Thursday, April 15, 2010

Kakak Nak Jadi Model

Aku: Kakak dah besar nak jadi apa?
Aliyah : Erm.... memegang dagu sambil mengedip2kan matanya (seolah2 sedang berfikir)
Aku: Kakak nak jadi doktor yer?
Aliyah: Nanak (Tak Nak) sambil menggelengkan kepala pantas.
Aku: Kakak nak jadi nurse macam mama ye?
Aliyah : Nanak (geleng kepala lagi)
Aku: Kakak nak jadi cikgu ye?
Aliyah: Nanak (geleng kepala lagi)
Aku: Abistu kakak nak jadi apa? Nak jadi model (ntah dia paham ke tak makna model, aku pakai sebut je)
Aliyah: Hah... Kakak nak adi mojel (nak jadi model)
Aku: (Terkejut). Kakak tau ke jadi model tu camna? Cuba tunjuk sikit kat mommy.

Aliyah bangun... kemudian dia berdiri sambil sebelah tangannya mencekak pinggang. Kemudian dia mengirai2 rambutnya dengan tangan sambil menggoyang2kan kepala. Seolah2 model yang menggayakan iklan syampu rambut.

Alamak... sape la yang mengajar dia nak jadi model ni. Ni pasal banyak sangat tengok iklan tv la ni. Agaknya gambar2 kat bawah ni menunjukkan betapa minatnya dia nak jadi model.







14 comments:

@cu SaYaNg said...

dah boley jadi model kanak2 dah nie...

kakcikseroja said...

Wah.. memang Aliyah ada bakat.. boleh la cuba2 jadi model kanak2 kat majalah ke.. :)

Azrul Hisham said...

hehe...model majalah bintang kecil boleh gak tu... :)

Bro Framestone said...

ops he...23x

nie sape yang ngajo nie.. he..23x

BroFramestone Blog

azieazah said...

Hantar ler portpolio ke mana2 agensi... mana tau sangkut.. lumayan beb!

ieja said...

alahai comei la aliyah nih...
memang sesuweii..

Bro Framestone said...

Assalamualaikum wbt

Untuk pengetahuan anda, pemenang contest sweet couple yang broframestone di telah disiarkan pada minggu lepas.

Bagi yang termiss anda boleh melihat pasangan yang sweet melalui pautan ini, http://www.broframestone.com/2010/04/pemenang-contest-sweet-couple-vs-broframestone-khaizarien/

Bagi yang pasangan yang tersenarai.. sila hubungi bro melalui email untuk penyerahan hadiah if nk amik by hand pun boleh (leh gak berjumpa)


Sabtu ini bro akan berada di Times Square, Kuala Lumpur untuk menghadiri Gatsby Street Fair 2010 anjuran Nuffnang. Hope korang sudi datang untuk memeriahkan program ini.

Manalah tahu dapat berjumpa dengan bro & pasangannya.

BroFramestone Blog

siti murni ishak said...

mmg ada bakat si Aliyah ni...sudah la comel pakai topi tu...hehe...

zeqzeq said...

boleh boleh,
kakak boleh..

nampaknya kalau komen banyk2 nanti kena HIDUNG MAMAnya

hheee

Cery said...

...okay gak tu cita2 jadi model.... masuk malaysia next top model..hehe
http://everybodylovescery.blogspot.com/

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - hahaha... kalau kami yg ambik gambar boleh la di pose mcm tu, kalau org lain yg ambik, sure dia malu punya.

kakcik - itu pendapat sampingan maknya tu. heheheh

azrul - bintang kecil punya majalah pun x pernah beli.

bro framsetone - ntah le.. sape la yg mepengaruhi dia ni.

ieja- hahahah... tgk mommy dia la.. :P

siti murni - ni bukan bakat terpendam... ni bakat terendam.

zeq- hampir2 terangkat dah hidung ni zeq

cery - next top model versi org kerdil bleh la kot.

iDAN said...

Aliyah memang anak comel, emmm! kalau dia ada bakat berminat lagi apa salahnya...

Yang penting pandai jaga diri, bidang apa pun boleh diceburi. Kerjaya tanpa minat pun amat membosankan!.

iDAN said...

VIC ...

Saya tak punya anak perempuan; tenguk Aliyah ni memanglah rasa terusik hati ni!

Emmm! bayangkan jika nak beli pakaian anak-anak! macam manalah nak memilih pakaian anak perempuan ini!... melampau banyak pilihan banding anak lelaki!...

Dayung Serian said...

ada potensi jd model :)