Thursday, March 18, 2010

Matahari Dari Jarak Dekat (5000km)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope. Mungkin ramai yang pernah menerima emel mengenai imej matahari ni, tapi vic ingin berkongsi dengan mereka yang belum pernah melihatnya. Sungguh kagum dengan rupa sebenar matahari. Dari gambar sudah terasa bahangnya walaupun jaraknya ketika ini ialah 5000km.


Cerita sekadar renungan kita bersama (dan kepada vic juga). Saling ingat-mengingati itu satu ibadah juga.

Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.
Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam A.S. Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam A.S.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril A.S. pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril A.S. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. Selepas itu Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA .

6 comments:

zeqzeq said...

terima kasih berKONGSI,

Diana makin manis..

Meowwwww said...

Meowwwww

zeqzeq said...

dah agak Diana juga berkongsi info dgn Meowwwwww serta combi...(scan Maya)

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq: sama-sama..

makin manis ok, jangan kencing manis. hehe.. terima kasih kembali.

Meow: Ala comelnya kucing tu, Nak friskies ke whiskas? Ke nak ikan kembong goreng?

Zeq: berkongsi dengan semua pembaca blog ni..

iDAN said...

Maka itu orang tua sering berpesan, jangan suka bermain api, kecik menjadi kawan dah besar nanti menjadi lawan..

Nafsu kita terkadang marak bagaikan api!

-inay- said...

insafffff