepas, saya juga suka gambar ni.....3- Kenapa anda suka gambar ni?
- Sebab pertama gambar ni diambil masa aku masih kurus lagi (sampai mak andam terpaksa jahit lagi kecikkan baju tu walaupun sudah dikecikkan sebulan sebelum hari kahwin).

- Sebab ini merupakan majlis perkahwinan aku yang pertama. Tatau plak kalau ada yang kedua .... hahahahaha.

- Kerana flower girl aku tu (yg merupakan anak buah kepada bestfriend aku) dah jadi anak dara skang ni. Bila jumpa balik dengan diorang aritu rasa sangat terkejut. Mak aii... dah besar dah flower girls aku yg comel2 dulu tu.

4- Bila kali terakhir anda makan pizza?
Tak boleh ingat.... sebab saya memang tak suka pizza...

5- Lagu terakhir yang anda dengar?
Lagu Lady Gaga - Ram.. Ram... Ramlah Ram...(tak ingat tajuk dia) dalam toilet pasaraya Giant tadi..

6- Apa yang anda buat sambil menjawab tag ni?
Tgh berfikir, nak masuk toilet ke tak? Tahan la sikit.... bagi habis jawab tag ni dulu.

7- Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Vic. Sebabnya dah rasi dengan nama tu.

8- Tag lagi 6 orang
6 orang yg Vic tag ni mungkin sudah ditag oleh orang lain, pernah ditag oleh vic sebelum ni atau pernah menjawab tag yang macam ni. Tapi tujuan vic bukan nak mereka jawab tag ni (walaupun kalau mereka nak jawab, sangat dialu2kan) tapi vic just describe orang2 ni seperti mengikut arahan tag ni.

1- Siti Murni.
2- iDANRadzi
3- Kak Azie
4- Acu Sayang
5- Kak Cik Seroja
6- Bro Mazidul

1- Siapa orang No. 1 kepada anda?
Seorang rakan blogger yang selalu banyak persamaan dengan aku dalam banyak perkara.

2- Bagaimana pula no. 3?
Suka sangat dengar dia ketawa, sebab bila dengar dia ketawa automatik aku akan ketawa sebab ketawakan ketawa dia. (Berapa banyak ketawa daaaaaaaaa??)

3- Pendapat anda tentang orang No. 4?
Shoooooweeeett and huggable~! Kalau bersalam laga2 pipi... purposely je peluk2 dia.

4- Kata sesuatu kepada orang No. 2
Vic selalu doakan kesejahteraan abg iDAN. Moga segera sembuh ye.

5- Hubungan anda dengan orang No. 6?
Sama seperti hubungan saya dgn Fahrin Ahmad. Jeng Jeng Jeng.... takkan la Vic ada skandal dengan Fahrin Ahmad plak kan?? Saya mengagumi kedua2nya.

6- Perwatakan Orang No. 5
Sangatlah lembut orangnya. Wanita yang tabah dan mempunyai husband yang sangat sporting.

-The End-

7 comments:

azieazah said...

Ayooo Amoiii... berapa kalu lu mau taq sama saya haa?


hikhikhik! seronok plak bergelak-gelak...

kakcikseroja said...

Salam Vic..

nanti kakcik fikir.. nak jawab ke tak.. nak jawab ke tak... hehehe..

Kakcik lembut ke?? Auwwwwww! Tapi bab suami sporting tu.. kakcik akui :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie,
Itulah fitrah orang popular, kena terima hakikat kena ratus kali tag. ekekek... sabar je la ye kak azie.

Kak Cik,
Ha.... sebut auwww je dah nak lembutnya tu. ekekeke...

@cu SaYaNg said...

huggable ek...hahahaa
insyaalah nnt acu jawab walaupun dah penah jawab dah sebelum nie

kebetulan tak de idea nk updet blog nie...hehehee

zeqzeq said...

setuju sokong..semua versi VIC,

(malas diTAG lagi...)

nasib duduk nombor ke 7

siti murni ishak said...

kena lagi...huhu...actually dh kena tag yg sama last 2 weeks, belum jwb lagi..igtkan nak tag vic dulu..skg suda kena balik..aiyok..
n'way...ni ada lagi tag..sempoi punye...meh amik kat blog i eh...hehe...sama2 kena...

iDAN said...

Emmm!,

Rasanya dah masuk minggu ke tiga, sebulanlah kut! saya makin diduga. Memang rasa putus harapan pun ada,

Maka itu dalam sebulan lalu asyik klik Farm Ville di FB tu!. rasa nak lupakan dunia blog pun ada.

Faktornya banyak; risau soal jantung pun satu. Masalah keluarga pun meruncing.

Semalam lagi satu musibah!. PC pula kena godam birus. Komputer riba Afiz hilang. Semua itu buat diri ini benar-benar terkesima.

Sesekali klik laman Bro Maz, itu saja... teringat blog VIC teringat Zeq, teringat YB, Azah, Dik Ieja, Combi dan ada banyak blog jika senggang memang saya rajin klik. Baca tapi ada yg sempat kasi respon ada yg tak!. Terutama Azah tu! tenguk dia ramai peminat emmm! malas nak ganggu mood dia.

Tak sangka lak ada Tagged ini. Jap nanti saya jawab.