Monday, April 26, 2010

Janda Bergetah Mencari Bakal Suami.

Leganya - balik Tg Malim weekend lepas dapat berurut seluruh badan dengan Cik Raja dari Sungai Dara. Perhh sentuhan jarinya mengurut badan aku sampai terangkat-rangkat punggung J-LO aku menahan sakit - tapi sedap - lega terasa badan. Hasil dari urutannya aku berjaya membetulkan urat belikat yang dah tenggelam masuk angin dan bengkak2 kaki kerana kegemukan mendadak. Alhamdulillah... kini lenaku diulit intan. Intan?

Minggu lepas kita bercerita tentang kisah sedih, minggu ni aku nak rehatkan minda kita2 dengan cerita panas lucu. Ok kan? Mungkin ada yang pernah terbaca kisah macam ni tapi ayat2 di bawah ni adalah diolah aku sendiri - dan susah payah ditaip oleh aku juga. So far, lepas aku print dan pass kepada kawan2 seofis semua dok bantai gelak di pagi Isnin. Kalau tak muka ketat je pagi-pagi Isnin ni. Moga kowang pun leh sekurang2nya tersenyum membaca kisah kat bawah ni.


***********************************************************************
Al-kisah….. ada seorang janda muda bergetah yang comel, cantik dan cute telah lama menjanda lepas kematian suaminya. Setelah bertahun menjanda, wanita cantik ini kesunyian dan memasang niat untuk kahwin sekali lagi. Memandangkan janda ni lawa, cantik, bergetah ramai la orang-orang kampung yang teringin berbinikan si janda ni.

Untuk memudahkan orang kampong dan sebagai guideline untuk mereka yang berminat, maka si janda ni buat satu iklan mengenai syarat-syarat untuk menjadi suami dia:
Ada 3 syarat utama yang wajib dipenuhi oleh setiap calon:-

1- Orang tu mestilah bukan mata keranjang. Tak mudah tergoda dengan perempuan cantik yang lain.

2- Orang tu bukan kaki pukul isteri – kerana dia takut dengan berita2 semasa pasal suami pijak perut isteri, pukul isteri, belasah isteri… hish ngeri.

3- Orang tu mestilah mempunyai alat sulit yang perkasa. Hebat di ranjang.

Setelah membuat iklan tersebut, maka ramailah jejaka/ orang tua/ anak muda yang mencuba nasib mengurat si janda ni. Sampai 3 hari 3 malam orang beratur untuk ujibakat jadi suami dia. Namun tak ada satu pun yang menepati ketiga-tiga syarat yang diberikan. Ada yang kurang satu syarat, ada kurang 2 dan tak ada langsung ciri2 pun ada.

Si janda semakin putus asa. Sehinggalah pada malam terakhir ujibakat, masih belum ada calon yang mempunyai ketiga-tiga kriteria tersebut. Akhirnya bila semua calon sudah habis… janda tu pun masuk la ke bilik tidur dengan perasaan frust yang amat sangat.
Baru dia nak tertidur tiba2-tibaterdengar ketukan di pintu rumahnya bertalu2… TOK! TOK! TOK! TOK! TOK! TOK!

Apabila Si Janda membuka pintu ada seorang lelaki berkerusi roda tanpa tangan dan kaki sedang menunggu di luar. Dia memakai spek mata hitam walaupun hari sudah malam…
“Ya, apa saya boleh tolong encik?” tanya Si Janda tersebut penuh sopan.
“Saya datang nak ujibakat menjadi calon suami cik,” jawab lelaki tersebut.
Maka Janda muda tu terkejut lantas memandang lelaki kudung kaki dan tangan tu atas bawah, kemudian atas bawah lagi. Dengan perasaan kurang yakin si janda bertanya, “Adakah anda menepati ketiga-tiga syarat yang saya tetapkan?”
“Sudah tentu,”
jawab di lelaki kudung yakin. “Baiklah…. Kalau betul… cuba buktikan,” kata janda muda tadi.

“Baiklah, syarat pertama. saya memang bukan mata keranjang sebab saya buta. Saya tak mungkin terliur tengok perempuan lain yang lebih cantik dari cik,” jawab lelaki itu sambil membuka spek matanya.
Janda tersebut berpuas hati lantas bertanya,
“Bagaimana syarat yang ke-2?”
“Seperti yang cik nampak, saya kudung tangan dan kaki maka tidak ada kemungkinan langsung saya akan mengasari cik, apatah lagi memukul cik.”
Janda tersebut berpuas hati dengan jawapan lelaki kudung itu. Lantas sambil tersenyum dia bertanya,
Baiklah, dengan keadaan awak yang macam ni sekarang, apa yang awak boleh buktikan mengenai syarat ke-3 tu?” tanya Si Janda dalam nada suara seperti mengejek.

Si Kudung tersenyum sambil berkata… “Cik fikirlah, saya kudung tangan dan kaki…. Jadi cuba cik fikir, saya mengetuk pintu rumah cik dengan kuat tadi menggunakan apa?? Hehehehehee”

Terpengsan terus janda tersebut mendengar jawapan Si Kudung tadi…


17 comments:

From The News said...

hahahahahah..adoii..
dah agak dah..konfem tang situ punya..

kekekekeke

*sib baik xde orang perasan tengah gelak sorang2 depan pc pagi-pagi ni..

:P

kakcikseroja said...

Aduhaiiiiiii.... mati lo!

azieazah said...

HAK HAK HAK HAK!!

Memang sungguh perkasa...! Memang sungguh hebat...!

Apa lagi, kahwin lerrrr...!

cenggini punya olang pun ada.. adooiiii sakit peyut gelakk...!

@cu SaYaNg said...

kalau acu dapat yg "perkasa" macam tu...mapuh le den...hahahhaaaa

Hannibal King said...

HAHAHAHAAHHA

siti murni ishak said...

hahaha...gerun ai...gagah perkasaaaa mcm tu....

ieja said...

Hahaha.. rasanya aku paham..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dia ketuk pintu pakai apa yerk? hahahaha

Bro Framestone said...

he..23x ops Vic nie.,.. tersipu2 pulak bro he..23x [sambil fikir, rasa cam nk pratik je pe yg laki tue cakap]

balik tg malim xcakap pun he..23x

ops ok ke die urut.. nk berurut gak la.. brapa kne ek...

BroFramestone Blog

echah_syed said...

doi..seram! ;p

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Bro Framestone - Kita bayar Cik Raja tu ikut ikhlas je... dia takde tetapkan sebarang bayaran pun.

Vic mintak dia datang rumah 2x. Pagi Sabtu dan pagi Ahad. Hari Sabtu dia urut sakit betul, hari ahad kurang sikit

zeqzeq said...

kih kih, patutnya sang janda boleh semak kesan calar dipintu atau ada tumpahan air tak?

Amy Syaquena said...

Salam perkenalan...just follow ur blog...harap dapat membalas kunjungan...jemput la ke teratak amy...

iDAN said...

Vic ni...

macam cerita Naginlah pula! ular senduk ketuk pintu!

Bro Framestone said...

niat hati nk berurut..

rase cam banyak sgt urat belikat yang terbenam n tersumbat he..23x

sabtu tue sakit sebab nk memperbetulkan

ahad kurang sebab dah betul cuma nk selaraskan @ mybe gak dah kebal tue pasal xrase sakitnye he..23x

BroFramestone Blog

Azrul Hisham said...

akak dah kena tagged ngan saya..muehehe

Tagged paling happy pernah aku buat...muehehe (^_^)

Azrul Hisham said...

Anda telah tersenarai sebagai penerima award dekat blog saya. Dipersilakan ambil dekat link dibawah:

Award dari Cikgu Jaja'z