Wednesday, March 17, 2010

Minggu-minggu Tanpa Dia Di Sisi...

Sejak hubby ter"eksiden"kan dia sabtu lepas, aku dapat merasakan hidupku akan sunyi beberapa hari tanpa dia. Tapi sungguh tak ku sangka... ia bukan sekadar beberapa hari, tapi beberapa minggu... (almaklumlah, repair pakai insuran).

Lebih menambahkan teruk keadaan, orang yang hubby langgar itu merupakan jiran satu taman perumahan. Ketika kemalangan berlaku, jiran terbabit baru pulang dari hospital selepas menjaga anaknya. Memandangkan keadaan kesihatan anaknya yang semakin kritikal, beliau memerlukan sangat sangat kereta untuk berulang alik dari hospital ke rumah. Kerana rasa bersalah, hubby telah meminjamkan keretanya kepada jiran untuk kegunaannya sepanjang keretanya berada di workshop. Maka jadilah kami pembonceng motosikal kapcai hubby yg semput dan kerap2 asyik terberhenti di tengah jalan.

Sejujurnya aku dah beberapa tahun tak naik motor. Bila hubby menghantar aku ke tempat kerja dengan motor semalam, terasa sayu pula (rasa segan lebih lagi). Senyuman kerang busuk yang dilemparkan oleh guard sejurus aku membuka helmet, menambahkan sakit hati. Ketika aku terjengket2 membawa helmet untuk diletakkan bawah tangga (tak sanggup nak bawa naik ofis) terserempak dengan beberapa pekerja.
"Siti, apa dah jadi dengan kau? Apsal naik motor?" tegur seorang kenalan
"Kereta aku eksiden."
"Kot iya pun takkan la sampai naik motor kot?"
"Suami aku pinjamkan kereta dia kat org tu, pasal anak dia kat wad, dia nak pakai keta sangat. "
"Alahai... suami ko lagi kesian kat org tu dari bini dia sendiri ke?"
Aku terdiam. Adakah keadaan aku sungguh nampak teruk dan perlu dikasihani kerana menaiki motor dan memegang helmet cap apollo ni?

Semalam semasa hubby ambil aku dengan motor kapchainya, ketika itu semua pekerja sedang berpusu2 balik. Aku pula menunggu line clear terjengket2 masuk ke bawah tangga mengambil helmet. Kebetulan ketika membuat finger print di pintu keluar, terserempak dengan beberapa pekerja yang asyik merenung helmet aku. Dan ketika aku memanjat motor di belakang hubby, beberapa pekerja memandangku tanpa kelip2. Apa salah ke aku naik motor?!!!

Dan ketika di atas motor menuju ke kedai makan yang aku rasa "sangat jauh" tu hubby pun bersuara, "Dah lama kita tak naik motor mcm ni kan? Rasa macam romantik plak... macam zaman2 bercinta dulu". Uwaaaaaaaaaaaa aku rasa nak nangis... nasib baik angin yang merempuh2 muka aku (disebabkan helmer aku takde wizer) telah menyekat pernafasan dan airmata aku dari mengalir. Sungguh aku rindukan Kembaraku. Walaupun dia bukanlah kereta idamanku, bukan Nissan Fairlady, bukan Sorento mahupun Peugeot 407 tapi dialah harta aku yang sah dan aku rasa terseksa tanpanya di sisi...

Dan pagi ni di pejabat, berita aku naik motor lebih sensasi dari berita muka depan harian Metro. Setiap seorang yang terserempak dengan aku akan bertanya tentang kebenaran kisah yang mereka "dengar2". Aku dah letih nak menerangkan keadaan sebenar yang akhirnya membuatkan aku mengeluarkan statement, "Apa? Salah ke kalau saya naik motor?"

10 comments:

NanAFarhanA said...

kenapa, hina sangat ke orang yang naik motor tuh?

azieazah said...

No komen. Dan kalu bleh tak suka nak dengar komen negative lain..

Sebab Kak Azie memang naik motor pegi kerja. Sebab tu bleh dapat 7 minit jer masa. Orang lain mengeluh jem, Kak Azie dah duduk rumah mengadap tv, masak dan main dengan anak-anak..

7 minutes youuuu...!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Nana- itulah yang aku tanya pada dowang tu... Kecewa sungguh.

Kak Azie- Kalau dapat mengelak traffic jam memang menyeronokkan. Malah boleh elak bayar parking yg mahal. Masa kursus di Damansara hari tu, ada 3-4 orang HR Manager yang naik motor ke tempat seminar gara2 ngeri memikirkan traffic jam di Damansara. Lebih untung lagi parking motor free sedangkan kami kena bayar RM21 untuk satu hari parking.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sebenarnya dekat kompeni vic tak ada seorang pekerja pun di bahagian ofis yang naik motor. Mungkin bila Siti pecah rekod macam ni nampak sangat pelik kot.

Malah ada sesetengah operator pengeluaran menaiki Alphard, Mercedes dan Volvo ke tempat kerja walaupun mereka tidak disediakan parking khas. Sanggup parking kereta di tepi jalan asalkan dapat melaram dengan kereta masing2. Sudah jadi kebiasaan barangkali.

zeqzeq said...

dugaaan sementara, nak ikut orang susah laa..

lomentik oo

Dayung Serian said...

cuma yg leceh naik motor bila hari ujan kan...

shazriena said...

la... x hina pun.. ni mesti kes diorg x biasa tgk vic naik motor ni... x de apa2 la vic.. just sabarla ea... nanti ok la tu.. cuma shaz rasa mcm baiknye hubby vic.. kasi pinjam kete kat jiran.. kalau shaz belum tentu mampu leh wat mcm tu

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

zeq - manusia memang suka ikut2 zeq.

dayung - dah pernah redah hujan ngan motor pun..

shazriena - sebenarnya lebih kpd rasa bersalah sgt. Lebih2 lagi orgnya nampak baik dah bertolak ansur. Anaknya pula kritikal di hospital. Itu je cara yang boleh membantu.

-inay- said...

alahai....xpe vic...ckp kt derang ko tgh kempen jaga kebersihan alam sekitar...kurangkan pembakaran fuel...hahahah

iDAN said...

Sdr Diana;

Sejak berzaman memang saya ini naik kapcai; terkadang kak Mila potong dengan Avanza toleh pun tidak!; tapi saya bangga dengan kapcai saya yang banyak asap ini. Setidak-tidaknya saya adalah ketua yang berjimat.

Kereta perang tu kuat makan minyak & suka sakat orang; kalau panas pasti penghawa dingin tak hidup, kalau cuaca sejuk malam-malam salji pun turun sejuk amat.

Saya pernah komen bab naik kapcai & naik kereta. Pasangan kapcai memang romantis siap duduk kemas melakat; memang saya dengki. Naik kereta siap pandang luar tingkap main SMS nak berbual dengan suami pun payah.

Ini memang hakikat.