Monday, April 12, 2010

Memanfaatkan Grand Prize

Grand Prize penginapan 3 hari 2 malam di Commenwealth Forest Park (Taman Rimba Komanwel) yang dimenangi oleh hubby semasa cabutan bertuah Bro Maz bloggers Gathering akhirnya dimanfaatkan oleh kami. Memandangkan Jumaat aku telah sengaja mengambil AL, maka ke sanalah kami untuk check-in.
Hari pertama check-in ada ayah, emak, Aliyah dan aku. Sempat lagi ayah pekena kopi dicicah pula dengan roti yang dibeli di TESCO Selayang.

Masa gathering aritu ramai yang tak berkesempatan nak rendam kaki dalam air sungai tu pun kan? Untuk pengetahuan korang, dalam sungai tu dipenuhi anak ikan kecil yang banyak dan anak-anak ikan ni akan datang dan gigit kaki korang. Tak sakit pun, cuma geli2 je. Kalau kat spa kaki kowang kena bayar puluhan ringgit untuk treatment ni tau, tapi kat sini free je...

Memandangkan cuma kami sekeluarga je yang ada di situ dan akan bermalam di situ pada hari Jumaat tu, maka kami memutuskan untuk balik aje. Esok pagi (Sabtu) aku datang balik dengan Emak, Hubby, Aliyah dan my lil brother.

Walaupun pada mulanya si kecil ni cuak melihat ikan-ikan tersebut, tapi lama kelamaan dia sudah lupa diri. Sampai ajak balik naik Chalet pun dia tak mahu.

My lil bro cuma main celup2 kaki je. Takut air kot. Almaklumlah... air sungainya sangat sejuk.
Oh.. on the 2nd day tu, kebetulan Akhil Hayy, Waheeda dan parents serta saudara mara Waheeda turut bermalam di situ. Jadi, tempat tu jadi happening dan tak le sunyi sangat. Malam tu siap kami beramai2 siap tgk Ghost Rider di Cafe berdekatan. Hehehe... tgk citer hantu di tengah hutan di tengah malam. Kamikaze~!

p/s: Buat Acu terrrrSayang, sebaik tiba di rumah Ahad aritu, Vic telah menerima bungkusan PosLaju mu yang besar itu. Cantik sangat baju tu (baju Mexico mak Vic cakap). Dah siap try dan dah pk nak pakai waktu bila lak tu. heheheheh...
Terima kasih ye Acu. I Lebiu SOOOOO MUch~!!

13 comments:

kakcikseroja said...

Vic nask tahu? Tuari, Abg Mus kata kalau dapat penginapan tu.. dia tak nak! Sebab? Tatottttt nak duk kat situ memalam.. hehehe..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Haha... Vic pun takut2 juga. Tapi kakak yg berniaga kat Cafe tu kata dia dah bertahun berniaga kat situ, banyak kali juga dia tidur kat rumah tu sorang2 kalau tak sempat balik dari berniaga tapi tak pernah pula berhadapan dengan benda2 pelik. Lagipun, kalau org tak ada, cleaner sentiasa ada pasal dowang tinggal kat rumah pekerja yang disediakan.

Tapi malam pertama tu balik juga... malam kedua baru berani tidur pasal dah ramai penginap - hari minggu le katakan.

echah_syed said...

combi suke privacy.. :)

takde pic waheeda ke?ermmm dgr kabo dah berpurdah ekk.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ha'ah Combi. Dia memang berpurdah. Bila dia makan pun dia angkat penutup mulut sikit je untuk masukkan sudu.

Pagi tu nampak dia berjogging pun masih berpurdah. Vic tak ambik la gambar dia dengan akhil. Pasalnya, dia bercuti dengan family, lepas tu dia memilih tempat tu tentunya kerana dia yakin tempat tu privasi. Jadi tak mahu mengganggu privasi mereka. Waheeda cakap dengan ayah dia bahasa Inggeris, sebelum ayah dia nak balik... dia peluk ayah dia lama2... nampak sgt loving.

azieazah said...

Wahhh bestnya dapat pegi lagi ke resort tuuu... Damai dan sunyi jer kan?

Hmm... baju tu, Kak Azie pakai bila travel. Kadang2 pakai bila ada makan malam yg sempoi (pakai inner di dalam or t shirt).

Juga boleh guna sebagai sweater kalu pegi meeting/seminar mana-mana...

Dayung Serian said...

bestnyer bercuti...out of town kejap.

siti murni ishak said...

fullamak...best tu..free accomodation..dpt menghilangkan segala lelah stress di hujung minggu...;) mesti sejuk je tmpt ni eh...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - mengenang kembali detik2 kak azie mengejar hazrey dengan ular bila tgk meja batu kat situ. hahahah

Dayung - cuti free..

siti murni - tak sejuk la.... sejuk time berendam je la.. dalam chalet dia tak sejuk pun.

zeqzeq said...

boleh merasai nikmat hijau..alam

kalau bermalam seoarng diri macam mana??

@cu SaYaNg said...

syok nye....ntah bila le nk sampai lg ke sana...

From The News said...

waaa..dah claim grand prize!..bestnya..siap jumpa selebriti.. :P

bila tengok gambar tepi sungai, rasa teringin nak terjun mandi..tambah2 musim panas nih..huuu mesti best berendam sejuk2

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

zeq - kalau sorang2... den tak berani la rasanya...

Acu - hahahah... kita pi tempat lain plak la acu... tempat tu air paras betis je... nak rendam kepala pun payah.

From The News- Ha'ah... mmg panas terik betul masa duk sana... tp air dia tetap maintain sejuk main ais. ekekekeke...

iDAN said...

Diana kalau Mat Saleh lagi hotel tu berhantu lagi mereka berebut nak sewa; suka amat nak jumpa hantu;

Sayang malam pertama dibiarkan kosong. Terkadang saya berangan nak ke tempat sunyi begitu, tak ada org lain.. biar ikatan keluarga itu rapat.

Saya teringat tenguk tayangan larut malam di Bukit Tinggi Klang (Betui ke nama tempat tu) saya, Afiz & Aziq; bertiga sahaja penonton di satu pawagam; tenguk filem org putih bukan cerita hantu pun.

Memang kena ganggu. Afiz nampak lintasan... esoknya Raya Haji; Afiz deman!.

Menarik Commenwealth Forest Park ini.