Friday, April 23, 2010

I just can't stop crying.

Pagi ni rasa mengantuk sangat. Mungkin disebabkan malam tadi tidur agak lewat. Terbangun pula pukul 3 pagi gara2 orang sebelah (suami) tengok bola dalam bilik. Bila dah terjaga mula teringat adik perempuan aku dengan anak lelakinya di rumah. Kemudian terngiang-ngiang suara Aliyah malam tadi "Mommy, kakak windu mama. Kakak windu Ajiem". Mengalir airmata aku mendengar kata-kata dia. Budak usia 2 tahun setengah, apalah yang dia tahu tentang H1N1, tentang kuarantin. Yang dia tahu - dia dah lama tak jumpa mama dan adik lelaki yang selalu menjadi peneman dia bermain. Dia tak pernah berpisah lama. Dia tak biasa.

Sebelum balik rumah mak semalam, aku belikan dia mainan. Puzzle blok kayu dengan tools menukang. Macam cerita Handy Manny, kartun yang dia selalu tgk kat tv. Suka betul dia. 3x dia ucap terima kasih. Aku jadi sayu. Lantas aku cakap, "Kakak tukar baju, mommy nak bawak kakak beli mainan lagi." Dia angguk lantas bangun menukar baju cepat-cepat. Kemudian dia tolak pintu cermin dan sarungkan selipar. Aku bawa dia ke pasaraya berdekatan. Aku belikan dia selipar cantik berwarna pink (dia yang pilih sendiri) dan permainan muzik Xylophone. Bila dalam kereta dalam perjalanan balik dia cakap, "Mommy, masheh (terima kasih). Mommy bawak kakak jalan, mommy beli menan (mainan), mommy beli shiper (selipar). Masheh mommy." Kemudian dia sentuh tangan aku yang sebelah ketika itu sedang memegang gear. Aku menangis semahu2nya. Aku sebak sangat. Aku tak sedar dia dah besar, dah petah bercakap. Dia dah pandai meluahkan apa yang dia rasa. Mommy tak tahu mcm mana nak mengubat rindu kamu pada mama dan pada Ajiem, tapi mommy akan berusaha melakukan yang terbaik untuk kamu. Mommy janji.

Malam tadi adik aku menelefon ketika aku sedang melayan Aliyah bermain permainan muziknya. Sememang dia begitu, sehari lebih dari 10x dia menelefon rumah mak semata2 nak bercakap dengan Aliyah. Dia terlampau rindu. Dah seminggu dia tak jumpa dengan Aliyah semenjak dia dan anak lelakinya (bongsu) disahkan +ve H1N1. Aku memberikan telefon kepada Aliyah setelah diminta adikku. Tak sampai 5 saat telefon bertukar tangan kepada aku kembali. Seperti biasa dia tak mahu cakap dengan mama dia. Mungkin dia terlalu sebak sebab sebaik mendengar suara mama dia, airmatanya akan bergenang.... dan dia takkan mengeluarkan sebarang kata2 pun selepas itu.

"Dia tak mahu cakap dengan kau, Ja... dia sedih. Mungkin sebab dia terlampau rindu," kataku.
Aku terdengar suara adikku teresak-esak di talian sana. "Ija pun rindu dia, Long." Kemudian aku hanya terdengar suara dia teresak2 menangis. Aku turut menangis. Aku memikirkan - sedangkan aku pun tak mampu berjauhan dengan Aliyah - inikan dia pula sebagai ibu. Aku suruh dia banyakkan bersabar dan jaga kesihatan dirinya dan Ajiem. Dia akur lalu meletakkan telefon. Sebaik talian dimatikan - aku menangis semahu-mahunya memikirkan mengenai adik perempuan aku yang seorang itu. Mana berdepan dengan penyakit, dikuarantinkan dari keluarga tersayang dan menahan rindu terhadap anaknya - demi memastikan kesihatan anaknya dan keluarganya.

Tiba-tiba Aliyah datang kepadaku. Dia mengelap airmataku dengan jari-jarinya yang halus. "Mommy nangis ye?" Aku jadi bertambah sedih dilayan begitu. "Mommy, kakak rindu mama. Kakak windu Ajiem." Lalu aku memeluknya kuat2. Dia membalas pelukanku sambil menangis. "Mommy pun rindu mama dengan Ajiem. Kakak sabar ye. Mama dengan Ajiem sakit. Nanti bila mama dengan Ajiem dah sihat, kakak boleh jumpa diorang ye." Dia mengagguk juga walau dalam menangis tu. Sungguh..... aku tak dapat berhenti menangis sejak itu. Sehingga waktu entry ini ditaip - aku masih menangis teresak2... mujur dalam bilik ofis yang tertutup.

14 comments:

amiey lee said...

kak jgn sedih..termenangis jugak nih... kita paham perasaan cmner berjauhan dgn anak..sedih sgt..harap tabah ye kak vic

azieazah said...

Kak Azie pun nangis baca entri ni. Sedih dan sebak rasanya.. Bila berjauhan dan ditimpa musibah dan dugaan pula..

Sesungguhnya kita amat memerlukan orang tersayang yang menyokong kita...

Moga terus tabah..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Amiey Lee - terima kasih Amiey. Kak vic pun harap adik pmpn kak vic akan lebih tabah lagi. One week more to go dan Kak Vic tak mahu dia hanya menangis aje.

Kak Azie - Malangnya dalam keadaan dia yang sakit skang, takde siapa pun dibenarkan untuk berada dekat dengan dia.

Mujur ada anak lelaki yang baru berusia setahun buat peneman. Kalau tidak... tak tahulah..

@cu SaYaNg said...

sedih lak acu baca entry nie
apa2 pun semoga adik VIC cepat sembuh..amin

Nor Hafizan said...

sedeynye..apepun..semoga cepat sembuh..amalkan selawat syifa' selalu..insyaALLAH...

echah_syed said...

setiap kali baca n3 vic yg sedih,combi pun ikut sebak.comel si aliyah baru 2 tahun dah petah bercakap.harap vic byk bersabar kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku.

siti murni ishak said...

sayu hati baca entri vic ni..kesian to both mama n aliyah. Mudah2an mama aliyah cepat sembuh...
be strong vic!

Dayung Serian said...

be strong vic. semoga adik vic & ajiem cepat sembuh.

luqman hafifi said...

semoga bersabar dengan setiap dugaannya..berat mata yang membaca , berat lagi bahu yang memikul..saya doakan mereka cepat sembuh

Azrul Hisham said...

anda telah diberikan wasiat....sila layari link dibawah..muehehe :)

http://azrulhisham.blogspot.com/2010/04/tetiba-dapat-wasiat-menjaga-seekor.html

ieja said...

sedeh pulak aku baca entry kali ni vic..aku harap ko tabah ye..semoga ija n ajiem cepat sembuh..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Terima kasih kepada kalian yang mendoakan. Ija dan Ajiem telah disahkan kini telah bebas dari influenza H1N1. Cuma Ajiem masih lagi selsema namun beransur pulih. Yang penting disebabkan tiada exercise dan hanya duduk di rumah makan tidur, mereka berdua telah berjaya menambahkan lemak2 di bahagian tertentu.

kakcikseroja said...

Vic.. kakcik baru baca catatan Vic ni.. kakcik pun menangis sampai tekak terasa kering!..

iDAN said...

Gelombang pertama kami satu keluarga dikuarantin lantaran Kak Mila pergi melawat rakannya sakit; Dari petang sampai senja dia bersama rakannya di Ampang Puteri tu sakit. Tak tahu sakit apa.

Balik rumah tau-tau rakan dia call sakit Selesema Babi itu. Semua paksa pakai topeng di rumah cuti panjang.

Memang sakit ini bahaya.