Monday, April 05, 2010

Anniversary Di Puncak Genting

2 April (Jumaat) aritu merupakan Anniversary aku dengan hubby. Tapi yang amat2 pelik, seorang pun dari kami tak ingat tentang hari tu. Kesannya, langsung tak ada sambutan mahupun ucapan. Agaknya memang le lumrahnya gitu kot - semakin lama semakin dilupakan. Masa tengah sibuk2 membeli belah pada hari Sabtu esoknya baru aku teringat. Ya Allah, semalam Anniversary aku!
Maka dengan harapan yang hubby pura2 lupa aku pun cakap pada Hubby, "Semalam Anniversary kita la... 2hb April." Hubby dengan muka blurr menjawab "Ha'ah la... lupa pulak.. "Itu sahaja. Oh.. sungguhlah hiba hati aku. Bila balik rumah hubby siap2 nak pergi main badminton. Sedihnya hati, tuhan aje yang tahu. Tinggallah aku keseorangan di rumah sementara hubby sedap2 main badminton selepas membuat "bodoh" mengenai kelupaaan dia terhadap anniversary kami.

Elok je dia balik dari main badminton malam tu dengan bangganya dia mencadangkan agar kami mengikut my sis and parents aku ke Genting Highland esok. Aku yang hatinya sudah terluka dan tak kuasa nak bertekak hanya setuju aje. Kami sampai Ahad tengahari dan kemudian check-in 2 bilik hotel di 1st World. Parents aku dengan my sis je yang stay kat sini, aku ngan hubby tak boleh tak kerja besok. So harus balik ke Shah Alam juga hari yg sama.

Aku rasa mungkin tema hadiah hubby kepada aku tahun ni.. "Eat Everything You Want The Most", memanglah semua hadiahnya bertemakan makanan. (Jadi jangan tanya kenapa aku tak kurus2). Mula2 dia belikan Sundae Caramel Choc Baskin Robbin, lepas tu minum my fav Frap Choc di starbucks and last sekali dia memberi aku peluang memilih beberapa ketul handmade chocolate dari Fidani di Fidani Chocolate Boutique. Sungguhlah bahagianya aku mendapat segala makanan fevret dalam satu hari serentak.

Pemandangan dari tingkap bilik hotel 1st World.

Kenapa budak kecik ni yg minum lebih air Frap Choc aku ni?


Fidani Chocolate Nyum Nyum

Dan yang paling bahagia bila ketika aku check-in aku telah terserempak dengan kekasihku ketika itu hendak check-in juga di hotel yang sama. Kemudian petang tu ketika hendak kembali ke bilik selepas membeli coklat, sekali lagi terserempak dengan beliau yang ketika itu tergesa-gesa hendak ke ABPBH. Terus aku menahannya dan meminta kebenaran mengambil gambarnya. Dia dengan senang hati membenarkan. Sempat juga aku wish good luck untuknya dan dia membalas dengan senyuman paling manis.. semanis coklat Fidani. Nyum Nyum..

Siapa kekasihku itu? Scroll bawah.... jangan malu2..

Inilah dia kekasihku itu. Fahrin Ahmad. Walaupun dia tidak menang malam tu, dia telah menang di hati aku dan semua F.A. Fans.

Dato Yusof Haslam pun sangat sporting dan tak sombong.

Hubby bergambar dengan Idolanya Faizal Ismail. Turut kelihatan dalam gambar A.G dan Kieran (Jawa Rangers).

14 comments:

azieazah said...

Happy Belated Anniversary to VIC dan suami. Semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa..

Terubat lah hati agaknya yerrr.. Itupun hadiah gak tu kan? Jumpa ramai artis yang berkampung di Genting sempena ABH...

kakcikseroja said...

Happy belated anniversary to Vic & Hubby. Semoga berpanjangan jodoh dan kasih sayang ke akhir hayat dan semoga sentiasa dalam limpah rahmat serta kasih sayang dariNya.. Amin.

Azrul Hisham said...

wahh..happy anniversary to kak vic and hubby :)

@cu SaYaNg said...

hepi blated anniversary sayang

echah_syed said...

best tempat sejuk...combi suke sgt! :D

hepi belated ann vic semoga kebahagiaan milik abadi.

hensem giler mamat tu ~ fahrin :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie, Kak Cik, Azrul, Acu dan Combi... terima kasih banyak2 atas doa dan ucapan anniversary. Moga2 doa dimakbulkan tuhan.

siti murni ishak said...

Ala..pic bf i, Remy Ishak takde ker..??hehe...

vic, u nak majuk dgn hubby..??bkn u pun lupa sama ker..?hikhik...taktik nak adiah mkn2 fevret tuuu...hehe

Happy anniversary to u both..semoga berkekalan ke akhir hayat.

iDAN said...

Saya tak ingat bila hari bernikah kami, sebab kami ni dulunya nikah gantung, nikah bulan 6 sanding bulan 12 sebab org rumah tu masih belajar;

Tak ingat maknanya tak pun pernah sambut hari ulang tahun perkahwinan;

Saya juga peminat Fahrin, entah kenapa hati macam tak teringat pun si... ***da tu! jutawan bukan segalanya!

iDAN said...

ish! combi!!!!

Bro Framestone said...

oh tidak he...23x

xpe vic... besa la tue...

nk tahu kisah anniversary bro x?

baru semalam bro dapat hadiah dari si dia bro... coz hari tue die tertinggal hadiah kat rumah he..23x

yang tangbro pulak... hadiah?? perlu ke he..23x bro order online gitew [nak special katekan]

tapi sampai la nie xnampak2 huhu... harap dalam minggu nie sampai la ek..

leh wat kejutan untuk buzday si dia bro next week

BroFramestone Blog

Azrul Hisham said...

akak telah di tagged :)

http://azrulhisham.blogspot.com/2010/04/kena-tagged-ngan-cik-kiahweee.html

echah_syed said...

idan >> ngape? tehehee :p

betul la fahrin tu hensem.puji jer bukan bole buat ape pun.tak gitu vic...hiks :D

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Murni - I ambik gambar bf i je udah le. ekekekek... taktik tu rasanya dah tak bleh digunakan lagi tahun depan la murni. Dah outdated. Dia punya kesan pun kurang mujarab dah. Tahun depan nak buat taktik lain plak la...

iDAN - Untung abg iDAN yang dapat isteri tak pernah mogok. Zaman skang punya pmpn... pantang lupa... konfem majuk. heheheh..

Fahrin tu mmg la hensem sgt. Ini pun vic tgh pujuk bos hantar pi PNB Secretary Week nak tgk Fahrin lagi. Bos ckp "apa Fahrin-Fahrin... u tgk I pun sama hensem macam Fahrin apa?" Gulppp~!!

Bro Framestone - tahun lepas pun hubby vic tempah pakai online blooming florist. Dah pesan.... jgn pakai florist hantar ofis lagi sebab segan dengan kawan2 yg asyik perli2. Last2.... tahun ni langsung takde, lagi kesian.

Azrul - ye... nanti eden cek..

Combi - ala... apa salahnya mengagumi ciptaan tuhan yer combi?? (perghh... biasanya ayat ni lelaki yg pakai- zaman dh berubah rupanya)

iDAN said...

Hari tu saya ura-ura nak tukar spek... kankah penuh gambar spek kat blog saya...

Tenguk spek Combi... nampak anggun sangat!.

Saya memang mudah tergoda tenguk perempuan pakai spek hitam ni!. Ish! jangan kasi tahu hubbynya pula!.

Ngusik aja la... tak sampai ke hati...!