Monday, March 29, 2010

Saya Nak Jadi Ahli Politik, Cikgu~!

(Entry ini sebenarnya ditaip pada hari Sabtu 27/3/2010, pukul 9 malam tapi memandangkan agak susah mendapat wi-fi di tempat yang aku kurang biasa, maka lambat dipostkan)

Ingat lagi masa zaman persekolahan dulu, kalau cikgu tanya cita-cita aku, dengan lantang aku menjawab, "Saya nak jadi ahli politik, Cikgu." "Kenapa kamu nak jadi Ahli Politik?" "Saya nak jadi macam Rafidah Aziz, wanita bersuara paling lantang di Parlimen." Aku bukan macam sesetengah pelajar lain yang 10 kali ditanya 10 kali cita-cita dia bertukar. Tidak... aku memang mahu menjadi wanita bersuara paling lantang dalam parlimen.

Sehingga sekolah menengah, cita-citaku tak berubah juga. (Cuma kadang-kala aku pernah juga menjawab nak tubuhkan satu kumpulan macam Spice Girls dan aku mahu jadi Victoria Beckham.) Jadi sebaik saja dapat result SPM, aku mencari kursus yang boleh menjadi batu loncatan untuk aku jadi ahli politik. Maka pilihan pertama ialah Kursus Pentadbiran Awam dari Uitm dan pilihan pertama dalam borang UPU itulah menjadi destinasiku untuk 3 tahun seterusnya.

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tapi bila aku kenal erti politik di Malaysia berbanding teori yang aku fahami, ia merencatkan sedikit hala tujuku. Tapi masih bermimpi untuk mentadbir, tangga seterusnya masih kursus pentadbiran - pentadbiran korporat (read: bukan keparat). Hakikatnya mengetahui teori "Doktrin Pengasingan Kuasa" yang paling asas sekali pun kita tidak berjaya mengaplikasikannya di Malaysia, jadi apa gunanya teori lain yang berjela. Ia rupanya hanya satu guideline atas buku sahaja. Hakikatnya sebaik negara di bawah tangan kita, lupakan "do's and don't". Akhirnya aku memutuskan, politik bukan jiwa aku. Tertutuplah cita-cita aku. Jangan sebut soal politik, parti mana... pada aku, sesiapa pun yang memerintah, yang kaya bukan aku - tapi mereka.

Mukadimah panjang sikit kali ni. Pokoknya ialah, aku sepatutnya berada di Melaka ketika ini - bercuti, tetapi tempahan hotelku dibatalkan hanya tinggal kurang dari 18 jam untuk bertolak. Beg baju telah dikemas. Alasan - hotel di Melaka terpaksa ditutup gara-gara empangan pecah. Catuan air telah berlaku dan hotel-hotel terpaksa ditutup mungkin dalam seminggu. Maka aku duduk mengadap tv buletin utama malam itu. Tunggu punya tunggu. Tiada sebarang berita mengenai empangan pecah di Melaka. Maka aku membuat kesimpulan - kerana ia negeri yang ditadbir kerajaan, maka itu tiada atau lambat berita disebarkan. Lucu. Teringat masa kes banjir kalau tak silap di negeri bawah tadbir Pembangkang. Ia menjadi antara berita utama. Malah ada seorang lelaki dengan lantang bersuara, "Kalau rasa tak boleh tadbir negeri, bagi aje BN memerintah." Perghhh... keras betul kata-kata tu. Kalau perkataan tu ditujukan untuk kerajaan, mesti pakcik tu dah ada dalam ISA.

Malah ketika DSAI diminta mengulas tentang tempoh yang diberikan oleh speaker Dewan untuknya memohon maaf, rencana dipotong masa DSAI sedang bercakap. Sangat obvious tergantungnya. Begitu juga seorang lagi ahli parlimen pembangkang. Aku kira shot diambil hanya 3 saat dan makna percakapan pun tak sempat dipertontonkan. Sebaliknya kalau menteri mana-mana yang berucap topiknya sudah lari pun masih disiarkan sampai habis ayatnya. Jangan kata aku pro pembangkang. Tidak. Seperti yang aku kata, walau siapa pun yang memerintah Malaysia, yang kaya bukan aku - tapi mereka. Jadi permainan mereka yang sekali-sekala menyakitkan jiwa, tidak diminati oleh jiwa aku. Tapi sebagai civillian (orang awam yg berdiri di atas pagar) aku jatuh kasihan dengan pihak yang nampak seperti teraniaya. Jadi aku yakin, aku bukanlah satu2nya orang yang merasa begitu. Mungkin beribu rakyat Malaysia yang merasa begitu - dan inilah mungkin faktornya beberapa negeri yang sebelum ini kubu kuat kerajaan jatuh ke tangan pembangkang. Apa yang aku boleh katakan, jangan gunakan cara politik yang sama untuk zaman yang berbeza. Ia sudah obsolete! Akhirnya ia akan memakan diri.

Daripada sibuk membuka aib sesama sendiri, mengutuk dan menghina sesama sendiri (lebih menyedihkan ia berlaku di kalangan orang2 Melayu kita) adalah lebih baik orang2 di atas itu memikirkan tentang rakyat. Soal halal haram yg tidak dipantau - dijamu kepada umat Islam. Kang korang jugak yang nak menjawab kat akhirat nanti. Premis2 haram, kemiskinan tegar, pelacuran dan macam2 perkara lagi yang perlu dikupas mengenai betapa lemahnya jabatan-jabatan perkhidmatan awam ni membuat kerja. Sebenarnya itu lebih mengembirakan kami daripada dok menonton propaganda politik. Sudah letih dan lemas~!

Kisahnya....(ok.. penat berleter, sebenarnya nak cerita ni je) gara-gara Hotel di Melaka dibatalkan... maka aku tercampak di Port Dickson sekali lagi. Melarikan diri dari tekanan kerja dan tekanan melihat senario politik di Malaysia. Mujur aku sudah tidak bercita-cita seperti zaman sekolah dulu lagi.




13 comments:

kakcikseroja said...

ketepikan soal politik yang penuh putar belit lagi memeningkan.. berendam dalam kolam mandi lebih menenangkan.. betul tak Vic? :)

(tak keluar berita pun pasal empangan pecah di Melaka?)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Betul tu Kak Cik. Sambil manda-manda, sempat juga bergurau senda bersama keluarga dalam air. Penyu dalam gambar tu sampai menangis terpaksa bawa kami adik beradik sekali serentak...Seb baik tak meletup.

Lepas je hotel telefon, malam tu vic tengok buletin utama, memang langsung tak ada keluar berita. Tak tahulah kalau vic terlepas pandang, tp kalau betul ada tentu sangat sekejap sampai vic yg duduk depan tv je pun boleh lepas pandang.

@cu SaYaNg said...

x yah la join politik nie
buat kita jadi makin tua je sbb dok asyik pikir kan masalah negara yg x penah abis...huh

syok nye berendam...jeles ai..

p/s::sayang,'barang' tu lambat sikit ye i pos..bz ckit nak kuar x leh...

zeqzeq said...

pahit juga nak telan fakta, zaman dah berubah dulu tipu orang dewasa memang boleh,

media banyak pilihan

fakta kena ditapis oleh pemegang SAHAM, jaga hati kawan-kawan.

kini pelajar sekolah pun dah kreatif tau bezakan mana yang hiburan, penipu,ADIL, sama rata atau IKLANEKA..

echah_syed said...

romantik pic yg bawah sekali tu.. :)

betul kata acu..siok berendam :p

combi masa kecik dulu tatau nak jadi apa sbb gi sekolah tadika jumpa cikgu tadika,pastu jumpa cikgu,jumpa cikgu lagi,kawan2 ramai cikgu dan kawin pun dgn cikgu...ha ha ha :D

anak dara combi pun bakal cikgu jugak.ermmm cikgu dimana-mana...hiks :)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Acu - bukan tak pernah habis Acu, makin bertambah... masalah lama dok peram bukan banteras, datang lagi masalah baru. Camna rakyat expect benda boleh selesai?

p/s: ok acu darling.... no problemo...

Zeq - Ye, rakyat makin bijak, tapi cara "mereka" tak berubah. Dok tang tu je. Kalau nak mempengaruhi orang2 tua zaman mereka... bolehlah... masalahnya... anak2 muda ni yg bakal mewarisi negara ni, mereka tak boleh terima cara tu. Cari la alternatif lain. Kata Rakyat Didahulukan??

Combi - Hahaha... Combi mmg sesuai jadi cikgu, humor, penuh kasih sayang, penyabar.... mcm vic ni kalau jadi cikgu, baru "tersergah" anak murid, dah depa melalak... ha... kelam kabut cikgu dibuatnya. Satgi mesti datang surat saman dari mak bapak.

Meowwwww said...

Meowwwww

zurina said...

vic..aku dok kat melaka nie..bukan setakat kat tv takder berite tu, aku yang dok sini pun tak dengar pun pasal empangan pecah tu...hotel straits meridien sblh pejabat aku nie pun ok ajer...sabtu dan ahad hari tu, sehari suntuk aku kat bandar melaka pun tak der aper yang berlaku..meriah ajer ..kotnyer, hotel tempat yang ko booked tu ajer yang bermasalah kot...takper nanti aku siasat lagi..maybe aku yang "terlepas pandang", tak taulah kan..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zurina - mula2 tu aku ingat memang tangki air hotel tu yg pecah, tp katanya hotel lain2 yg berdekatan semuanya tutup. Member aku balik kampung dia pun katanya takde air. Hotel yg aku book bukan kat Bandar Melaka, tapi kat Air Keroh, sangat dekat dengan Zoo Melaka.

Bro Framestone said...

bro pun seseorang yang berpolitik dari dulu kini & xtau la selamanya...

pernah di atas pernah di bwah...

pernah ditarik.. pernah dibuang

pernah di junjung.. pernah di maki di ludah

itu la dunia politik

entah la.. tak tau nk berpolitik kembali ke x?? tgh nk persiapkan diri n ilmu dulu..

BroFramestone Blog

zeqzeq said...

Diana, buat aduan Rakyat hhee

(Negeri Pembangkang di serbu)

negeri penyokong di kemudian kan

iDAN said...
This comment has been removed by the author.
iDAN said...

(emmm ejaan banyak silap pula...)

Sdr Diana,

Saya bukan orang politik tapi jika jiwa Diana ada rasa mahu berpolitik dulunya itu rasanya adalah jiwa yang baik lagi amat murni.

Tak kiralah Diana mahu duduk di kerusi mana, BN atau PR. Kena ada org berpolitik. Politik tidak kotor tapi kita ahlinya yg kotorkannya. Maka perlu banyak amat pembetulan jika kita rasa kita ini terhimpit. lagi perlunya politik ini.

Paling kita takut politik jatuh ke tangan bukan hak milik empunya negara asal bumi ini; samalah nanti jadi bagai dijajah semula.

Bayangkan lantaran politik kita kehilangan Singapura; mana itu Temasik bahasa Jawa (Kuna) Tumasik dalam sejarah kita lagi.

Ok ler kalau Diana tak suka politik jangan pula Diana tak pergi mengundi nanti. Ingat iyer Melayu kini sekitar 50++% sahaja; kita makin kecil di bumi sendiri.

Moh! kita tubuh parti sendiri bagaimana?. Emmm! lagi Melayu akan berpecah. Penat.

April 05, 2010 4:04 PM