Friday, April 02, 2010

Gambar-gambar Pengebumian Din Beramboi

Vic tau ramai yang tertunggu-tunggu nak tengok gambar pengebumian Allahyarham Din Beramboi. Vic pun antara yang tak sabar menunggu untuk melihatnya lebih-lebih lagi Abg Din Beramboi merupakan antara pelawak tersohor di Malaysia.

Ini bukan gambar2 vic tapi hasil kutipan dan ehsan dari beberapa blog untuk tatapan semua. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Isteri, Suhaini Che Man (tiga dari kanan) bersama anak-anaknya Nil Aina Adibah 18, (dua dari kanan), Meor Ahmad Shafiq 12 (lima dari kanan) dan Nil Ain Syafiqah 6 (empat dari kanan) menabur bunga pada kubur suaminya Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan Din Beramboi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong.

Suhaini Che Man (kanan) tidak dapat menahan kesedihan sambil meriba anak bongsunya Nil Ain Syafiqah 6, ketika majlis pengkebumian jenazah Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan Din Beramboi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong.

2 Keping gambar di atas kredit kepada http://www.hmetro.com.my/


Antara rakan artis yang hadir memberi penghormatan terakhir: Diana Danielle, Azwan Haji Ali, Aznil Haji Nawawi, Iqram Dinzly, Hattan, Bob Lokman, Afdlin Shauki dan ramai lagi.
Gambar di atas kredit kepada http://mygosip.com/

Ketibaan jenazah di masjid disambut puluhan jemaah yang ingin turut sama sembahyang jenazah kepada Allahyarham.

Lautan manusia membanjiri tanah perkuburan menandakan betapa ramainya peminat dan rakan taulan Allahyarham yang berdukacita atas pemergian Allahyarham.

Tak pasti Aznil Haji Nawawi ditenangkan atau menenangkan. Tapi jelas riak wajah sedih di wajah beliau di atas kehilangan teman rapat dan rakan sekontinya.
Dato' Farid (TV3) dan Aznil Haji Nawawi.....


Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Moga dia ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah. Amin..

5 comments:

kakcikseroja said...

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehin..

azieazah said...

Alfatihah...

sedih betul menatap gambar2 ini... betapa kita terasa kehilangannya..

@cu SaYaNg said...

harap Pak Nil tabah...dia antara insan yg paling terasa bila arwah tak ada...

iDAN said...

Saya peminat tegar arwah Abg Din paling akhir tenguk dia di Raja Lawak memang amat terkesan di hati;

Agar rohnya aman di sana.

pelvic floor exercises said...

amat menyedihkan bila kehilangan seorang yang berbakat dan meninggalkan kenangan yang manis dgn lawak jenaka nya...

semoga rohnya di jaga tuhan dgn baiknya