Sunday, March 21, 2010

Menginjak Usia 28 Tahun.

Hari ni genap usia aku 28 tahun. Memandangkan aku tak punya sebarang permintaan besar seperti mahu dapat jodoh segera maka aku cuma mengharapkan tahun ni aku akan menjadi kaya raya. Bukan kaya yang disapu atas roti. Mcm mana nak jadi kaya? biar aku umpamakan ia ibarat bulan jatuh ke riba.....
Kek Baskin Robbins yang tertulis perkataan Mummy ni adalah hadiah dari emak.
Hamper Famous Amos from My sister... amboi... main balas2 nampak?
Flowers and Chocolates bouquet from my best friend, Anne. Thanks laling.

Oh ye. Sabtu aku telah ke Pekan, Pahang menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Paling tidak disangka-sangka majlisnya itu telah dihadiri oleh orang besar yang tidak disangka-sangka iaitu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Difahamkan majlis ini juga sepatutnya dihadiri oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, namun beliau terpaksa membatalkannya berikutan perlu menghadiri satu majlis penting.

Baginda kelihatan tersenyum ketika membaca sms di telefon bimbitnya.
Agaknya apalah yang dibisikkan oleh pengiring baginda ye?
Lelaki itu ialah anak sepupu aku. Hebat sungguh bila majlis perkahwinan kita dihadiri orang besar2 ye?

Tengku Mahkota bersedia untuk menepung tawar sebagai memberi restu kepada kedua mempelai.

p/s: Tengku Mahkota ini kacak juga ye bila terjumpa secara live begini. Malangnya ketika dia menjeling ke arahku, aku sedang mendukung Aliyah. Terus jatuh merundum sahamku. hahahahaha

10 comments:

Meowwwww said...

Meowwwww

Azrul Hisham said...

wahh...banner baru.... :)

hepi besday (^_^)

akak, kucing gemuk ni tengah sangap nak cari pasangan..hehe

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

terima kasih azrul. Kak vic terjeles tgk banner kamu yg cantik. Tapi kak vic tak pandai guna photoshop... edit pakai paint aje. Sbb tu gambarnya pecah2..

echah_syed said...

amboi amboi amboi...sempena besday header pun baru jugak.cantek ada ros pink lagik.

vic ni klako jugak ekk.masa tuanku pandang tu mesti dia berbisik dlm hati comelnyer aliyah sama mcm mama dia...hiks :)

hepi besday vic..

zeqzeq said...

banyaknya hadiahh...bertambah besar laaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Combi - mula2 tuanku puji mommy dia dulu... "amboi comelnya wanita itu" lepas terpandang aliyah... "oh... dah ada anak comel rupanya... melepas aku," hehehehe...

Zeq - hati yg semakin besar zeq = berbesar hati~!

azieazah said...

DIANA... selamat ulangtahun. Moga yang terbaik sentiasa menjadi milikmu..

Cantiknya laman rumah dia sekarang. Mesti wangi kan? :)

Moga silaturahim terus berpanjangan..

iDAN said...

Diana ... siapa kata perempuan punyai anak sahamnya jatuh... bertambah tu mungkin!.

permata hati said...

hahahaha ayat last sekali yang tak tahan tu.............
ala kak vic umur kak vic rupanya atas setahun je dri permata..hahahaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

kak azie - tak cukup wangi la kak Azie... nak sembur perfume pun tak lepas..

iDAN - Abg iDAN, Saham anak memang la naik tp takde can jadi permasuri pahang.... kuang kuang kuang~!

permata - nasib baik sebut perkataan "atas".... bukan "tua". Jadi maknanya kita sama2 "muda" la kan? ekekekeke